MAJLIS RAMAH MESRA & MINUM PETANG BERSAMA PENYOKONG VETERAN PAS & DS Ir NIZAR JAMALUDDIN

>> Sunday, February 28, 2010

Ucapan yang sentiasa malar segar.. walaupun di bawah rembang matahari...
Di antara AJK Muslimat menunggu kehadiran Menteri Besar Rakyat..
KP bersama veteran pengerusi kelab motor Perak... ok pak cik nanti kita jayakan apa yang dirancang InSyaAllah..

Brother menyatakan sesuatu sehingga menarik minat DS mendengarnya.

Pak Cik ni bawa video camnya sendiri untuk merakam majlis tersebut, steady & cool.

Sekali-kala melihat Dr senyum... ok jugak yerk...

Menteri Besar Rakyat... menerangkan kemenangan Zambri yang seperti budak bodoh lulus periksa SPM dengan markah tinggi setelah dibantu oleh gurunya.. ha ha kesian Zambri..

YDP Kawasan Ybgh Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik memberi ucapan alu-aluan, kepada hadirin dan menekankan tanggungjawab dan apa yang boleh dilakukan oleh golongan warga emas ini, cth bersembang di kedai kopi dan berbincang hal Islam yang didapati dari kuliah dhuha, kuliah maghrib dan 'ter'tinggalkan harakah yang sudah di baca di kedai tersebut, supaya orang lain boleh baca.. ehmm idea lama yang boleh dipakai.

Sdr SU Kawasan yang sentiasa mengawal hensem walaupun berpakaian hitam ditengah rembang panas.. selaku pengerusi majlis pada program tersebut

Ketua Urusan Ulama PAS KawasanTambun , Ust Wan menyeru golongan emas, keluarlah beramai-ramai dari UMNO dan mari menyertai perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS, supaya ada bekal dan bahan nak berdialog dengan Mungkar Nangkir nanti.
Kehadirin Menteri Besar Rakyat yang ditunggu-tunggu, D.Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Antara para hadirin die hard PAS supporters..
Tahniah Pak Cik.. takbir

Terlalu melampau... ramainya..

Kehadiran yang melampau-lampau..

Sebahagian para hadirin wanita...

28 Mac 2010 : PAS kawasan mencatatkan satu sejarah apabila kehadiran hampir 1000 orang warga emas, yang rata-rata dari pengundi saluran 1 dan 2, hadir ke majlis tersebut dan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada YAB Menteri Besar Rakyat DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin, kehadiran yang tidak dijangka seramai itu telah memberi semangat baru kepada PAS Kawasan Tambun.

Majlis yang diadakan di perkarangan Padang Taman Meru 1B itu telah diserikan dengan ucapan-ucapan yang disampaikan oleh pimpinan kawasan PAS seperti AF Ust Wan Tarmizi dan YDP Dr Khairuddin Dato Abd Malik dan DS Ir Nizar sendiri.

Majlis berakhir lebih kurang pukul 4.45ptg, tahniah kepada semua terlibat samada lansung atau pun tidak lansung.

GreenBoy : sempat hadir, balik kampung tengok mak, jumpa KP beramah mesra dengan pengerusi kelab motor, dia kata ada projek untuk budak muda... tunggu... heran apsal budak nisa' tak turun sekali.

Read more...

YB Ustaz Khalil Idham Lim (CINAISLAM) kemalangan kali ke-2 dalam bulan ini

>> Thursday, February 25, 2010

Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping.

Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis.

Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.

Read more...

KULIAH ZOHOR DI PEJABAT PAS PERAK

>> Wednesday, February 24, 2010

Mulai hari ini setiap Khamis akan diadakan Kuliah Zohor di pejabat PAS Perak. Kuliah akan bermula dari 12.45 - 01.30 petang. Kemudian akan diikuti Solat Zohor berjamaah. Ahli PAS dan penyokong PAS yang berada di sekitar bandaraya Ipoh boleh hadir beramai-ramai.

Kuliah Zohor hari ini akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, selepas ini setiap minggu Zohor hari Khamis, pimpinan PAS akan bergilir-gilir menyampaikan kuliah. Program ini adalah dalam rangka mendekatkan orang ramai di sekitar bandaraya, terutamanya persekitaran pejabat PAS dengan PAS itu sendiri melalui majlis ilmu.

SUMBER UST MISBAHUL MUNIR MASDUKI - SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS PERAK

Read more...

ZIARAH SERAMPANG DUA MATA







Baru-baru ini AJK Harian PAS Tambun telah berkesempatan menziarahi beberapa orang aktivis badan bertindak menentang bau busuk di Kuala Kuang, di mana mereka telah dijatuhkan hukuman penjara 2 minggu tetapi telah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM24,000, mereka sekarang sedang failkan kes mereka ke Mahkamah Tinggi, disamping menziarahi mangsa-mangsa tersebut para AJK sempat membuat kunjugan muhibbah sempena perayaan tahun baru cina.

Read more...

ZIARAH PAK YA, PEJUANG KEMERDEKAAN YANG KOMITED

>> Monday, February 22, 2010




Pada 06 Febuari 2010 itu hari kami DPPK Tambun seramai 11 orang telah berpeluang menziarahi sorang pejuang kemerdekaan yang semakin dilupakan, beliau yang dikenali sebagai Pak Ya sekarang ini mengalami sakit lulut yang mengakibatkan beliau sukar untuk berjalan, beliau mungkin tidap memerlukan pertolongan dalam bentuk wang ringgit tetapi sedikit perhatian , beliau juga adalah aktivis PAS Cawangan KDAS 3.

KP- maaf ye lambat masukan berita ni...

Read more...

MAJLIS RAMAH MESRA & MINUM PETANG

>> Sunday, February 21, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA & MINUM PETANG
BERSAMA AHLI & PENYOKONG VETERAN PAS TAMBUN

TETAMU JEMPUTAN
YAB DATO SERI IR HJ NIZAR BIN JAMALUDDIN

TARIKH
28 FEB 2010 (AHAD)

MASA
3 PETANG

TEMPAT
PADANG TAMAN MERU 2B JELAPANG

Read more...

PERASMIAN MALAM REMAJA BERBAHASA DPPK TAMBUN

>> Friday, February 19, 2010

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-quran oleh anak AF Ust Wan Tarmizi.. beliau juga juara pelukis murel peringkat kebangsaan

Sdr Salman Salleh merasmikan Program Malam Remaja Berbahasa DPPK Tambun
Persembahan Demonstrasi Seni Silat oleh remaja Kg Che Zainal
Aksi yang ditunjukan oleh Remaja Kg Che Zainal
Sketsa para Remaja

Persembahan Alternatif dan memperkenal hiburan genre Islamik Metal
Sdr Zairul mengimamkan solat Isya' sebelum Majlis dimulakan

20fEB2010: Satu majlis perasmian ringkas bagi program Malam Remaja Berbahasa (MRB) telah disempurnakan oleh Sdr Salman Salleh selaku Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, majlis yang dihadiri hampir 100 orang itu telah mencatat satu lagi sejarah kepada DPPK Tambun, yang berjaya meneroka satu lagi bentuk program remaja, majlis MRB kali ini diadakan di Kg Che Zainal, Chemor.

"Program MRB malam ini adalah program yang diadakan kali ke-2 di mana program yang pertama telah diadakan di PASTI Kg Manjoi, cadangan sebelum ini MRB akan diadakan dua bulan sekali telah tidak dapat diadakan oleh kerana bulan puasa, hari raya dan pilihanraya kecil." Kata Pengarah Program MRM DPPK Tambun Sdr Jalalus Sayuti.

"Program ini mensasarkan 3 objektif bagi remaja, pertama mencungkil bakat-bakat remaja di dalam cawangan seluruh Tambun, Kedua menterjemahkan isi hati kaum remaja dalam bentuk seni budaya dan ketiga mendekati para remaja dengan hiburan alternatif dengan perbelanjaan yang paling minima" sambung beliau.

"Program-program seperti ini amat baik diadakan selain dari memberi hiburan berbentuk alternatif, sekurang-kurangnya ia dapat mengurang aktiviti sosial yang tidak berfaedah, kerana dengan adanya hiburan berskala kecil ini dan dengan perbelanjaan yang rendah ianya dapat melibatkan masyarakat, khususnya golongan remaja yang mempunyai bakat dapat diketengahkan, tetapi masih lagi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh syara' antara tiada percampuran gender, lirik-lirik lagu yang tidak ada unsur lucah dan khayal, persembahan yang tidak bercorak mistik dan tahyul, budaya yang hendak diketangahkan boleh di terima dan selesa oleh masyarakat." Sdr Salman Salleh di dalam ucapan perasmiannya.

"Remaja-remaja perlu di beri peluang untuk menyatakan bahasa mereka kepada masyarakat, bahasa ialah alat komunikasi yang tujuannya ialah dua pihak boleh memahami antara satu sama lain, inilah punca permasalahan yang wujud di dalam masyarakat apabila golongan yang lebih dewasa dari kaum remaja tidak memahami budaya kaum remaja itu sendiri, ini adalah kerana tiada satu medan yang khusus yang diberikan kepada kaum remaja untuk menterjemahkan bahasa mereka, contoh majlis-majlis orang yang lebih tua biasanya tidak dihadiri oleh golongan remaja dan majlis-majlis remaja pula sudah tentu tidak dihadiri oleh golongan tua, jadi MRB ini sebagai medium untuk mengumpulkan dua golongan yang terpisah ini supaya ianya boleh memamahi bahasa dan budaya mereka antara satu sama lain " kata Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun.

"Idea ini saya dapat apabila saya membaca sejarah wali songo yang mengunakan wayang kulit sebagai medium menyampaikan dakwah kepada masyarakat Jawa khususnya berkenaan dengan Allah sebagai Rabb, lalu saya berbincang dengan sahabat-sahabat AJK Pemuda dan mereka setuju." sambung Sdr Zairul lagi.

"Dalam MRB bukan sahaja hiburan yang berbentuk nyayian nasyid sahaja, tetapi segala bentuk budaya melayu yang baik yang boleh diketengahkan, tidak dihadkan kepada budaya negeri Perak sahaja tetapi seluruh Nusantara, selagi ianya baik dan bercanggah dengan syara' ianya dibenarkan, contohnya pada MRK pertama dahulu adanya berbalas pantun, syair, sajak dan wayang kulit, dan kali para remaja dengan berani memaparkan seni silat melayu, Alhamdulillah ini satu perkembangan yang amat baik dan mengalakkan dari golongan remaja" Sdr Jalalus Sayuti.

GreenBoy : Syabas DPPK Tambun, teruja nak datang tapi ada assignment kena setelkan

Read more...

DATO PRESIDEN SELAMATKAN ORANG DARI MATI LEMAS

>> Tuesday, February 16, 2010



MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.

Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Sumber Harakahdaily.net

Read more...

MAMAK ZAMBRY MENTERJEMAHKAN 1MALAYSIA

>> Sunday, February 14, 2010

Baru-baru ini Zambry menganjurkan majlis Tahun Baru Cina dikediaman Menteri Besar di Ipoh, kalau dilihat dengan mata kasar rasanya tak ada apa salahnya, tapi kalau dilihat dengan mata hati memang ada yang tak kena, ada ke seorang Mamak menganjurkan majlis Tahun Baru Cina, ada orang kata habis tu ada orang Cina menganjur majlis berkhatan.. so macamana, teman nak bagi ada bezanya tu majlis kenduri je tapi ini adalah perayaan bangsa lain, nak tanya sikit mamak ini bangsa melayu ke, cina...?

Sebab tu teman kata inilah yang cuba diterjemahkan oleh si Zambry Kader ni, 1Malaysia means no Malay at All.. paham ke orang melayu..?

KP : ok stop kang ISA pulak..

Read more...

PEMUDA PAS TAMBUN MENEROKA SUKAN PAINTBALL

Baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Tambun telah meneroka sukan yang baru iaitu paintball, di mana sukan ini yang amat digemari oleh kaum muda khusus di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur.

Sukan ini adalah sukan yang mengabungkan seni taktikal dan ketahanan fizikal, di mana para pemain atau paintballers perlu mempunyai seni taktikal, team work, strategi dan ketahanan fizikal yang kuat.

Terdapat banyak pakej yang ada dalam sukan paintball ni, center flag, catch the flag, VIP atau President dan banyak lagi. Dan ada yang bermain di padang dan ada yang menggunakan alam semulajadi sebagai lapang sasar mereka.

DPP Tambun baru menjadikan hutan sebagai lapang sasar mereka. Ok Ikuti gambar ini bolehlah membayangkan betapa seronoknya permainan ini hingga team DPPK tak keluar-keluar sampai tamat permainan.. bravo .. lain kali kita cuba lagi.. tahniah Nasron and Team.



Tapi walauapapun aksi bergambar kena ada, manco kena jaga.. ookkk snap.. Takbir..

Hoii kuar le, sampai bila kome nak duduk situ.. tembak le..

Yang ini aksi seorang profesional dari kolompo, dia biasa main, sebagai undercover dia kata dia suruh bebudaka tu kuar, semua takut.. tak pe.. perlu latihan lagi, askar pun hari mula pegang senapang pun ada yang kecut..
Peserta ni dari tadi menyorok tak keluar-keluar, mana idaknya pallet bertalu-talu atas kepala.. sampai habis game tak kuar-kuar.. habis tu pallet mike buat apa yeop.. dia jawab "entah.. teman tembak semut je gamaknya.." haaa baru kome tau..

Salah seorang paintballers menunjukkan aksi profesional, berselindung di balik pokok terung rembang.. he 3x yang penting gaya kena ada...

Marshal memberi penerangan kepada para paintballers.. jangan pucat ni satu game yang tidak merbahaya... budak pompuan pun main jugak..
Yang boncittt tu steady jer, Adi mamat yang sentiasa smart walaupun dalam suasana perang, macam nak pegi pekan, kelihatan Nasron (team leader) macam Shamel Basayev Baca doa dulu, supaya tingkatkan semangat juang, ada yang mengetor baru baca doa belum pegang marker lagi..

KP : Jangan silap paham ini adalah satu sukan, bukan latihan perang.. teman teringin juga nak join, tapi kena balik kampong sempena raya cina nie.. lain teman join, nak tunjuk juga skill kat pemuda teman.. he 3x lain kali kita ajak YDP, SU dan TYDP semua le, AJK Kawasan.. X termasuk muslimat le, diorang buat lain..





Read more...

KEKUATAN PERAK ADA PADA 3 KATAK NI

>> Wednesday, February 10, 2010


Keputusan yang diumumkan oleh mahkamah semalam sebenarnya hanyalah untuk menyempurnakan kekuatan negeri Perak yang asasnya hanya 3 orang yang tidak bermaruah ini.

Apalah sangat dengan kemenangan semalam yang hanya bersandarkan dengan 3 manusia ini (bolehlah juga disamakan dengan kekuatan 3 ekor katak), apakah Barisan Nasional boleh mendabik dada dengan kekuatan ini, jika dibandingkan dengan kekuatan wakil rakyat pakatan yang diangkat oleh sekalian rakyat.

Cubalah bayangkan jika 3 manusia yang tidak bermaruah ini berpaling tadah (walaupun ada angin-angin yang mengatakan surat hutang datang bertalu-talu ke rumah) apa akan jadi kepada negeri ini?

Oleh itu kami di pastambun menyarankan supaya 3 manusia ini masuklah dalam BN supaya tidak memalukan negeri ini, dan berilah peluang kepada Zambri memerintah dalam keadaan selesa dan membangunkan negeri.

KP..

Read more...

NIZAR DIKALAHKAN MAHKAMAH 5 - 0 ??

>> Tuesday, February 09, 2010

Macam ada yang tak kena.. itu yang boleh dikatakan.. sebab sebelum ini kita diwar-warkan Nizar akan menang paling tidak 3 - 2, apa sudah jadi bila pukulan KO 5-0. Ini macam tak munasabah, walauapapun kita tunggu apa yang nak dibuat oleh Nizar dan para peguamnya.

Read more...

MENJELANG PENGUMUMAN MAHKAMAH

>> Sunday, February 07, 2010




Read more...

TERKINI 1 : MB SEMAKIN GUSAR

>> Thursday, February 04, 2010

Maklumat yang tidak rasmi mengatakan keadaan MB sekarang dalam keadaan gusar dan tidak tenteram sambil menunggu tarikh keramat 9 Feb 2010 ini, samada MB tersebut Zambri atau Nizar. Tetapi paling gusar ialah Zambri kerana maklumat yang kami terima sudah bermalam diadakan solat hajat dan bacaan Yassin (tak tau le apa tujuannya - kerajaan kome kan kerajaan haram) di kediamannya dan majlis kemuncak akan diadakan pada 6 feb 2010 ini, dijemput semua rakyat jelata hadir dan makan akan disediakan.

Dengor khabar dema pun bermunajat atas padang je bukan buat dalam kediaman, dulu kume buat kome kata tak elok le mcam-macam lagi kome kata sekarang kome pun pun buat macam tu.

Walauapapun kita akan tunggu...

Read more...

RAKYAT AKAN MENJADI HAKIM



PAK IMAM MAJID - PEJUANG KEMERDEKAAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Read more...

CABARAN ZAMBRY HANYA PADAN DENGAN TIMBALAN KETUA PEMUDA IPOH TIMUR JE

>> Monday, February 01, 2010

Pemuda PAS cabar Tajol Rosli letak jawatan Adun

Azamin Amin
Tue | May 13, 08 | 12:59:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Hulu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut.

Ini memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seolah-olah tidak mahu mengaku kalah pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini dan masih mengangap BN masih relevan lagi.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan itu Shamsul Effendey Abdul Rahim yakin jika beliau sanggup mengosongkan DUN Pengkalan Hulu tersebut, ilihan raya kecil kelak akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Beliau juga seharusnya meminta kesemua Adun yang mewakili BN meletak jawatan serentak.

"Dengan cara ini agar rakyat diberi peluang semula untuk memilih wakil yang betul-betul boleh memberi khidmat kepada rakyat negeri Perak," katanya

Katanya Tajol sepatutnya menjadikan situasi yang berlaku di Perlis dan Terengganu, sebagai 'signal' yang jelas kepada beliau untuk berundur secara terhormat segera.


Ini ialah petikan dari berita yang disiarkan di harakahdaily 13 may 2009...Ternyata Zambri Al-Kulubi ini memang tak ada pendirian dan otaknya kosong, tak tahu nak mencetus isu, hanya tahu meniru dan meniru.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun mencabar beliau kosongkan 3 Dun yang haram sekarang ini.


Read more...

CERAMAH DI MANJOI HEBAT 4000 HADIR



Gambar-gambar dari kamera KP

01feb2010, Manjoi : Kehadiran hampir 4000 ke majlis ceramah dan penerangan Isu Sema semalam yang diadakan di Kg Manjoi amat luar biasa, kerana kehadiran melebihi 500% memaparkan bahawa sudah satu tahun rakyat memendam rasa, muak, rasa nak muntah dan bingit dengan janji kosong kerajaan rampasan kuasa UMNO/BN.

Dengan kehadiran yang luar biasa itu, menunjukkan rakyat perlukan perubahan yang segera, amat tidak dipercayai apabila para hadirin tidak berganjak hingga ke akhir majlis.

Alhamdulillah pihak berkuasa memberi kerjasama yang amat baik. (gambar teman akan dapatkan dari ihsan perak express)

Kelicap : rugi awak tak datang semalam

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP