SELAMAT HARI RAYA

>> Sunday, September 28, 2008


DARI

SELURUH WARGA PAS KAWASAN TAMBUN..

Read more...

Penyampaian Sumbangan Hari Raya MTD Manjoi

21-sept : Satu majlis penyampaian sumbangan Fakir Miskin, Ibu Tunggal dan OKU telah diadakan di Pusat Komuniti Dewan Serbaguna Kg Manjoi, dengan kehadiran 250 orang penerima sumbangan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Majlis ini selain dari menunaikan tanggungjawab sesama insan, ia juga telah memupuk semangat setia kawan diantara parti dalam pakatan rakyat.

Di antara pemimpin yang hadir ialah ketua-ketua kampung seluruh gugusan Manjoi, Dr Khairuddin YDP PAS

Kawasan Tambun, dan Penghulu Ipoh.

"Dengan kuasa yang sedikit yang Allah berikan ini, kita masih mampu memberikan sumbangan yang tidak seberapa ini, program ini bukanlah apabila memerintah sahaja kita beri tetapi PAS telah lama membuat program seperti ini," kata Dr khairuddin.

Dan beliau juga menyarankan golongan fakir-miskin perlu mengubah pemikiran mereka supaya berjiwa besar iaitu walaupun miskin tapi cubalah berderma, dengan cara ini golongan miskin selain mendapat pahala ianya juga akan mendidik supaya mahu berusaha.




Dalam program tersebut bukan sahaja orang miskin yang melayu sahaja di beri bantuan malah masyarakat India dan Cina juga turut menerima bantuan.






Read more...

SELAMAT PULANG ANAK PERANTAUAN


PAS TAMBUN telah menaikan 2 buah billboard bersaiz 8 x 12 di dua lokasi iaitu di jalan Jelapang dan di Pekan Tambun.

Billboard tersebut mengalu-alukan kepulangan anak perantau yang pualang ke kampung dan juga mengucapkan Selamat Hari Raya IdilFitri.

Dengan semangat gotong-royong yang ditunjukan para ahli billboard yang sebesar itu telah dapat dinaikkan dengan megahnya.

"Kalau diikutkan belanja untuk menaikkan 2 billboard tu mungkin akan mencecah RM3000 tetapi dengan gotong-royong kami dapat menjimatkan sehingga separuh." kata Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, yang mengetuai projek tersebut.

Read more...

Mencabar Iman Orang Tambun

>> Tuesday, September 23, 2008





Kalau tak kuat iman jangan tengok dalam puasa ni..


































Read more...

Tulusnya manusia yang hebat ini...




Dengan hanya berlaukan yang tidak mewah dan hanya bersila kemas YAB Tuan Guru Nik Aziz ini begitu berselera dengan juadahnya


YAB Dato Seri Hj Nizar Jamaluddin meluangkan masa yang sibuk melawat seorang mangsa kebakaran di Manjung sikit masa dahulu, walaupun berlainan bangsa apatah lagi agama, beliau masih boleh menunjukkan rasa kasih sayang bapa kepada anak mangsa tersebut.










Ciuman kasih dan sayang seorang pemimpin kepada rakyatnya.





Dua orang yang mempunyai fahaman politik, agama & bangsa yang berbeza masih boleh bersembang dengan mesra dan berkongsi idea dalam membangunkan rakyat mereka.

Read more...

Solat Dalam Air




Walaupun sibuk bekerja di dalam air seorang Muslim ini masih mampu menunaikan tangunggjawabnya kepada tuhannya.
















Tetapi ulamak perlu menjelaskan kaedah yang sebenarnya bagi situasi begini, bagaimana pula keselamatannya dengan jerung dan sebagainya.

Read more...

Sambutan Badr Al Qubra Peringkat Zon Bandaraya


Sambutan Badr Al Qubra di sambut pada setiap tahun di bulan Ramadhan, tetapi pada kali amat mendukacitakan apabila hanya 3 orang dari Kawasan Tambun mewakili kawasan ke program tersebut.

Apakah kita terlalu sibuk tanpa memikirkan yang ini juga adalah program tarbiyyah ruhiyyah atau sengaja tidak mahu pergi kerana berbuka di rumah atau di markaz sendiri lebih selesa.

Sikap begini perlu di ubah kerana kejayaan yang kita kecapi sekarang adalah dari tarbiyyah yang kita lalui seperti ini dahulu.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP