PIMPINAN PAKATAN PERLU BERHATI-HATI

>> Tuesday, April 28, 2009

Pimpinan PakatanRakyat perlu berhati mengeluarkan ulasan isu status anak apabila ibu aau bapanya keluar agama asalnya,ini kemungkinan adalah permainan politik licik UMNO BN, ini mungkin bertujuan untuk memporakperandakan hubungan yang terjalin di antara Pakatan, kita perlu kembali kepada perlembagaan yang asal, dan tidak perlu hiraukan sentimen agama yang dicanangkan oleh BN yang makin pupus itu.

Read more...

ZAMBRY HARAM MASIH BELUM TAHU DIA MB ATAU TAK..



Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

GreenBoy : Tersalah langkah lagi Zambry ni, dei Zambry loyar mana ko pakai haa?

Read more...

IBARAT MENCARI GUNUNG DI SIANG HARI

>> Monday, April 27, 2009

Sejak kebelakangan hari ini, seolah UMNO ni menjadi parti komponen PAS pulak, apabila sibuk menjaja dan melagakan di antara pimpinan PAS, apakah mereka tidak tahu kesetiaan pengikut dan ahli mempunyai ba'iah atau janji setia yang berpaksikan kepada aqidah dan berpegang teguh kepada konsep syariat, mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh kepada maksiat dan kemurkaan Allah.

UMNO ni diibaratkan mencari gunung di siang hari, perkara yang tak perlu dicari, ada di depan mata, kerana PAS amat telus dan sentiasa terbuka dalam semua aspek, tambahan pula dalam pemilihan pucuk pimpinan.

UMNO sekarang telah menjadi orang yang lemas, mencapai apa sahaja yang bolehmenyelamatkan mereka ketepian, samada kayu yang reput atau ekor ular sawa yang akan membelit dan membaham mereka.

Sebenarnya UMNO yang perlu bermuhasabah tentang diri mereka, semak kesilapan yang lalu dan tidak lakukan lagi, ini tidak masih lagi mengulangi kesilapan yang sama contoh yang nyata ialah '1 Malaysia' satu konsep cetak rompak dan rompak dan cetak.

Dan menjadi orang yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai penasihat kerajaan.

GreenBoy: Teman konfius sapa yang jadi PM Malaysia sekarang Najib ke Mahathir.

Read more...

APA NAK JADI ORANG KITE NI..?


Kita pun tak tau nak salahkan siapa, sebab kalau dia tak belinombor dia akan miskin dan merempat dan tiada siapa nak tolong, ini mangsa Islam yang berlabel.. cth IslamHadhari sekarang ni penutup segala kejahilan dan kesyirikan ialah '1 Malaysia' semua kefasikan dan kemurtadan dilongokan di dalam satu cogan.

Lantak kome sapa ada agama dan aqidah dia akan selamat.

Read more...

ORANG TAMBUN KENA TENGOK FILEM NI SAMPAI HABIS

Read more...

DAH HAMPIR 2 TAHUN

>> Sunday, April 26, 2009





Pejam kelip, pejam kelip kes kami di Mahkamah Jawi, Nibong Tebal dah nak masuk 2 tahun, ini ialah gambar yang terkini, bila mahkamah keluarkan waran tangkap untuk ke-10 orang kami, dan akhirnya waran tu ditarik balik. Alhamdulillah kalau tak ke dalam le lagi.

Read more...

APSAL ZAMBRY HARAM MINAT BENOR DENGAN POKOK DEMOKRASI NI


Teman rasa Zambry Haram ni dah 'bengong' kot, beria benor dia meriahkan tempat yang penuh sejarah ni, baru-baru ni dia suruh MBI tanam pokok bunga di bawah pokok tu (walaupun ikut kaedahnya mana mau hidup pokok kecil bernaung di bawah pokok besor (entahle teman orang komputer)) dan pagi tadi teman terkejut lagi diletaknya pulak signboard "Medan Istana" kat tempat tu.

Sebab apa teman kata dia ni bengong tahapb tapir kena langgor lori, kerana banyak lagi tempat nak dimeriahkan bukannya di sini.

GreenBoy: Kepada kawan-kawan dalam pakatan cukuplah dengan signboard tu sebagai tugu peringatan demokrasi, tak payah nak pening sebab itu Zambry sudah bikin sama kita.

Read more...

PERSIAPAN DEWAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN



























Jam dah menunjukkan pukul 1.30pagi, persiapan masih ada lagi yang tak selesai, tadi ramai yang datang tolong lepas beransur-ansur kurang, dengan alasan-alasan yang sukar untuk di tolak oleh S/U Kawasan, antara alasannya ialah baju melayu tak gosok lagi, jadi yang tinggal kume je le beberapa orang yang masih boleh bertahan mata nie, walaupun tau akan akibatnya esok pagi, uwahhh nguapan yang pertama.

Tapi apabila tengokkan susunan tempat duduk ni, macam gah sangat le pulak, ada ke orang nak datang esok ni, entah le. Teringatkan semasa Muktamar PAS Pusat dulu... S/U dah bagi tau standard mseyuarat Agung PAS Kawasan Tambun mesti macam ni atau lebih dari tu. Ok le En Faizal.

Teman cukup hairan En S/U kita tak tau penat ker? Steady je, uwahhhhhhhh nguapan kali kedua. Masih boleh buat joke lagi, dia kata pada umur 50 tahun nanti dia akan duduk di tempat ini, sambil mencuba tempat duduk pengerusi tetap.

Uwahhhhhh ni nguapan yang ke berapa tak tau dah.. ok le En Faizal cukup le setakat ni, kita balik le.. tak tahan dah ni..




GreenBoy : harap-harap esok ramai le yang datang, kalau tak sapa nak duduk kerusi yang tersusun indah ni.

Read more...

MENJEJAK FREEMASONRY YAHUDI DI IPOH

>> Friday, April 24, 2009



















Ada sekali tu ada teman forwardkan gambar tentang kedudukan lodge Freemasonry ni kan, tetapi teman tak puas hati kerana teman guna kamera kompak biasa jer, tetapi pagi tadi teman bawak Nikon D60 dan zoom 70:300mm pergh nampak jelas.

Sahabat boleh klik gambar tu, terutamanya gambar no 2, ada tulisan CETENARY 1907 -2007, rumah ini telah bertapak di Ipoh dan mendapat sokongan dan dokongan yang padu dari golongan bangsawan dan Istana http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Azlan_Shah_of_Perak

Ada sorang ustaz tu tanya teman "ate kalau dema nak buat rumah , salah ke? " Oooi teman kata freemanson tu yahudi, mereka ni ler byk hhantar tentera ke Palestine untuk membunuh rakyat palestine.

Banyak dalam Internet cerita tentang freemanson ni, so hati-hati le dengan Institusi ini;

The Rotary Clubs
The Lions Clubs
The Royal Ipoh Club
WWF-Malaysia
Macdonald
Kentucky Fried Cicken
Coca-cola
Starbuck dan lain-lain

Sahabat boleh dengar penerangan AF Tn Guru Hj Hadi Awang tentang Freemasonry Yahudi


GreenBoy : Seram kalau kita baca komitmen mereka dengan negara kita khususnya dalam pendidikan, tambahan pula dengan ada kuasa kuat yang menyokong mereka dari belakang.

Read more...

MUFTI HARAMKAN SURE HEBOHKAT IPOH JE KAT LUMUT HARUS KOT..?

semekum dato'Mufti..!!

Hukum haram sure heboh tu kat Ipoh je ker atau seluruh Perak, sebab diorang buat kat Lumut boleh pulak, teman rasa Dato' Mufti ni mufti Ipoh je kot... Dato' minta jawab le, penin rakyat dan umat Islam Perak sekarang di buat oleh mike ni..

GreenBoy : Sejuk rasa hati dulu semasa Pakatan memerintah kita buat Suarasa, terkawal kemaksiatan, terserlah indahnya Islam di hati dan wajah rakyat, kita selamat dan anak-anak muda malu nak buat jahat..

Read more...

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TAMBUN KALIKE 23

Read more...

Laporan polis palsu GMP terhadap Malaysiakini

>> Thursday, April 23, 2009

Harakahdaily
Thu | Apr 23, 09 | 1:13:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan palsu terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini.
Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.
Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak.

Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara.

hanya dimaklumkan kakitangan

Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis".

"Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya:
"Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?" (apale benggapnya balaci UMNO ni, Rais please tell him..!!)

Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu.

Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.- tajdid _

Read more...

ALI RUSTAM TENGOK VIDEO 'BLUE'

>> Wednesday, April 22, 2009

MELAKA, 22 April (Hrkh) - DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.
Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

"Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

"Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini," katanya.

Ali kemudiannya berkata,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh".

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya. - azm _

-harakahdaily.net

GreenBoy : Teman tak le kesah sangat kalu budak-budak tengok video dalam internet walaupun salah, tapi kalau Ketuaa Menteri pun tengok ishkk hudoh benorle... udahle Bapak segala rasuah ni nak jadi Bapak Otak Blue pulak..

Read more...

TOLONG CARIKAN ANAK SEDARA ZULKIFLI NORDIN

(klik untuk besarkan grafik)


Read more...

KERAJAAN BUSUK HATI

Pembelian kereta-kereta Toyota Camry 2.4 ini adalah menggunakan bajet kerajaan sebelum Pakatan Rakyat memerintah, dan pembeliannya adalah mengambilkira semua sudut samada dari qualiti dan pembaziran berlaku atau pun tidak, semua di ambilkira termasuklah apakah berbaloi kereta-kereta perdana V6 itu dibaiki.

Dengan penuh kesombongan dan sifat angkuh dan busuk hati 'kerajaan' ini , dengan tidak mengambilkira jika berlaku peralihan kuasa semula nanti apakah perlu di beli kereta ini sekali lagi.

Kume di pastambun tertanya-tanya apakah dengan lelongan tersebut mereka akan kekal menggunakan Perdana V6 tu lagi, dan terus-menerus membazirkan wang rakyat kepada kos pembaikan (ini diterjemahkan oleh Kerajaan Trengganu apabila mereka membeli kereta mercedez), inilah manusia kalau cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajor.

Rakyat perlu melihat inilah sikap manusia yang hanya bertopengkan manusia tetapi berjiwa syaitan yang suka kepada pembazira.

GreenBoy : Dei Zambry lu lelong le bawah RM100,000 kalau berani, ni lelong le RM140,000. Dan Temanboleh agak sapa yang akan mampu beli..

Read more...

PERINGATAN MESYUARAT AGUNG KAWASAN TAMBUN

>> Tuesday, April 21, 2009

Sekali lagi diingatkan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TAMBUN KALI KE 23
TARIKH : 26 April 2009
MASA : 8,30 PAGI
TEMPAT : DEWAN EMKAY LAND KLEBANG PUTERA
PERASMI: YB DR LO' LO' DATO GHAZALI
PAKAIAN : BAJU MELAYU LENGKAP
KESELAMATAN : TAHAP 5

Read more...

CERITA SEBENAR DARI GERIK PERAK...

Pohon Restu Rakyat

Jumaat lepas (10/4) : empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12/4/09 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.Maka dengan itu..polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.

Sumber http://keadilangerik.blogspot.com/

GreenBoy : Kan dah berbunyi... tolong sebarkan

Read more...

ADA KES KAT GRIK.. ORANG ATAS UMNO BAILOUT PEMUDA

Pagi tadi teman dapat tahu orang besor di Grik bail-out pemudanya yang seludup katamin dan ekstasi dari Betong, dengor citer ribu-ribu juga, kalau betul Pak Polisi kena siasat benda kalau tak teman akan tolong siasatkan dan kita akan dedahkan ke media.

Orang besor ni dulu memang besor le kat Perak ni. Tapi dah sekarang x besor dah, dah jadi kecik.

GreenBoy: Orang Besor Perak baik-baik sikit.. jangan bail-out tak tentu pasal.

Read more...

WARAN TANGKAP MAT SABU & RAKAN-RAKAN DI TARIK BALIK

>> Monday, April 20, 2009

Walaupun waran tangkap telah di tarik balik dan ramai yang tak tahu apa cerita disebaliknya, sekurang-kurang Media UMNO telah mendapat publisiti murahan dan meningkatkan penjualan akhbar mereka apabila berjaya mempengaruhi orang-orang PAS dengan menayangkan berita Mat Sabu kena waran tangkap, Mat Sabu dikendaki dan macam-macam lagi cara nak melakukan berita mereka.

Tetapi teman harapkan semua peminat pastambun.blogspot.com perlu menilai dulu ceritanya sebelum mempercayai. Sebenarnya ianya adalah satu kesilapan teknikal, apabila pejabat peguam kami dimaklumkan bahawa kes tidak boleh jalan kerana hakim pergi kursus, dan mereka telah menghubungi kami dan menyatakan bahawa kes pada 21 - 23 april ini ditangguhkan, jadi kami pun bergembiralah dengan ahli keluarga kebetulan hari isnin tu cuti Keputeraan Sultan Perak, dengar cerita Mat Sabu bakar kambing untuk meraikan keluarga dan kawan-kawan, teman bakar ikan sebab dah lama benor tak masak untuk keluarga.

Alih-alih jam 2 petang Peguam Yusnita memberitahu waran tangkap dah keluar, haaaa aphal pulak, rupanya kes jenayah OKT perlu hadir untuk apa sahaja perubahan.

"Esok korang kena hadir mahkamah, kalau x polis datang tangkap kome.." ah sudah, ok esok kita pergi.

Pagi tadi peguam Yusnita minta maaf kepada mahkamah dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi, dan tak sampai 5 minit mahkamah putus waran tangkap di tarik balik dan kes kami akan di dengar pada 28,29 dan 30 september, huaa ngantuknya, Mat Sabu dan kawa-kawan pergi makan ikan bawal entah tak tau kat mana, teman dengan Hj Rahim balik kipoh.

GreenBoy : Tangguh lagi..

Read more...

Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru.

KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.

Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli. Siasahdaily.

Read more...

Mudahnya naik pangkat dalam UMNO

1.Semalam 19/4 YB Hamidah ADUN Sungai Rapat diberi anugerah Dato' daripada Sultan Perak.Tahniah! 2 bulan lepas dinaikkan pangkat daripada ADUN biasa menjadi EXCO kanan di bawah pentadbiran kerajaan pintu belakang Dr.Zambry.Selepas itu dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Perak.

2.Apa jasa Hamidah?Hanya pemegang diploma akaun.Dalam sidang DUN Perak pada November 08 beliau telah menimbulkan kekecohan di DUN Perak kerana mengungkapkan satu kenyataan menghina orang-orang India di Malaysia."Kalau jumpa orang India dan ular bunuh India dulu baru bunuh ular" kata Hamidah sehinggakan Tajul Rosli sebagai Ketua BN di DUN Perak ketika itu minta Hamidah pohon maaf kepada sidang.Jasa beliau yang lain adalah peranan di belakang tabir bagi membolehkan 3 ADUN PR belot menyokong UMNO/BN.

3.Walaupun bukan pemimpin yang terbukti bijak atau terpelajar tetapi kerana peranan kotor dan tebalnya fikrah perkauman yang beliau pamerkan tak pasal-pasal jadi orang besar UMNO Perak sekarang.Senangnya naik pangkat dalam UMNO!

4.Dalam UMNO Perak ramai lagi yang pandai dan berkebolehan tapi tak laku kerana kurang pandai mengampu.Contohnya ADUN Candan (Arkitek),ADUN Hulu Kinta (Peguam),ADUN Manjoi (Bekas Pegawai Kanan Kerajaan).Tak ade can mereka nak naik pangkat.Buang masa hidup dalam UMNO!!!!

Dari Peraknangis.blogspot.com

GreenBoy : Bukan setakat buang masa, buang duit, buang maruah dan buang segala-galanya, dan sebab tu ler rakyat nak buang UMNO/BN ke Sungai Perak.

Read more...

KERAJAAN ZAMBRY HARAM PUN MINAT DENGAN POKOK YANG SAMA

>> Saturday, April 18, 2009




Gambar-gambar ni teman ambik selepas pekena teh tarikkat Kluang Cafe, terkejut pun ada ingatkan dema nak cabutkan pokok besor tu, rupa mereka (kakitangan DBI) sedang menjalankan perintah sapa lagi kalau tak menteri yang haram di Perak ni.

Sempat juga teman tanya abang-abang DBI tu, dema kata kume ni menjalankan perintah untuk menanam beberapa batang pokok (ada dema sebut nama pokok tadi,lupa pulak apa ke namanya tak pe le janji pokok le) pastu tu dema tanya kat teman "Encik ni suratkhabor Sinar ke?" bukan main bersungguhnya dema buat kroje bila teman nak snap gambar.

Teman heran pun ada apsal banyak lagi tempat kat Ipoh ni ,apsal tempat tu yang kecik dan dulu dema kata nak tebang pokok besor tu kerana menghalang lalu lintas, alih-alih dema yang pulak hiaskan pokok besor tu.

Sekali lagi teman memang heran bercampur-campur pikiran ni..

GreenBoy : Teringat teman masa sekolah Cator Avenue dulu, mana tempat paling best tu le sebuk budak-budak lain ambik sama.. teman dulu suka lepak kat bukit buatan depan hospital besar tu.

Read more...

JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN BUKIT GANTANG

>> Friday, April 17, 2009


TARIKH
19 APRIL 2009

MASA
12 TGH - 4.00 PTG


TEMPAT
DATARAN TOK GURU NIK AZIZ
JALAN KUALA KANGSAR, SIMPANG, TAIPING


CERAMAH PERDANA

TEMPAT/TARIKH

SAMA

MASA
9.00 MLM

PENCERAMAH

1. YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
2. YAB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin,
3. YAB Lim Guan Eng,
4. YB Azmin Ali
dan beberapa pimpinan PR negeri


SELURUH PETUGAS/PENYOKONG/PENDUKUNG/PENGUNDI DI JEMPUT HADIR

Read more...

NAJIB DAH RUNSING DENGAN KEKALAHAN BERTUBI-TUBI

Di antara sebab SPR tidak mengumumkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Penanti adalah disebabkan kenyataan 'PM' siang tadi, iaitu:

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya, dan sepatutnya pilihanraya kecil diadakan jika berlaku kematian ADUN sahaja" katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini.

Kenyataan ini menyusul dalam keadaan lima PRK sebelum ini satu sahaja yang memihak kepada BN.Adakah Najib sudah bosan dan sudah rasa cukup dipermalukan bila ada PRK ? Malah dia menyifatkan peletakan jawatan ADUN Penanti, Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.Apakah maksud sebenar Najib dengan kenyataan diatas adalah kurang jelas. Namun yang jelas kedudukan sekarang keputusan PRK sebelum ini ialah 4 - 1.

Jelas BN ditolak oleh rakyat. Kalau tidak mahu PRK saya cadangkan bubar semua Parlimen dan DUN kita bertempur dalam Pilihanraya Umum ke 13 secepat mungkin.

GreenBoy : BUBAR DUN

Read more...

ADA TAK KENA DENGAN SAHABAT DALAM PAKATAN RAKYAT

>> Thursday, April 16, 2009




Pilihanraya Kecil di DUN Penanti semakin galak orang sebut-sebutkan walaupun SPR dan Speaker belum umumkan (masa teman naip ni ler), bukan tentang pilihanraya tu sangat kerana semangat orang dalam Pakatan Rakyat ni, bila mana-mana ADUN demam sikit pun dah terbayangkan Pilihanraya, semangat perjuangan yang ditunjukan oleh pendokong Pakatan Rakyat memang tahap 'A' ler.

Tetapi apa yang nak di cuit sikit ialah ada yang tak kena dengan Parti Keadilan Rakyat ni, cuba bayang masalah yang timbul bukan setakat calang-calang 'level', kebanyakannya level EXCO, contohnya di Perak dan Pulau Pinang. Bagi pendapat teman elok rasanya pucuk pimpinan kena muhasabah dan semak semula dema yang ada berpangkat tu.

Tetapi bukan le nak 'kocah' rumahtangga orang tetapi kekadang runsing juga duduk sebilik letih juga kalau tengah malam buat 'hingor' tak boleh tidor kita dibuatnya.

Semalam teman jumpa dengan sahabat PKR Tambun, teman tanya apahal kome ni? dia jawab ini proses penapisan di dalam PKR, tapi teman sanggah di tapis tu tapis juga tapi bior le tapis tu ada standardnya, contoh dalam pemilihan perlu ada kreteria yang standard bukan main tangkap muat jer, contoh si penghantar surat tu.

Sebab tu dalam PAS, Islam dah meletakkan standard yang jelas untuk menjadi pemimpin, dari segi akhlak dan sahsiahnya.

GreenBoy : Kume paham dengan PKR ni, tak pe kume akan bersama dengan kome di Penanti nanti, jangan bagi muka pada UMNO/BN ni. Lawan Tetap Lawan. 'kocah' = ganggu , hingor = bising

Read more...

IBRAHIM ALI TAK SELARI DENGAN NAJIB

>> Wednesday, April 15, 2009

Ibrahim Ali masih tidak paham apa yang dimaksudkan dengan projek '1Malaysia' Najib, yang masih lagi mengagungkan melayunya, dalam petikan ucapannya beliau mengatakan kalau seluruh ahli parlimen melayu bergabung maka boleh dibentuk satu negara yang hanya diperintah oleh orang Melayu, dan beliau juga menegaskan agar kerajaan jangan menunaikan tuntutan orang bukan melayu.

Apakah Ibrahim sedar yang beliau ni duduk zaman mana? Ini zaman orang nakkan perpaduan menyeluruh bukan sekadar bangsa, 'one unity' '1Malaysia'.

Apalah ahli parlimen ni, lama sangat duduk bawah tempurung, bila sesekali keluar terus nak melompat, buatke 'streching' dulu.

GreenBoy: Bukan sokong 1Malaysia, tapi kalau cantik ianya diasaskan dasar Islam.

Read more...

Tugas Pertama Najib Matikan Talian Hayat Orang Melayu

>> Tuesday, April 14, 2009


Ini adalah diantara poster yang menunjukkan adanya talian hayat orang melayu, walaupun cakap ajer dan gah macam nak buat sungguh tapi semuanya projek syok sendiri, walaupun ujudnya kementerian Pembanggunan Usahawan Dan Kooperasi untuk membantu bumiputera tetapi kementerian yang dicipta oleh Tun Mahathir ni sebenarnya adalah satu projek cuma nak membantu golongan koperat UMNO yang sudah nyawa-nyawa ikan, jadi dengan adanya Kementerian yang menjadi oksigen kepada ushawan melayu kononnya telah tidak nampak relevan di zaman Najib, kerana mungkin ada yang lebih baik kononnya, tapi apa yang biasa UMNO/BN akan memikirkan apa cara yang boleh mengembungkan dompet mereka, mereka akan buat, sekali lagi ushawan bumiputera terkebil-kebil macam cicak tengok kapur.

Di Bukit Gantang aritu punya le ramai budak-budak melayu yang beratur nak buat pinjaman le, peluang perniagaan ler, francise le dan macam-macam lagi bantuan yang boleh disalurkan melalui MECD jadi sekarang macamana? Inile kerja orang UMNO mengula-gulakan budak-budak kampung melayu, teman nak bagitau korang di tipu lagi,lagi dan lagi. Selama mana UMNO ni ada selama tu le korang akan di tipu.

Dato Noh Omar nak tanya sikit apsal nak selamatkan Tekun jer apsal tak selamat semua sekali..?

GreenBoy : Jangan Main perasaan orang, nanti diorang marah.

Read more...

KEPUTUSAN BUKIT GANTANG MENGIKUT DUN-DUN

DUN TRONGDUN KUALA SEPETANG

DUN CHANGKAT JERING

Read more...

ORANG MELAYU DI BKT GANTANG TIDAK BERSAMA PAS


Apabila orang yang menang disanjung-sanjungkan dan yang kalah merunduk malu, OK Cukup kembali semula kepada asal kita, kerja,kerja,kerja.

Tetapi teman dapat jadual ini di blog Ust Misbah, teman yang tak berapa panjang akalnya ini peratikan ada yang tak kena dengan PRK di P059 Bukit Gantang baru ini.

Memang betul kalau di lihat dari fakta di atas memang orang melayu di Bukit Gantang tak bersama PAS, apa silapnya??

  • Apakah orang PAS tak kuat berkempen dan orang UMNO kuat berkempen
  • Apakah orang CINA (DAP & PKR) memang full support kepada Hj Nizar kerana isu tanah Kampung Melayu atau Melayu fed-up dengan Hj Nizar kerana pembahagian tanah kepada orang Cina, isu penderhakaan Hj Nizar dan kunco-kunconya.
  • Apakah teknik PAS yang hanya suka jaga bendera dari buat kerja berjumpa dengan pengundi (khusus pengundi melayu).
  • Atau sikap tenaga organisasi pilihanraya yang tidak mesra alam dan kurangnya taqarrub kepada Rabb mereka.
  • Ataupun ada dikalangan orang melayu yang ada sikap ahh lantak le, sama je sapa pun memerintah...
  • Ataupun vitamin RM tak berapa cukup untuk menerjah kumpulan sasaran atas pagar di balik UMNO.
  • Ataupun Hj Nizar sendiri perlu kembali kepada asalnya kerana sudah terbang terlalu tinggi sehingga susah untuk di kawal (nak guna kata-kata kawan teman), perlu cari balik mana usrahnya.
GreenBoy: Uhh kena buat postmortem berapi-api ni...

Read more...

BUKAN NAK LAWAN KUASA TUHAN

>> Sunday, April 12, 2009




Bukan nak lawan kuasa tuhan, tetapi nak bagitau pada UMNO/BN kalau engineer Burj Of Dubai boleh cipta banggunan yang menangkap kilat yang hebat dan simpankannya sebagai tenaga apatah lagi Engineer yang di Perak ni, bukan setakat nak bina banggunan tetapi mengubah lanskap pemerintah di Malaysia ni pun kami mampu, InsyaAllah dengan izin Allah. Wahai UMNO/BN kamu sekarang lemah dan semakin rapuh.

Read more...

ORANG MELAYU BELUM PAHAM MESEJ DI BUKIT GANTANG

47% undi melayu yang diperolehi oleh Ir Nizar adalah satu tanda yang cukup baik, kerana mana-mana peperiksaan dalam Malaysia ni dah kira lulus dah, tetapi belum cukup kuat, teman rasa orang melayu masih belum cukup matang dalan ilmu politik, ini berbeza dengan orang bangsa lain yang menggunakan kuasa undi yang ada pada mereka.

47% adalah kayu ukur kepada petugas PR yang rasa sudah selesa dengan kemenangan kerana kita perlu lihat bahawa pengundi melayu masih termakan dengan dakyah-dakyah UMNO/BN.

47% juga adalah tahap kekuatan PAS/PR di Bukit Gantang yang rata-rata pengundinya adalah hampir 38% adalah hardcore PAS/PR dan selebihnya orang atas pagar, makna PAS/PR perlu lebihkan usaha untuk sekurang-kurang mendapat 51% undi melayu untuk kita hantar signal yang kuat ke Istana. Baru pihak Istana tau yang orang melayu pun dah muak dengan sandiwara UMNO/BN dalam episode KUDETA mereka.

Read more...

KEPUTUSAN BUKIT GANTANG

P059 BUKIT GANTANG

UNDI

PR (PAS)

21, 860

BN (UMNO)

19, 071

BEBAS

62

ROSAK

456

MAJORITI

2,789 (PR)

DUN KUALA SEPETANG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

8, 466

7, 490

BN

6, 259

6, 193

MAJORITI

2,207 (PR)

1,297 (PR)

DUN CHANGKAT JERING

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

9, 896

9, 163

BN

8, 206

7, 939

MAJORITI

1, 690 (PR)

1, 224 (PR)

DUN TRONG

7 APRIL 2009

8 MAC 2008

PR

3, 367

3, 301

BN

4, 124

4, 021

MAJORITI

757 (BN)

720 (BN)


GreenBoy : Not bad, sape kata kita x dapat sokongan orang melayu?

Read more...

Penghargaan dari DS Nizar

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.

Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.

Terima kasih kepada semua ahli dan pimpinan UMNO BN yang berkerja sama menjayakan pilihanraya kecil P059. Kepada semua yang disebut dan tidak tersebut diatas, saya dengan rendah diri memohon kemaafan dan keampunan diatas apa jua kesilapan dan dosa yang terkeluar dari mulut saya atau keperibadian dan gaya badan serta peradaban yang tidak sengajakan, terkasar bahasa dan yang telah mengguris serta melukakan hati dan perasaan, maka saya mintak ampun dan kemaafan dunia akhirat.

Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB TN Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Alfaatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum.....alfaatihah. Saya dan istri akan menziarah istri arwah YB Roslan pada petang ini, insyaAllah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah didepan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato' Zambry Kader di mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam2 saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato' Zambri adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini selalamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!

GreenBoy : We Are One, We Are Friends, GO GO For success

Read more...

UMNO KENA PENAMPAR LAGI

Pada 19 April ni UMNO/BN sekali lagi akan kena makan penampar kali ini oleh pihak Istana selepas penampar yang di terima dari rakyat khususnya pengundi di Bukit Gantang, sebelum dari itu penampar UMNO terima dari mahkamah apabila kes saman YAB Ir Nizar boleh didengari di mahkamah persekutuan atau mana-mana mahkamah, ini secara langsung telah menyanggah apa yang UMNO laungkan Hj Nizar penderhaka kepada Tuanku Sultan, penampar kali ini apabila YAB Ir Hj Nizar Jamaluddin di jemput untuk menghadiri majlis meraikan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Azlan.

UMNO/BN ni reti bahasa ke di antara penderhaka dan mohon derhaka, setahu teman kalau menderhaka kepada Sultan ni hukumnya berat, ni siap dijemput ke Istana ni bukan penderhaka, wahai Zambry Kutty semak le tahap IQ kome pada tahap mana sekarang.

Greenboy : Penampar = penampor = pelempang = tempeling = lempang <= Penerajang

Read more...

AMY SEARCH vs TOK GURU



ISSABELLA, MENTARI DI UFUK TIMUR, ANTARA ISI DAN KULIT, ROZANA, KAU PERGI, LANGIT DAN BUMI, MENITI TITIAN USANG, GADISKU DAN LAIN-LAIN LAGI, pergh siapa lahir tahun 1970-an angkat tangan, sure you all kenal sapa AMY SEARCH ni kan, mamat ni le yang pernah kopakkan duit belanja sekolah kita dulu kan, beli kaset dia (dulu mana ada cd), majalah URTV, seluar fitting (teman tak tahu berapa seluar sekolah dah kena gunting dek cikgu disiplin Sekolah Anderson dulu, please stand-up budak Anderson, thank you children).

Korang tau mamat ni le juga dah peningkan kepala otak teman camne dia boleh jadikan Tok Guru sebagai Idola dia (bahasa budak sekarang) mentor dia, ni le kuasa tuhan, sehingga Tok Guru tak perasan telah menitiskan air mata apabila kenang betapa seorang rockers yang selalunya dilibatkan dengan perempuan, dadah dan sosial songsang, boleh mengambil tempat duduknya apabila mereka mampu menggunakan lidah yang dianugerahkan oleh Allah untuk mengucapkan bait-bait ketuhanan yang secara tak langsung berdakwah kepada anak-anak muda yang semakin hanyut yang tidak hala tujuannya.

Mereka ini adalah mangsa kerakusan UMNO/BN dalam mencapai cita-cita mereka.

Rock Never Die..ni wording yang kita sama-sama laungkan dulu tapi sekarang kena ubahle
ROCK WITH COMMITMENT

GreenBoy: AMY search ishk pening teman, bila kenang kuasa tuhan apa nak peningkan. Alhamdulillah semoga ia kekal, kepada mamat rocker dah le cukup le setakat tu mai kembali ke pangkal jalan.. rock is ok,tapi rock with commitment.

Read more...

KELEMAHAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

13 April 09, Ipoh : Kelemahan teknologi komunikasi yang berlaku telah mengakibatkan Naib Presiden Tn Hj Mohamad Sabu Naib Presiden, tidak dapat berceramah pada tarikh yang sepatutnya, perkara ini telah diperjelaskan oleh Sdr SU Kawasan, yang mana beliau telah menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada beliau berkenaan dengan pembatalan program ceramah beliau di Tambun pada jumaat lepas, oleh kerana percayakan keberkesanan teknologi tersebut rupa-rupanya mesej tidak sampai kepada penerima, jadi berlaku sedikit "miss communication" (komunikasi dirindui), Tuan Haji Mohamad Sabu telah datang ke Ipoh dan menginap di rumah anaknya di Bandar Baru Sunway dan apabila teman maklumkan kepada Sdr Su Kawasan, beliau dengan berasa bertanggungjawab telah menemui sendiri Tn Hj Mat Sabu dan menerangkan apa yang berlaku, jadi akhir berlakulah satu kejadian yang tidak diingini mereka telah menghabis beberapa cawan teh tarik di sebuah restoran di sekitar tempat penginapan beliau.

Siapa yang belanja siapa tidak dimaklumkan.

GreenBoy : Teman semalam free tak da sapa pun nak ajak minum sekali, pesanan teman lain berhati-hati dengan teknologi, ia tak perfect ia hanya sebagai alat jadi sahkan mesej penerimaan mesej dari penerima mesej tersebut.

Read more...

PROGRAM PAS KAWASAN TAMBUN

>> Friday, April 10, 2009

OK Balik semula ke titik fokus kita di Tambun:

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN
TARIKH : 26 April 2009
TEMPAT : MKLAND KLEBANG PUTERA, CHEMOR.
MASA : 8 PAGI

MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT (SE;ESAI)
TARIKH : 21 Mac 2009
TEMPAT: Hotel Hill City

MESYUARAT AGUNG DEWAN PEMUDA PAS (SELESAI)
TARIKH : 28 mac 2009
TEMPAT: PUSAT TARBIYYAH PAS KAWASAN TAMBUN

Read more...

KJ TIADA DALAM KARBINET

>> Thursday, April 09, 2009


Kalau mak teman baca tajuk kat atas tu, tentu dia kata buat apa duduk dalam kabinet, kan ke tu tempat pinggan magkuk duduk le tempat lain, tapi orang politik baca tajuk tu, ada dua maksud kalau orang yang benci kat Khairy Jamaluddin 'padan dengan muka kaki rasuah' dan kalau orang yang sokong diorang akan kata alah apa le sangat dengan jawatan Menteri, Pemuda lagi penting, kita perlu perkuatkan pemuda, tetapi diorang perlu tahu kalau Ketua Pemuda dan pulak Ahli Parlimen tak dilantik dalam kabinet tu maknanya samada dia tu 'tengin' atau PM tak suka awak.

Greenboy : Lama tak guna perkataan 'tengin' = bodo

Read more...

YDP TAMBUN BERKARYA DI BLOG

Sebenarnya Ybhg YDP PAS Tambun ni mula menyertai cyber writer ni sebelum PRK Bukit Gantang tetapi teman tak sempat nak bagitau secara official cuma teman letakkan di link tautan pimpinan jer, kalau saper perasan dia akan nampak, okey tahniah kepada YDP kita kerana dalam kesibukan beliau masih ada masa untuk berkarya demi kepentingan Ummah, alamat blognya ialah http://peraknangis.blogspot.com

GreenBoy : Tahniah Buat YDP

Read more...

RAKYAT BUAT HATRICK




Setelah kemenangan di Permatang Pauh & Kuala Trengganu dengan langkah begitu segak dan rapi Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membuat 'hatrick' di Bukit Gantang, ini adalah isyarat rakyat yang sudah 'getik' dengan UMNO/BN, dan InsyaAllah isyarat yang semakin jelas ini juga di terjemah DUN di Bukit Selambau, seakan-akan menjadi satu trend di Malaysia, kalau cerita rumah terbakar 2-3 hari cerita rumah terbakar sama juga dengan harimau makan orang jadi 2-3 hari le cerita yang sama.

Begitule dalam politik di Malaysia yang kita cintai, tetapi apa pun UMNO nak kata RAKYAT sudah bersuara, RAKYAT sekarang berani dan tidak termakan dengan tawaran yang hebat-hebat dan projek mi segera.

Kalau nak diikutkan pelepasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik permit gantung Harakah dan Suara Keadilan adalah hadiah yang paling besar oleh PM baru kepada RAKYAT tetapi rakyat tidak termakan dengan tawaran tersebut, RAKYAT mungkin berkata cukuplah dengan BN memerintah 50 tahun.

Read more...

Srikandi PKR Dicabul Dalam Bilik Gerakan BN - malaysiakini

>> Monday, April 06, 2009

Lebih kurang jam 4:30 petang tadi, berlaku satu kejadian yang tidak diingini kepada Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat dari Srikandi PKR Malaysia. kejadian berlaku ketika kumpulan Srikandi PKR sedang menjalankan kerja-kerja mengedarkan risalah kempen pilihanraya di kawasan Simpang.

Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.

Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.

Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.

Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkuangan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.

Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi.

GreenBoy : Memang Haramjadah puak-puak ni, semua sama dari PM sampai balaci bilik gerakan perangai macam iblis.

Read more...

BETUL KE CALON BN SETERUKNYA

Teman memang tak gemor nak kempen guna rendahkan maruah orang ni, tapi kalau betul rasanya elok le orang Bukit Gantang pikior le balik, sebab bukan apa jenuh mandi hadas jer nanti, bila nak berkhidmat pada masyarakatnya dan nama je orang tempatan tapi jadi wakil rakyat Danok pulak.

Harap tak betul le.

Read more...

AKHIRNYA...TERBANG JUGA

Helikopter yang teman beli sebelum penamaan calon, ingat senang nak terbangkan susah juga, tak pe lah harap ade le mana-mana ahli PAS yang sanggup nak terbangkan bendera PAS.

Akhirnya terlaksana juga apa yang teman bayangkan, terbang juga bendera PAS di angkasa raya, tahniah kepada pemilik kapal terbang. Terima kasih orang sengat.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP