DAFTARKAN SEMUA ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUNDI

>> Tuesday, June 30, 2009

Pihak pastambun.blogspot.com menyarankan supaya ahli-ahli PAS Kawasan Tambun khususnya mendaftar seluruh anak-anak yang boleh mengundi yang lahir pada bulan Mei tahun 1988, kepada agen daftar pemilih yang telah dilantik oleh PAS Kawasan Tambun, ini berikutan perkembanggan terkini di Negeri Perak.

Read more...

LAGU BUBARRRRKAN DUUUNNN ITU

Read more...

KENAL IT : APA ITU HOAX??

>> Monday, June 29, 2009

Hoax adalah usaha untuk memperdayakan orang agar mempercayai sesuatu yang salah itu adalah benar.

Hoax biasanya datang dalam bentuk email peringatan, nasihat palsu, berita bohong atau berita palsu yang biasanya diakhiri dengan menyuruh pembaca menyebarkannya seluas-luasnya!

Hoax beredar di mana sahaja: email, social networking (friendster, myspace, hi5 dll), Yahoo Messenger, bahkan SMS.

Dalam tingaktan ‘penyampah internet’, pada saya hoax berada setingkat lebih parah daripada spam. Biasanya spammer me’nyepam’ email untuk mempromote website diorang, ataupun ingin membuat sesuatu jualan (tapi cara nie tidak betul). Sedangkan orang membuat hoax tak lain tak bukan hanyalah untuk kepuasan peribadi : terasa puas apabila dapat membohongi orang ramai.

Membuat hoax tidak menjadikan seseorang itu mendapatkan keuntungan apa2 pun, kecuali untuk berbangga kerana ‘hasil karya’nya beredar luas di internet. Sementara itu, ribuan bahkan jutaan orang yang bekerja pada industri yang berkaitan mengalami kerugian kerana produknya tiba-tiba saja tidak laku. Sementara ribuan orang yang lain mengalami kecemasan akibat membaca HOAX tersebut. Oleh kerana itu dalam menerima satu2 maklumat hendaklah dilakukan Cross-Check terlebih dahulu terhadap kebenaran isi maklumat tersebut, jangan terus mempercayainya, apatah lagi terus memforwardnya.

GaaraHoax itu boleh juga tersebar di SMS, misalnya anda menerima sms yang memberitahu jika tidak memforwardnya maka anda akan ditimpa bencana, tetapi jika anda memforwardnya anda akan mendapat balasan yang baik, lalu disertakan bukti2 bahawa si A telah ditimpa bencana kerana tidak memforward, dan si B pula dapat kesenangan hidup kerana memforward.

Hoax bukan sahaja berlaku dalam dunia komputer sahaja, bahkan dalam bab2 kesihatan, kewangan, kemanusiaan, atau bahkan tentang cuaca. Biasanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ciri2nya tetap sama, iaitu dengan meyakinkan pembaca agar cerita yang mereka sampaikan kelihatan benar dan logik pada akal fikiran. Contohnya dengan menggunakan istilah2 ilmiah, mencampurkan informasi yang benar dan yang palsu, memberikan data-data yang berupa angka, menambahkan kata-kata ‘ajaib’ dengan memberikan kesaksian palsu ataupun menyuruh kita forward sesuatu perkara tersebut. Tujuannya adalah sama, membuat gossip yang akan membuatkan orang percaya padanya!

Ciri-ciri Hoax:
1. Mudah tersebar melalui email dan seringkali memanfaatkan kemudahan mailing list. Contoh: Yahoo Groups dll
2. Isinya biasanya berisi pesanan yang membuatkan kita berasa cemas, panik dan serba salah.
3. Diakhiri dengan peringatan agar si pembaca memforwardkannya.
4. Biasanya pengirim awal hoax ini tidak diketahui identitinya.


GreenBoy : Dalam islam pun ada juga digunakan kaedah ini, cth wujud Mazhab Syiah,Sunni dan golongan-golongan tarekat, diantara tujuan diwujudkan oleh musuh Allah ialah utk membosankan ummat terhadap Agama Islam

Read more...

BUBARKAN DUN DARI DPP PAS KAWASAN TAMBUN

>> Sunday, June 28, 2009

27 Jun 2009, Ulu kinta: Majlis meraikan mantan-mantan AJK Pemuda PAS Kawasan Tambun, telah diadakan di sebuah Restoran Tom Yam di Ulu Kinta, dalam majlis tersebut hanpir 40 orang yang hadir, Ketua Pemuda Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin telah memberi ucapan tentang krisis yang berlaku di Perak, Kerajaan Perpaduan dan menyentuh hala tuju DPPK.

Dalam majlis tersebut sebilangan 20 orang Pemuda berpakaian hitam dan memakai head band dan menjulang sepanduk "BUBAR DUN" bertujuan menunjuk protes tentang tindakan tidak bertamadun UMNO/BN merampas dan menafikan hak rakyat di Perak.

GreenBoy : Teman x dapat datang ada orang kenduri kawin.

Read more...

DROYAN OH DROYAN

>> Friday, June 26, 2009



GreenBoy : Hj Mail Ulu Kuang tahun nie ada kenduri droyan lagi ker...ajak le yerk

Read more...

LAGU PERAK VERSI PAK UDE.. BEST GAK




GreenBoy : Ewahhhh... joget yup..joget

Read more...

NATIJAH TAK BOLEH SEBUT PERKATAAN "ALLAH"



Oleh kerana terlalu bijak dan cerdik orang ugama di dalam negara kita akibatnya orang bukan Islam di dalam Negeri Perak khususnya tak boleh menyanyi lagu Negeri Perak Darul Ridzuan, kerana kalau diamati lagu Negeri Perak tersebut terdapat 4 perkataan Allah didalamnya.

Jadi orang paling bijak Agama kena pikior le, jangan ampu UmNo sangat sampai lupakan hal ini.

Berikut ialah lirik Lagu Kebangsaan Negeri Perak Darul Ridzuan:

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan


GreenBoy : Kume sarankan Tan Sri Mufti bertanding di Sungai Rapat dekat sikit dengan rumah Tan Sri, alamak Hamidah nak letak kat mana? Manjoi pun boleh.

Read more...

RAJA POP DUNIA KEMBALI KERAHMATULLAH

>> Thursday, June 25, 2009


Michael Jackson, 50, telah kembali kerahmatullah pada 4 pg waktu tempatan (12 GMT) di UCLA medical Centre, kematian disebabkan serangan jantung, untuk pengetahuan beliau telah memeluk agama Islam pada 20 Nov 2008, dan nama Islamnya ialah Mikael Jackson.

Tetapi akhbar-akhbar barat menafikan kematian beliau adalah dalam agama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Amin

Apa yang menarik dalam pengumuman oleh Abang beliau adalah seperti berikut:

Speaking on behalf of Jackson's family, his brother, Jermaine, said doctors had tried to resuscitate the star for more than an hour without success.

He added: "The family request that the media please respect our privacy during this tough time."

"And Allah be with you Michael always. I love you."

Para pengunjung boleh melayari secara lansung di http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/8119993.stm

GreenBoy : Al-Fatihah

Read more...

KERAJAAN MALAYSIA MESTI SELESAIKAN PPSMI DAN WAJIB LULUS B.I DALAM SPM SEGERA

>> Wednesday, June 24, 2009




GreenBoy: Thank You Very-very much Mr Manjoi Baru PAS Branch Leader (ha3x)

Read more...

PAS TIDAK PERLU UMNO DALAM MEMPERSADAKAN ISLAM DI MALAYSIA

>> Tuesday, June 23, 2009




Semua terharu dengan pertemuan Ukhwah ini, merah mata menahan perasaan ini.




GreenBoy : Orang tanya teman dan juga pemberita ke mana hilangnya Ust Nasa, teman kata itu le dia akhlak seorang yang berilmu dan begitu juga peristiwa memboikot seorang sahabat dengan mengarahkan jangan beri salam kepadanya, Ya! Allah ampunkan dosa kami yang tidak henti membuat kesilapan

Read more...

PAS TAMBUN MENZIARAHI MANGSA KEMALANGAN DI JELAPANG

>> Monday, June 22, 2009


Pada 19 Jun 2009, jam 3 ptg , malang menimpa encik Paramasivam a/l Muniandy, 52 tahun,apabila motosikal yang ditungganginya terlibat didalam kemalangan sewaktu menjemput isterinya pulang dari bekerja di kilang Yeos Hup Seng, Jelapang.

Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau dimasukan ke wad ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan meninggal dunia dua hari kemudian. Kemalangan turut mengakibatkan isterinya tercedera.

Di atas keperihatinan, Ketua cawangan Pas Taman Meru yang juga merupakan setiausaha pas kawasan Tambun iaitu sdr Ahmad Khair Faizal dan ahli jawatankuasanya telah berkejar ke unit ICU sekitar jam 12.30 malam. Kehadiran mereka disambut sanak saudara mangsa dengan penuh terharu. Mereka tidak menyangka wakil Pas akan hadir pada lewat malam semata-mata untuk berkongsi kesedihan dan memberikan kata-kata semangat.

Wakil Pas ini juga turut hadir ke rumah mangsa di taman Sri Meru, Jelapang pada keesokan harinya sebelum mayat mangsa disempurnakan mengikut upacara keagamaan mereka.

Menurut sdr Ahmad Khair Faizal, inilah sebahagian dari dakwah yang seharusnya dilakukan oleh umat Islam, khususnya ahli-ahli Pas. Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa prihatin dan mendampingi siapa sahaja yang ditimpa musibah. Apa yang penting ialah mengetahui batasan yang ditetapkan agama.


Keterangan foto : i.Saudara Ahmad Khair Faizal bersama anak mangsa (berbaju putih) di lobi wad ICU, Hospital Permaisuri Bainun Ipoh dan sewaktu menziarahi ke rumah mangsa. Kelihatan isteri mangsa didalam kesedihan dan masih tercedera.

Read more...

Penubuhan Pas Cawangan Pekan Chemor


Pas Kawasan Tambun semakin kukuh dengan tertubuhnya Pas Cawangan Pekan Chemor.

Mesyuarat agung kali yang pertama telah diadakan pada 17 Jun 2009 dan dirasmikan setiausaha Pas Kawasan Tambun, saudara Ahmad Khair Faizal. Turut hadir Naib Ketua PKR Bahagian Tambun , saudara Thanimalai.

Majlis perasmian telah diadakan di restoran Naina Mohamed, Pekan Chemor. Didalam ucapan perasmian, beliau telah memberikan fokus terhadap perkembangan dan halatuju parti. " Agenda Pas Kawasan Tambun semestinya juga menjadi agenda utama Pas diperingkat cawangan", demikian antara petikan ucapan setiausaha kawasan.

Beliau juga mengingatkan saf pimpinan cawangan untuk bekerja kuat membina kekuatan parti. Ini khususnya bagi meningkatkan sokongan pengundi cina dan india yang merupakan sebahagian besar masyarakat di Pekan Chemor.

Selepas proses pemilihan, Pas cawangan Pekan Chemor telah memilih Ustaz Wan Ahmad Tarmizi sebagai ketua cawangan. Beliau juga merupakan Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Tambun dan Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) sewaktu Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Keterangan foto : Sdr. Ahmad Khair Faizal selaku setiausaha Pas Kawasan Tambun menyerahkan sijil pendaftaran cawangan Pekan Chemor kepada Ketua Cawangan, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.


Greenboy : Senyuman AF Ust Wan mengambarkan banyak agenda yang akan dilakukan di Pekan Chemor

Read more...

WAHAI PARA PEMIMPIN KEMBALIKAN UKHWAH DI KALANGAN KITA


Pastambun.blogpot menyarankan supaya para pemimpin supaya baiki hubungan ukhwah dikalangan mereka, kerana isu Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya tidak timbul jika ianya dibincang dengan cara semangat Jemaah, kami melihat sejak kebelakangan ini terdapat unsur-unsur yang nakal yang cuba merobek roh ukhwah yang telah wujud di dalam PAS.

Masing-masing pimpinan sanggup mengeluarkan statement-statement yang membelakangkan keputusan Jemaah, apakah ini natijah dan bala yang Allah turunkan akibat dari lemahnya institusi tarbiyyah di dalam PAS itu sendiri.

Kami menyarankan kembalilah kepada Jemaah, jadikan isu kerajaan perpaduan ini sebagai satu eksperimen yang mahal yang telah kita cuba dan juga kami merasakan ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah samada negara, Islam dan Ummah.

GreenBoy : Buang yang keruh dan ambil yang paling jernih.

Read more...

LUKA DI KG MEMALI 24 TAHUN DAHULU TIDAK MUDAH DIMAAFKAN AHLI PAS


TRAGEDI BERDARAH DI KG MEMALI
19 NOVEMBER 1985




Read more...

PERGOLAKAN DI IRAN : MOUSAVI MAHU MATI SYAHID

>> Sunday, June 21, 2009

Pergolakan di Iran makin bertambah kritikal, setakat ini telah 19 orang maut di Republik itu, dan lagi mengeruhkan suasana apabila Mousavi mempamirkan bahawa dalam sengketa ini beliau lebih Islamik dari Ahmadenejad, jadi persoalannya siapa Ahmadenejad sehingga Mousavi sanggup untuk mati syahid.

Read more...

MUJAHIDEEN MENANG DI GAZA KITA JUGA MEMBANTU MEREKA

>> Saturday, June 20, 2009

Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin bau-baru ini, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah yang berlaku di Gaza:

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu."
(Fussilat:52) .

Read more...

KERAJAAN PERPADUAN

>> Wednesday, June 17, 2009

Tanda-tanda seorang ahli PAS yang tarbiyyahnya kurang mantap bila :

i. Tuan Guru halau Ust Nasa dari Kelantan dan suruh letak jawatan
ii. Tuan Guru marah dan siapa yang sokong kerajaan perpaduan dia boneka UMNO

anda akan mengambil sikap begini:

1. Anda percaya 100% laporan media musuh
2. Dalam hati anda berbolak-balik dengan sokongan kepada PAS
3. Kalau anda seorang pemimpin yang kurang tarbiyyah, anda menghasut orang bawah supaya menyokong anda walaupun anda tak tahu isu sebenarnya
4. Kalau anda muslimat ini bahan sembang dengan kawan-kawan dan kadang-kadang anda tiada fakta anda akan termakan hasutan musuh pula.
5. Kalau anda seorang ustaz "envelop" anda akan jadikan ini bahan untuk melakukan syarahan murahan anda (ada pulak jin suka bau kari) supaya anda meraih simpati pendengar
6. Kalau anda seorang peniaga anda akan menggunakan isu ini untuk mendapat untung yang lebih.
7. Kalau anda dari kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS baru-baru ini anda jadikan ini bahan untuk mentertawakan sahabat yang dipilih dan anda akan kata "See"
8. Kalau anda seorang bloger, anda akan jajakan isu ini dan menokok dari blog yang lain untuk anda menjadi juara dalam isu ini
9. Kalau anda pekerja dalam pejabat-pejabat PAS anda akan membawa "cerita" yang anda dengar cakap-cakap pimpinan di dalam pejabat keluar
10.Kalau anda seorang UMNO yang baru nak berjinak dengan PAS anda akan rasa ehhh sama je UMNO dengan PAS

Oleh itu kami sarankan, pergilah mana-mana usrah untuk dimantapkan kefahaman tentang wala', tsyiqah dan kaedah menyimpan hazar (rahsia) jemaah.

Read more...

APA NAK JADI DAH SEKARANG!!

>> Tuesday, June 16, 2009


GreenBoy : Tengok sendiri le, Jagale anak-anak kita..

Read more...

SELAMAT HARI BAPA

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan para suami agar mencontohi perilaku suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami dan pemimpin yang penyabar.

(INI BUKAN BAPA PENYABAR, INI DAH MASUK TAHAP DAYUS)

Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.

“Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib),” katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku ‘Najib Perdana Menteri ke-6′ di Wisma Pertahanan di sini hari ini.


GreenBoy : Teman rasa tak perlu nak contohi Najib tu, cukup dengan abah teman menjadi idola, dengan solat, puasa sunat, buat baik, penyabar, berjaya mendidik anaknya hingga ke tahap ini (sebagai pejuang), zuhud dan lain-lain teman rasa dah melebihi PM tu, Rosmah ko pegi cek balik sedar ke apa yang ko cakap tu.. macamana nak contoh laki ko, diri ko pun tak terdidik (tudung tak pakai, bercium dengan jantan bukan muhrim, berpeluk dengan jantan ini rupa bapa nak dijadikan contoh, piraaaah)

Read more...

UNITY GOVERMENT - BERITA DARI KOTA LONDON

>> Sunday, June 14, 2009

1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!

2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.

3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.

4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.

5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.

6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.

7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.

8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.

9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.

10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .

11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.

12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.





Greenboy : Baru le teman tau, rupanya Hj Asmuni pergi London untuk tujuan ini, camner En Faizal tak tau ni

Read more...

MARI KITA RENUNG SEKEJAP!!

Assalamu'alaikum semua;

Pernah tak para pengunjung semua terperasan tentang satu senario yang berlaku di dunia ni, bila perkara ini berlaku;

i. Lim Guan Eng menjadikan Umar Abd Aziz sebagai idolanya
ii. Nga Kor Ming membaca ayat Al-quran
iii. Obama membaca sepotong ayat quran di Mesir
iv. Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS dan
v. Tuan Guru Hj Hadi mengeluarkan idea untuk mengujudkan kerajaan perpaduan

apakah tidak ada sesiapa yang memikirkan tentang ini, dalam fikiran teman yang senteng ni, teman rasa tentu ada sesuatu kebaikan dan satu usaha yang mampu di fikir oleh orang yang kuat pemikirannya, ada unsur-unsur strategi di dalam keadaan di atas, mungkin ada satu kaedah yang lebih harmoni dan beradab untuk mempengaruhi antara satu sama lain.

Bagi pendapat teman pimpinan tertinggi perlu bertemu dan menjelaskan apa yang tersirat supaya kita dapat bekerja untuk parti ini dengan licin dan selesa.

GreenBoy: Teman nak ingatkan kita ada lawan kita, jangan le dalam kita sibuk berdepan dengan musuh ada pulak dikalangan kita yang menggangu dan musuh dalam selimut pulak, bila nak menangnya.

Read more...

USUL PENUBUHAN SURUHANJAYA BEBAS DIRAJA DI TERIMA

>> Monday, June 08, 2009

SHAH ALAM, 7 Jun : - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.

Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.

Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.

Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.

Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.

Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.

Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Harakahdaily.

Read more...

Surat Akuan

Dari blog YDP Tambun..

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG YANG BERNAMA AHMAD SUFFIAN B. ZULKIFLI ( PENAMA ADALAH ORANG YANG SAYA KENALI SELAMA 6 TAHUN DAN RAKAN SEPERMAINAN BADMINTON DALAM PASUKAN KAMI).

Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail (juga rakan sepermainan kami) beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:

i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.

ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.

iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak

iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.

v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.

vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada Ahmad Suffian bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.

vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.

viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.

ix) Ahmad Sufian juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.


GreenBoy : Ada sesapa boleh kidnap 2 org mangkuk ni, kita bawak ke pondok mana2x pulihkan dia mana tau dah termakan dengan bomoh puak-puak UMNO ni.

Read more...

PETRONAS TAK PAYAH BUAT PROMOSI DI PERAK

>> Sunday, June 07, 2009


Teman cadangkan kepada pengusaha minyak Petronas tak perlu buat promosi yang melibatkan baju hitam di Perak, kerana ini akan merugikan pengusaha, apa yang sedia maklum di Perak amat sensitif dengan baju hitam, jika baju hitam di pakai mereka akan di tangkap.

GreenBoy: tapi kalau petronas tak heran tu semua lagi bagus, mari kita bersama-sama rakyat menegakkan kebenaran supaya DUN dibubarkan. Lagi ramai pakai baju hitam lagi bagus.. Teman nak ajak kawan rockers, heavy metal, black metal dan lain-lain bawak keluar semua baju-baju hitam kita dulu dan pakai hari sabtu.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP