HEMPAP2010

>> Tuesday, January 26, 2010



Read more...

CERAMAH ENJIN JET HILANG DAN BUBAR DUN







Read more...

CERAMAH POLITIK

>> Sunday, January 24, 2010

CERAMAH POLITIK
PERAK & ISU SEMASA


25 JANUARI 2010 (ISNIN)
9.00 MALAM

LOT 3646 KAMPONG TERSUSUN TANAH HITAM
(BERHADAPAN KG BARU TANAH HITAM)

PENCERAMAH
BADRUL HISHAM (CIKGU BAD)
YB SIVA SUBRAMANIAM - DAP
ZULKIFLY IBRAHIM - PKR
DR KHAIRUDDIN DATO' ABDUL MALIK (PAS)

Read more...

HOSPITAL BAINUN RETAK

>> Saturday, January 16, 2010



Hospital Permaisuri Bainun di lihat mengalami keretakan pada dindingnya, banggunan yang terlibat ialah Unit Rawatan Harian yang baru tak sampai 1 tahun diduduki.

Kelicap : "Alah baru retak, belum roboh lagi" kata orang dema

Read more...

SEORANG LAGI BAPA DI BUANG...DI PERLIS

Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di Kangar semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki itu, yang berasal dari Kodiang, Kedah, menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan itu tetapi sehingga pusat itu menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis itu telah menghubungi anaknya tetapi anaknya itu tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temubual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai oleh seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

Ku Chik berkata, lelaki itu akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Jejawi dekat Kangar selama 30 hari bagi proses kemasukan secara sukarela, dan jika tiada waris yang mahu menjaganya, dia akan ditempatkan di bawah penjagaan dan perlindungan jabatan itu.

Pada 7 Jan lepas, seorang lelaki berusia 57 tahun ditinggalkan bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya di Behor Temak dekat sini.

Lelaki itu dari Arau yang baru menjalani pembedahan jantung ditemui tidur di sebuah pondok bas.

Dia kini ditempatkan di Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Chuping.

- Bernama

Kelicap : Takut benor rasanya nak jadi bapa nanti takut kena buang... teman pronah dengor hadith nabi kalau x silap umat akhir zaman yang akan buang dan mengherdik ayah-ayah mereka.. Ya!Allah Ampun dosa kami anak-anak merdeka yang kurang ajarnya.

Read more...

BUANG AYAH TEPI JALAN

>> Friday, January 15, 2010


1 Safar 1431

Kekadang sering orang bercakap berhati-hati pilih menantu nanti dapat hantu, namun ianya memang realiti dengan kisah benar yang dipaparkan didada akhbar tempatan kelmarin. Sebelum ini kerap kita dengar berita orang buang anak tetapi sekali ini lain pula iaitu cerita orang buang ayah. Semuga ianya menjadi teladan kepada kita semua.

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

GreenBoy : Inilah hasil dari pendidikan UMNO/BN yang berjaya cemerlang,terbilang dan gemilang..

Read more...

YB HAMIDAH DI MINTA BERTAUBAT

Dulu dia ni kata "kalau jumpa ular dan hindu, kita kena bunuh hindu dulu baru ular" beliau cukup fanatik semangat melayunya.
Ini ialah gambar dikatakan berada di dalam blog YB Hamidah Osman ADUN Sungai Rapat, yang diketahui seorang Melayu beragama Islam, kami memohon supaya beliau bertaubat dan tidak lagi melakukan gambar seumpama ini lagi, kami di pastambun.blogspot.com mengajak seluruh pengunjung bersama-sama berisghtifar, jangan disebabkan politik kita tergadai akidah.

Apa yang hendak dikatakan ialah sebenarnya Isu Kalimah Allah ini adalah hanya berkocak dikalangan orang politik sahaja, tetapi rakyat mereka tidak mahu terlibat dalam isu ini, ini terbukti apabila seorang kawan saya yang berkerja di Hospital Fatimah, Ipoh, mengatakan walaupun hospital itu memang majoritinya orang kristian tetapi mereka tidak mengendahkannya, jadi janganlah kita berbalah sesama-sendiri.

Tetapi walauapapun YB HAMIDAH OSMAN mohon bertaubat sekarang juga.

GreenBoy : KP ..! teman cari juga tapi dah tak da dah artikel tu.. dema dah tarik keluar kot.

Read more...

ANAK RAJA IMAM SOLAT HAJAT




KOTA BHARU, 15 Jan:
Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

Read more...

CERAMAH ISU-ISU 'PANAS' NEGARA & PERSEMBAHAN MULTIMEDIA 1 BLACK PERAK

>> Sunday, January 10, 2010

CERAMAH ISU-ISU 'PANAS' NEGARA & PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA 1 BLACK PERAK


"MESTI TONTON"

TARIKH
17 JAN 2010 (AHAD)

MASA
9.15MALAM

TEMPAT
PUSAT TARBIYYAH PAS TAMAN MERU, JELAPANG

PENCERAMAH
YB KHALID SAMAD (AJK PAS PUSAT)
YB CHAN MING KAI (ADUN TEJA/PKR)

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Read more...

MUJUR PAS TIDAK BERSAMA DENGAN UMNO

Mujurlah PAS tidak bersama dengan UMNO, kerana jika PAS bergabung dengan UMNO, PAS tidak boleh mengeluarkan pendirian sendiri berkenaan dengan isu kalimah Allah dan sedikit sebanyak akan terpalit juga dengan tuduhan-tuduhan pembakaran gereja di seluruh negara.

GreenBoy : Huishhh nasib baik....

Read more...

KEMALANGAN DI TAMAN MERU DAN MISTERI BANGGUNAN

>> Friday, January 08, 2010

Pada senja hari selasa lepas (5 jan 2010) teman nak ke Pejabat PAS Tambun, teman telah sempat melihat satu kemalangan sebuah lori telah terbalik akibat jalan licin, Alhamdulillah mujur budak-budak yang bawak lori tu x cedera, ok cukup le cerita tu tapi teman nak bawak para pengunjung perhatikan satu lagi gambor yang sempat teman ambik.

Ok ni gambornya, teman dah berhujah dengan ramai kawan-kawan dan isteri teman, bukan apa mungkin mata teman x betul.. teman tanya mereka kome tengok banggunan PTTC (Perak Techno Trade Centre), betul x banggunan tu condong.. Dema kata ha ah la.. ok kalau condong dia condong arah mana? dema kata kanan ngala ke Chemor.. ok ini terbukti mata teman x silap memang banggunan ni condong ngala ke Chemor..

Ok teman tertangkaple gambor lori accident ari tu.. ok kome semua tengok brader yang pakai baju belang tu, dia berdiri tegak tapi kome tengok pulak banggunan PTTC tu, kan ke banggunan tu nampak condong..

Jadi di Perak sekarang ada 2 menara condong satu di Teluk Intan dan satu lagi di Taman Meru.. hebat Perak..

GreenBoy: Tahniah le kelicap, mike memang sempoi..

Read more...

DEMO UMNO DI MASJID NEGERI.. HEBAT

Pukul 3ptg 7 jan 2010 teman dapat mesej dari no yang teman tak kenali, Ada demo di masjid negeri.. tentang apa? dalam mesej tu kata pasal isu menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam... hu hu ni best ni .. dalam pemikiran teman sure brutal punya paling tidak pun bakor lambang salib sure ada ni.. x pun sure ada gereja yang terbakor...

Hari jumaat teman nekad akan solat jumaat di masjid negeri, heran x pernah tengok org seramai ni dengan org yang x pernah jejak masjid pun ada (teman kenal orang manjoi ni memang bukan jenis datang masjid punya..), lepas solat jumaat ada solat hajat.. wartawan dah semakin ramai untuk merakam acara bersejarah ini, teman tunggu dan terus menunggu, x der juga, orang semakin kurang... mereka tertunggu-tunggu sapa yang nak mulakan.

Tetapi semakin teruja bila mereka mula berkumpul di tempat air sembahyang, uisk sure jadi ni, orang semakin bertambah tapi x ramai, teman peratikan ehhh demo apa ni, teman perati dengan penuh teliti rasanya ketua demo ni teman minum dgn dia sebelum solata tadi... laaaa Cikgu Halim Pakar Sains Sedunia... ehhh tapi x kan dia lead demo ni kot.. oooo bukan dia nak ajor orang matematik cara dia.. hebat cikgu Halim.. teman ketawa macam nak terkeluar semua isi perut....

HA HA HA HA HA .... HALIM...

GreenBoy : He he UMNO - UMNO... kelicap mike nyorok kat mana aritu.. x jumpa pun.

Read more...

GAMBAR DATO SERI HJ NIZAR KEMALANGAN

>> Wednesday, January 06, 2010










Read more...

DATUK UMNO TIDUR DENGAN 10 PEREMPUAN

>> Tuesday, January 05, 2010


KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

GreenBoy : Apa nak jadi dengan puak-puak UMNO ni, ni hasil dari Islam Hadhari aritu le ni

Read more...

TRAGEDI KUDETA MIDAH DI SURAU TMN SOON CHOON

>> Monday, January 04, 2010

dah masak ke kak...

banyaknya periuk..

Midah - Midah , Raja Muda kata jangan politikkan surau dan masjid kau buat juga...memang kau ni tak reti bahasa le ..

Hamidah Osman yang pernah gempar dengan ‘ Ular dan Orang India’ berasa masih tidak faham kenapa dirinya dihalang daripada menganjurkan satu program berbentuk ibadah disebuah surau 'Al Falah" di Taman Song Choon Ipoh pada 1 Januari yang lalu.

“Saya menganjurkan program ibadah ini bertujuan untuk menyambut ketibaan Maal Hijrah 1431 selain bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di kawasan ini .Sebagai wakil rakyat, saya berhak menganjurkan program sebegini," kata Hamidah.

Kenapakah wakil rakyat ini masih tidak faham sedangkan beliau sendiri faham tentang tatacara menganjurkan sesuatu program ditempat orang; kerana menurut katanya :

  • “Saya juga telah menghubungi pengerusi surau berkenaan bagi mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan program tersebut”

  • Namun setelah pihak AJK bermesyuarat, saya dimaklumkan bahawa permohonan berkenaan telah ditolak kerana berbaur politik,”

    Setelah permohonan beliau ditolak, kenapa wakil rakyat ini terus menggila lalu tidak mengendahkan langsung larangan yang telah diputuskan oleh AJK surau tersebut?

    Beginikah sikap seorang yang digelar sebagai ‘Yang Berhormat’? Apa gunanya membuat permohonan kalau sikap perilaku samseng digunakan untuk mencapai kehendak nafsu yang kononya mahu menganjurkan program ibadah.

    Bila tidak mendapat kebenaran atau izin, maknanya itu kerja menceroboh. Menceroboh bukan satu kerja berupa ibadah. Menceroboh adalah perilaku zionis laknatullah keatas bangsa Palestine.Sikap Adun Hamidah Osman ini yang menceroboh Surau di Taman Soong Choon tempohari itu boleh dianggap sebagai meniru perilaku zionis yang tidak pernah kenal malu itu.

    Apa sebenarnya yang berlaku

    Menurut salah seorang AJK surau tersebut , permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan kerana ianya adalah anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.

    Katanya lagi, walaupun tidak dibenarkan, Hamidah tidak peduli dan tetap mahu meneruskan programnya.Samseng betul Hamidah ini!

    “Keputusan mesyuarat AJK surau tersebut tidak membenarkan Hamidah adalah satu keputusan yang tepat dan betul kerana program pada 1 Januari 2009 disurau itu yang kononnya ‘berbentuk ibadah’ sebenarnya adalah “Program Gotong Royong Wanita UMNO Gopeng,” katanya.

    Terangnya lagi, kebanyakan petugas pada program tersebut adalah mereka dari luar qariyah , memakai baju yang mempunyai lambang UMNO dan dihadiri kebanyakannya yang berumur 50 keatas.

    Aktiviti program yang bermula jam 8.00-12thari pada hari itu adalah memasak bubur asyura , ceramah agama,ucapan Dato Hamidah, dan agihan bubur asyura dikalangan mereka sendiri.

    Penyampaian bantuan persekolahan berupa sumbangan beg sekolah adalah kepada anak-anak yang entah dari mana yang didatangkan.

    Adakah program sebegini mampu membentuk ukhuwah dan menyemai semangat perpaduan sedangkan sentimen politik jelas terbawa-bawa dengan pakaian berlambangkan parti.Harap Hamidah kini lebih faham kenapa AJK Surau Al-Falah tidak benarkan kamu; kalau tidak orang kata engkau ni bebal tidak keruan.Lihat gambar-gamber berikut yang diambil pada program tersebut dan fikirkanlah sendiri :

  • Sumber dari AlHusyyen...

    GreenBoy : Ishk apa nak jadi dengan UMNO ni, tak reti bahasa ke, dah orang tak bagi x payah buat ler..



    Read more...

    UMNO MEMANG TAK BOLEH DI HARAP HABIS SEMUA DI MUSNAH ORANG

    >> Sunday, January 03, 2010


    Dulu dah tanah di ambik orang depan mata, ini pulak nama tuhan pun orang nak di ambik orang, apa nak jadi dengan UMNO ni, ini semua adalah kerana puncanya menerima Lord Reid secara membuta tuli, ingat lagi orang tua teman kata, orang putih ni bukan bagi merdeka begitu ajer, kamu tengok le nanti, jadi sekarang dah berlaku di depan mata, orang tua teman pun ada lagi, dia pun melihat dengan matanya sendiri.

    GreenBoy: Memang UMNO ni tak boleh di harap, satu sen pun tak berguna. Ini le namanya cerodik tak boleh di ikut , bodo tak boleh di ajor.

    Read more...

    HAKIM COKLAT HACK MENINGGAL DUNIA

    >> Saturday, January 02, 2010

    Diantara peristiwa yang rakyat tidak boleh lupa, aksi mengusung tilam ke mahkamah pada setiap hari.

    Datuk S Augustine Paul

    Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang.

    Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.
    Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

    Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

    Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.

    Augustine mendapati Anwar bersalah pada 14 April 1999 selepas satu perbicaraan yang kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya.

    Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.
    Sewaktu perbicaraan kes tersebut, sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA.

    Dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut.

    Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut.

    Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.

    Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini.

    Sejurus selepas itu, Augustine dinaikkan pangkat - pertama sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1998, hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 dan akhirnya hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.

    Augustine juga turut menulis beberapa buku - Cautioned Statements (1990), Impeachment Proceedings (1990), Trial within a Trial (1994) dan Evidence-Practice and Procedure (1994).

    Buku Evidence-Practice and Procedure kini menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.

    Beliau akan dikebumikan di Lorong Taman Pantai 7, Bangsar pada jam 2.30 petang esok


    Read more...

    MAJLIS PESERTA PROTAPAS BERSAMA NAIB PRESIDEN

    Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menyampaikan taklimat kepada hadirin.

    AF Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan tau Jihad di majlis tersebut

    Gambar kenang-kenangan bersama peserta PROTAPAS DPPK Tambun.

    Bemesra dengan di antara ahli Pemuda PAS Tambun

    Sempat mentahniq anak Sdr Syaila yang juga Setiausaha PROTAPAS DPPK Tambun.

    02 Jan 10 : Para peserta PROTAPAS yang tamat tamrin taarif-2 diraikan di satu majlis ringkas tetapi amat bermakna, majlis itu amat bermakna kepada mereka kerana dihadiri oleh Naib Presiden PAS Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, di dalam majlis tersebut AF Tuan Guru telah menekankan supaya para pemuda bersama dengan PAS kerana tiada pertubahan dan gerakan yang terbaik kecuali PAS, kerana di dalam PAS mempunyai modul untuk menjadikan anak-anak muda menjadi baik dan berakhlak.

    Di majlis itu satu sessi bergambar dan minum petang telah diadakan, rata-rata para hadirin amat berpuas-hati dan gembira dengan kunjunan Naib Presiden itu. Program ini adalah salah satu rally program Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersama Naib Presiden.

    GreenBoy : Satu pencapaian yang baik bagi DPPK Tambun, tahniah KP dan Team

    Read more...

    SEKITAR ZIARAH NAIB PRESIDEN PAS KE HOSPITAL PERMAISURI BAINUN

    Dr Khairuddin sempat bermesra dengan salah seorang pesakit berketuruna India di Wad tersebut.
    Kasih seorang pimpinan kepada kanak-kanak.

    Kelihatan ayah Adik Mohd Nizam, Tuan Guru Tuan Ibrahim dan Dr Khairuddin
    Sdr Zairul turut hadir kali ke-2 menziarahi Adik Nizam, semoga beliau sihat
    Salah seorang ayah kepada pesakit meminta AF Tuan Guru membuatkan air penawar untuk anaknya.

    AF Ust Mohd Nur bersama Dr Khairuddin menziarahi pesakit yang ada di situ.

    Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit berbangsa India.

    02 Jan 10: Warga WAD 4D Hospital Permaisuri Bainun Ipoh, amat teruja dan gembira apa menerima seorang tetamu yang tidak dijangka-jangka iaitu AF Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), pada petang yang ceria itu beliau sempat meluangkan masa menziarahi para pesakit di Wad tersebut dan menyampaikan sedikit cenderahati.

    Dalam sessi rally Tuan Guru Datuk bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, beberapa program telah diaturkan sempena program tersebut, diantaranya ialah lawatan ziarah ke Hospital, warga Wad tersebut amat gembira menerima kedatangan beliau apabila beliau diperkenalkan oleh AF Ust Mohd Nuri selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak. Turut hadir dalam sessi ziarah tersebut selain dari pimpinan DPPN ialah Timb Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Dr Khairuddin Dato' Abd Malek.

    Dikesamping itu ada juga para ahli keluarga yang meminta air penawar daripada AF Tuan Guru, dengan tidak keberatan beliau menyediakannya.

    Rombongan itu juga tidak ketinggalan menziarahi Adik Mohd Nizam yang terlantar di wad 7D akibat paras gula yang tinggi.

    GreenBoy : Terima kasih Datuk..

    Read more...

      © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP