Takziah buat Baginda Sultan Perak

>> Thursday, March 29, 2012


Assalamualaikum kepada semua pelayar blog ini khususnya kepada pecinta jalan menuju Allah dan Rasul, Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang merupakan putera kedua Sultan Azlan Shah telah pulang ke hadrat Allah Rabbul Jalil pada pagi yang mulia ini iaitu pagi Saiyidul ayyam (penghulu segala hari)Jumaat 30 Mac 2012 ,  semoga rahmat Allah bercucuran menyelubungi roh beliau Aminnn...aminn Ya Robbal 'alamin.


Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawall 1.30 pagi tadi.

Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Ameen.

Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )



2 comments:

Anonymous March 29, 2012 at 9:27 PM  

Salam, itu link tolonglah updatekan yg baru punya link! Tkasih

pkrcabangtambun March 31, 2012 at 6:42 AM  

Salam Pas Tambun, pohon kerjasama tuan untuk linkan blog Parti KeADILan Cabang Tambun iaitu http://pkrcabangtambun.blogspot.com/ ke BLOG LIST tuan. Pihak kami juga akan membuat pautan yang sama ke blog tuan. Kerjasama tuan sangat2 dihargai.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP