WARAN TANGKAP MAT SABU & RAKAN-RAKAN DI TARIK BALIK
>> Monday, April 20, 2009
Walaupun waran tangkap telah di tarik balik dan ramai yang tak tahu apa cerita disebaliknya, sekurang-kurang Media UMNO telah mendapat publisiti murahan dan meningkatkan penjualan akhbar mereka apabila berjaya mempengaruhi orang-orang PAS dengan menayangkan berita Mat Sabu kena waran tangkap, Mat Sabu dikendaki dan macam-macam lagi cara nak melakukan berita mereka.
Tetapi teman harapkan semua peminat pastambun.blogspot.com perlu menilai dulu ceritanya sebelum mempercayai. Sebenarnya ianya adalah satu kesilapan teknikal, apabila pejabat peguam kami dimaklumkan bahawa kes tidak boleh jalan kerana hakim pergi kursus, dan mereka telah menghubungi kami dan menyatakan bahawa kes pada 21 - 23 april ini ditangguhkan, jadi kami pun bergembiralah dengan ahli keluarga kebetulan hari isnin tu cuti Keputeraan Sultan Perak, dengar cerita Mat Sabu bakar kambing untuk meraikan keluarga dan kawan-kawan, teman bakar ikan sebab dah lama benor tak masak untuk keluarga.
Alih-alih jam 2 petang Peguam Yusnita memberitahu waran tangkap dah keluar, haaaa aphal pulak, rupanya kes jenayah OKT perlu hadir untuk apa sahaja perubahan.
"Esok korang kena hadir mahkamah, kalau x polis datang tangkap kome.." ah sudah, ok esok kita pergi.
Pagi tadi peguam Yusnita minta maaf kepada mahkamah dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi, dan tak sampai 5 minit mahkamah putus waran tangkap di tarik balik dan kes kami akan di dengar pada 28,29 dan 30 september, huaa ngantuknya, Mat Sabu dan kawa-kawan pergi makan ikan bawal entah tak tau kat mana, teman dengan Hj Rahim balik kipoh.
GreenBoy : Tangguh lagi..
0 comments:
Post a Comment