SESSI ZIARAH PESURUHJAYA PAS PERAK KE KAWASAN TAMBUN

>> Monday, August 31, 2009

Tn Hj Jamaluddin, Dr Khairuddin, Ust Bakar Hussin, Ust Misbahul Munir dan AF Ust LoqmanulHakim

AF Ust LoqmanulHakim menyerah dokumen penubuhan cawangan baru UK Raya

AF Ust Bakar Husin, PesuruhJaya PAS Negeri Perak menyampaikan ucapan.

Kehadiran AJK Pas Cawangan-cawangan Tambun yang hadir.
AF Ust Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perak.



Read more...

DPP TAMBUN LANCAR KEMPEN "KUME DAH GETEK KAT UMNO"



01September2009 : Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun pada hari ini melancarkan slogan kempen "KUME DAH GETEK KAT UMNO", slogan ini akan digunakan dalam kempen-kempen DPPK Tambun, getek ialah perkataan halus yang digunakan oleh orang melayu Perak yang bermaksud tersangat benci, menyampah, meluat dan sangat muak.

Memang ungkapan ini amat sesuai digunakan pada masa ini, kerana bila sudah terlalu lama memerintah mestilah banyak perkara yang orang ketahui kejelekannya, tambahan lagi apabila kerajaan kudeta zambrey telah menabur tar dan batu di kampung orang melayu, ini juga sedikit sebanyak menambahkan lagi kegetekan orang melayu, mengapa selepas 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah baru nak buat, sebagai contoh perkampungan melayu Manjoi yang sudah hampir 30 tahun tidak pernah di buat jalan baru tiba-tiba bila berlaku kudeta barulah terhegeh-hegeh nak buat.

Seolah-olah sebelum ini orang melayu Kampung Manjoi tak ada nilai di mata UMNO/BN yang hanya digunakan semasa pilihanraya, apakah YB Nadzri sudah hampir kalah baru nak tunjuk yang aku juga buat kerja. Tu yang namanya orang melayu dah Getek Kat UMNO.

GreenBoy : Orang rumah teman orang Kedah dia kata meluaat aihh, ok le tu sama le maknanya

Read more...

APA MAKSUD TERSIRAT IKLAN DIGI NI



DAN SATU LAGI



Mengapa begitu teruk sekali iklan sampai nak memukul dan melanggar sampai mati, ini kes berat haloo Najib lu x tengok iklan ni ke, orang dah hina sampai macam tu pun tak sedar lagi ker...?

GreenBoy : 1 MALAYSIA

Read more...

MAJLIS FATWA PERLU AMBIL TINDAKAN MEMPERSENDAKAN UNGKAPAN "TAKE BEER"

01Sept2009: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun melalui Ketua Penerangannya Saudara Jalalus Osman, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mempersendakan ungkapan-ungkapan suci syariat antaranya ialah Takbir diungkapkan sebagai "Take Beer" (ambil bir), ini sesuatu yang amat hina, sedangkan perkataan takbir adalah perkataan digunakan solat dan haji/umrah, dan mengagungkan kebesaran Allah swt.

Beliau mengatakan kalaupun begitu marahkan sesuatu parti atau puak lawan janganlah perkataan yang amat suci ini dicemarkan dengan sentimen kemarahan, kenyataan beliau merujuk kepada perarakan yang kontroversi yang berlaku di Selangor baru-baru ini, apabila sekumpulan orang melayu yang tidak berpuashati dengan pembinaan kuil di syeksyen 23, sebilangan besar pesertanya ialah ditaja oleh pihak tertentu, apabila melaungkan Take Beer dengan tujuan mempersendakan laungan penyokong PAS apabila di dalam sesuatu ceramah.

GreenBoy : Apsal Mufti Tan Sri tak cepat bertindak dengan ungkapan yang terang-terang menghina Islam

Read more...

HUKUMAN SEBAT DALAM SYARIAT ISLAM

>> Saturday, August 29, 2009

Sebahagian daripada program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Read more...

JANGAN BERMAIN API AGAMA

Dalam ramadhan yang suci ini, yang mana di dalam tazkirah setiap malam pentazkirah selalu mengingatkan supaya kita berpuasa dan semoga kita digolongan dalam golongan bertaqwa. Tetapi baru-baru ini berlaku insiden yang begitu membimbangkan apabila ada sekumpulan kecil telah memainkan sentimen agama, dengan membawa kepada lembu yang masih berdarah ke pejabat SUK.

Teman tak mahu nak ulas panjang tetapi teman nasihatkan seluruh ahli PAS dan pimpinan jangan masuk campur urusan ini kerana ini membahayakan perjuangan kita dan kemungkinan kita akan masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh UMNO/BN.

Nak tahu pergi le ke site http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2005

Greenboy : Apsal le heret kepala lembu tu, kome tau ke harga 1 kepala tu hampir rm200, ehmm 1 kepala lembu, 1 malaysia.. ishk macam nak sama le.

Read more...



Read more...

PRK PERMATANG PASIR

>> Thursday, August 27, 2009


TAHNIAH

KEPADA PARA PEJUANG-PEJUANG, INI ADALAH DI ANTARA UJIAN-UJIAN YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA, UNTUK MENGHADAPI MEHNAH & TRIBULASI YANG MENDATANG.

ALLAHUAKHBAR

Read more...

KALAU ADA HUDUD TENTU PERKARA TAK SEMPAT BERLAKU

>> Monday, August 24, 2009


Semalam dalam berita mengatakan Puan Kartika yang telah dijatuhkan hukuman 6 sebatan telah ditangguhkan hukuman kerana menghormati bulan Ramadhan.

Mengapa Kartika kena juga sebat dan tidak merayu supaya sebatan digugurkan ini kerana dalam peruntukan undang-undang Syariah Pahang menyebut "kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. " apa yang teman dipahamkan dari radio IKIM ia menggunakan DAN bukau ATAU maknanya memang tak boleh lari dari sebatan dan denda RM5000 (beliau sudah jelaskan) atau penjara 3 tahun.

Ada orang belah sana bising dengan kawan teman ngapa orang PAS tak backing, so teman kata "Hallo geng paham x apa masalahnya sekarang" ini bukan hukum Hudud ini undang yang dibuat oleh pemerintah negeri Pahang, apakah Puan Kartika selepas menjalankan hukuman ini dia akan terlepas dari hukuman Allah di akhirat kelak? Sapa berani jawab Ya, angkat tangan.

Kecualilah beliau bertaubat bersungguh-sungguh untuk tidak melakukan lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan teman rasa Puan Kartika tentu tidak akan kena sebat dan kena denda kerana hukum hudud ini akan membataskan untuk melakukan kesalahan had Allah.

Kalau nak belajar bab ini kena panggil Ustaz yang betul Ikhlas bukan ustaz Envelope.

Ni teman bekalkan sikit untuk panduan kita;

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah :

i. Orang yang sudah mukallaf;

ii. Dengan kemahuan sendiri;

iii. Mengetahui haram hukum meminumnya;

iv. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.

Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut.


Greenboy : Teman rasa ditangguhkan hukuman sebat tu lebih sakit lagi, maklumle nak raya ingatkan kena sebat, tapi ini menunjukkan seriusnya negeri-negeri yang nak jalankan hudud, setahu teman di kelantan ada juga sebat ni tapi masih guna perkataan ATAU lagi.

Read more...

SEJARAH BADAR AL KUBRO

PERANG BADAR KUBRO
LATAR BELAKANG PEPERANGAN.

Perang Badar Kubro diawali dengan peristiwa Dzul Usyairah. Peristiwa Dzul Usyairah adalah salah satu usaha Rasulullah memantau dan memblokade jalur perdagangan kaum Quraisy Makkah ke Syam sebagai bentuk balasan terhadap tindakan intimidasi kaum Quraisy terhadap kaum muslimin di Madinah. Peristiwa Dzul Usyairah terjadi pada Jumadil Ula sampai Jumadil Akhirah 2 H yang dipimpin Rasulullah bersama 150/200 muhajirin yang memiliki misi menghadang kafilah dagang Quraisy yang hendak pergi ke Syam, namun tatkala pasukan islam sampai di Dzul Usyairah, rombongan Quraisy telah melewati wilayah itu beberapa hari sebelumnya. Namun kafilah inilah yang kemudian dicari-cari beliau sekembalinya kafilah dagang ini dari Syam, dan kemudian menjadi penyebab meletusnya perang Badar Kubro. Bendera perang pasukan islam berwarna putih yang dibawa oleh Hamzah bin Abdul Mutholib.

Maka setelah rombongan Quraisy bisa lepas dari hadangan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam dalam perjalanannya dari Makkah ke Syam, maka beliau menanti saat kepulangan mereka dari Syam ke Makkah. Untuk ini Rasulullah mengutus Thalhah bin Ubaidillah dan Sa’id bin Zaid ke utara untuk menyelidiki, mereka tiba di Al Haura’ dan berada di sana untuk beberapa lama. Maka ketika kafilah dagang Quraisy yang dipimpin Abu Sufyan sudah lewat, keduanya segera kembali ke Madinah dan mengabarkan berita ini kepada Rasulullah. Kafilah dagang Quraisy ini membawa 1000 onta yang mengangkut harta benda yang tidak kurang dari 5000 dinar emas dan dikawal kurang dari 40 orang.

PERSIAPAN PASUKAN ISLAM.

Setelah mendapat kabar tersebut Rasulullah mengadakan persiapan untuk menghadang kafilah dagang quraisy, beliau menyiapkan 313 sampai 317 shahabat yang terdiri dari 82 hingga 86 dari muhajirin, 61 dari Aus dan 170 dari Khazraj dengan membawa hanya 2 ekor kuda dan 70 ekor onta. 1 ekor onta dinaiki 2 atau 3 orang, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam naik seekor onta bersama Ali bin Abi Thalib dan Martsad bin Abu Martsab Al Ghonawy. Beliau mengangkat Ibnu Ummi Maktum sebagai wakilnya di Madinah tapi kemudian diganti olah Abu Lubabah.

Bendera komando tertinggi yang berwarna putih diserahkan kepada Mus’ab bin Umair Al Qursi Al Abdary. Pasukan muslimin dibagi menjadi 2 batalion :

1.Bataliyon muhajirin, benderanya diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib.

2.Bataliyon anshar, benderanya diserahkan kepada Sa’ad bin Mu’adz.

Komando front kanan diserahkan kepada Az-Zubair bin Al Awam dan front kiri diserahkan kepada Al Miqdad, pertahanan garis belakang diserahkan kepada Qais bin Sha’sha’ah, komando tertinggi berada di tangan Rasulullah.

Pasukan Islam melawati jalur utama menuju Makkah hingga tiba di sumur Ar-Rauha, kemudian mengambil arah ke kanan menuju Badar sampai akhirnya tiba di Shafra’. Dari sini beliau mengirim Basbas bin Amr dan Adi bin Abu Az-Za’ba’ Al Juhanni ke Badar untuk mencari berita tentang kafilah dagang Quraisy yang dipimpin Abu Sufyan.

PERSIAPAN PASUKAN QURAISY.

Setelah Abu Sufyan mengetahui bahwa Rasulullah dan para shahabat ingin menghadang kafilah dagangnya, maka dia mengirim utusan ke Makkah untuk meminta bantuan pertolongan. Kemudian kaum kafir Quraisy menyiapakan 1300 orang, 100 kuda, 600 baju besi dan onta yang cukup banyak jumlahnya, komando teringgi dipegang Abu Jahal bin Hisyam. Kemudian mereka bersiap menghadang Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan shahabat ke Badar dengan penuh angkuh, hal ini digambarkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dalam firman-Nya,

“… orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan”. (Al-Anfal: 47)

KAFILAH DAGANG ABU SUFYAN BERHASIL BALIK KE MAKKAH.

Setelah Abu Sufyan mengetahui bahwa Rasulullah telah menanti di Badar, maka Abu Sufyan mengalihkan arah perjalanannya menuju ke barat melewati jalur alternatif ke Makkah untuk menghindari hadangan Rasulullah. Akhirnya merekapun bisa sampai ke Makkah dengan selamat, lalu mengirim surat ke pasukan Makkah yang sudah tiba di Al Juhfah. Beberapa pasukan Makkah pun menjadi bimbang untuk meneruskan perjalanan memerangi Rasulullah dikarenakan kafilah dagang Abu Sufyan telah selamat sampai di Makkah, dan akhirnya merekapun kembali ke Makkah. Mereka adalah Al Akhnas bin Syariq dan semua rombongan dari Bani Zuhrah. Maka pasukan Makkahpun berkurang menjadi 1000 orang, mereka terus berjalan mendekati Badar dan bersembunyi di balik bukit pasir di pinggiran Wadi Badar.

Sementara itu kabar tentang lolosnya kafilah dagang Abu Sufyan terdengar juga oleh Rasulullah melalui mata-mata yang dikirim beliau, dan ini membuat beberapa shahabat kecewa dan menjadi kecil hati, dikarenakan buruan mereka lepas. Kondisi genting ini ditambah dengan kabar bahwa 1000 pasukan kafir Quraisy dengan persenjataan lengkap sedang menuju Badar. Maka Rasulullah menyelenggarakan majelis tinggi permusyawaratan militer untuk mempersiapkan langkah-langkah selanjutnya dan juga memompa semangat sebagian shahabat yang mulai turun dan takut terjun dalam pertempuran. Dalam majelis ini Abu Bakar dan Umar bin Khathab sama sekali tidak kendor semangatnya bahkan memperteguh dukungannya kepada Rasulullah. Al miqdad bin Amr bahkan berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah majulah terus seperti yang diperintahkan Allah subhanahu wa ta’ala kepadamu. Dami Allah, kami tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana perkataan Bani Israil kepada Musa, ‘Pergilah engkau sendiri bersama Rab-mu lalu berperanglah kalian berdua. Sesungguhnya kami ingin duduk menanti di sini saja’. Tapi pergilah engkau bersama Rab-mu lalu berperanglah kalian berdua, dan kami akan berperang bersama kalian berdua. Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, kalaupun engkau pergi membawa kami ke dasar sumur yang gelap, maka kamipun siap bertempur bersama engkau hingga engkau bisa mencapai tampat itu“. Itulah keputusan 3 komandan dari muhajirin yang menunjukkan loyalitas terhadap Rasulullah dan memompa kembali semangat tempur para shahabat muhajirin.

Setelah mendapat dukungan komandan muhajirin, Rasulullah pun meminta wakil dari shahabat anshar untuk menyampaikan pendapatnya. Maka komandan anshar sekaligus pembawa bendera yaitu Sa’ad bin Mu’adz berkata, “Kami sudah beriman kepada engkau. Kami sudah membenarkan engkau. Kami sudah bersaksi bahwa apa yang engkau bawa adalah kebenaran. Kami sudah memberikan sumpah dan janji kami untuk patuh dan taat. Maka majulah terus wahai rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam seperti yang engkau kehendaki. Demi yang mengutus engkau dengan kebenaran, andai kata engkau bersama kami terhalang lautan lalu engkau terjun ke dalam lautan itu, kamipun akan terjun bersama engkau. Dan tak seorangpun diantara kami yang akan mundur. Kami suka jika besok engkau berhadapan dengan musuh bersama kami. Sesungguhnya kami dikenal orang-orang yang sabar dalam peperangan dan jujur dalam pertempuran. Semoga allah memperlihatkan kepadamu sesuatu yang engkau senangi dari diri kami. Maka majulah bersama kami dengan barakah Allah subhanahu wa ta’ala.”

Seketika itu Rasulullah merasa gembira dan berbesar hati, dan semangatnya beserta seluruh pasukan islam mengebu-gebu. Rasulullah pun bersabda, “Majulah kalian dan terimalah kabar gembira, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjanjikan salah satu dari dua pihak kepadaku. Demi Allah, seakan-akan saat ini aku bisa melihat tempat kematian mereka“. Setelah itu Rasulullah meninggalkan Dzafiran untuk melanjutkan perjalanan. Beliau melewati jalan bukit Al-Ashafir, kemudian cepa-cepat menuju Ad-Dabbah dan meninggalkan Al-Hanan di sebalah kanannya dan akhirnya tiba di dekat Badar.

USAHA MENCARI DATA AKURAT TENTANG KEKUATAN PASUKAN MAKKAH.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan Abu Bakar Ash-Shidiq menyamar untuk mencari tahu posisi pasukan Makkah. Beliau berdua pun berhasil mengetahui tempat peristirahatan pasukan Makkah dengan bertanya pada orang arab tua. Dalam penyamarannya ini beliau berdua ditanya asalnya, maka Rasulullah menjawab, “Kami berasal dari setetes air“. Dan jawaban ini membuat orang arab itu kebingungan memahami maksud jawaban Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tersebut.

Menindak lanjuti data yang didapatkan, maka pada sore harinya beliau mengirim Ali bin Abu Thalib, Az-Zubair bin Al-Awwam dan Sa’ad bin Abi Waqqash, dengan beberapa orang lagi untuk melengkapi data tentang musuh. Kemudian mereka bertemu dengan dua pasukan Makkah yang sedang mengambil air di mata air Badar, dan kedua orang itupun ditangkap dan diserahkan kepada Rasulullah. Kedua orang Makkah itu sempat mengelak ketika ditanya apakah mereka termasuk dari pasukan Makkah, namun akhirnya mereka mengaku setelah mendapat pukulan yang bertubi-tubi dari beberapa shahabat, mereka berkata, “Kami memang pesuruh Abu Sofyan“. Setelah itu terjadi dialog menarik antara mereka dengan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Beliau bertanya, “Kabarkanlah kepadaku tentang posisi pasukan Quraisy!”

“Mereka berada di balik bukit pasir yang bisa engkau lihat jika memandang ke arah Al-Udwatul-Qushwa.” Jawab mereka berdua.

“Berapa jumlah mereka?” Tanya beliau.

“Banyak sekali.”

“Tepatnya berapa?”

“Kami tidak tahu persis.”

“Berapa ekor binatang yang mereka sembelih setiap harinya?”

“Sehari sembilan ekor dan besokny lagi sepuluh ekor.”

“Berarti jumlah mereka sembilan ratus hingga seribu orang.”

Setelah mengorek keterangan ini, maka Rasulullah segera membawa pasukannya ke mata air Badar agar bisa menghalangi pasukan Makkah untuk menguasai mata air ini. Kemudian Rasulullah sampai di samping mata air pada petang hari, dan berhenti di dekat mata air. Setelah sebelumnya berencana mengambil tempat yang agak jauh dari mata air, rencana ini membuat Al-Hubab bin Al-Mundzir usul agar di pindah ke tempat yang lebih dekat dengan mata air kalau keputusan Rasulullah tersebut bukan wahyu dari Allah subhanahu wa ta’ala. Lalu separoh malam digunakan untuk membuat sebuah kolam untuk keperluan mereka dan menimbun kolam-kolam yang lain agar tidak bisa dimanfaatkan oleh pasukan Makkah.

Setelah itu para shohabat membuat tempat khusus bagi Rasulullah untuk memberikan komando sekaligus sebagai tempat antisipasi adanya serangan yang mendadak serta kemungkinan jika mereka terdesak dan sebelum memastikan kemenangan, dan tempat ini dijaga oleh beberapa pemuda anshar sekaligus untuk melindungi Rasulullah. Ini adalah usulan dari Sa’ad bin Muadz yang diterima oleh Rasulullah.

PERSIAPAN AKHIR PASUKAN MADINAH DAN PASUKAN MAKKAH.

Pada malam itu Rasulullah berkeliling dan mempelajari medan di sekitar arena yang akan dijadikan sebagai ajang pertempuran esok hari. Pada malam itu beliau lebih banyak mendirikan shalat di dekat pohon. Sedangkan pasukan Madinah tidur di bawah naungan langit dengan optimisme esok hari mendapat kemenangan.

Sementara itu pasukan Makkah menghabiskan malam itu di Al-Udwatul-Qushwa, baru pada pagi harinya tiba di lembah Badar. Mereka tdak berani mendekat ke mata air karena telah dikuasai oleh pasukan islam, kecuali Hakim bin Hizam yang akhirnya masuk Islam sebelum perang terjadi –Hakim akhirnya menjadi shahabat yang selalu di sisi Rasulullah dalam setiap peperangan–. Setelah itu pasukan Makkah mengutus Umair bin Wahb Al-Juhamy untuk menyelidiki dan menaksir jumlah pasukan Madinah, dan Umair memastikan jumlahnya sekitar 300 pasukan.

Pada saat itu ada aksi penentangan terhadap Abu Jahl yang ngotot untuk berperang. Mereka yang menentang adalah Utbah bin Rab’iah yang mendapat masukan juga dari Hakim bin Hizam yang kembali dengan bersama beberapa orang. Tapi tekat Abu Jahal untuk berperang sudah bulat. Namun pendapat Utbah ternyata membuat beberapa orang menjadi ragu-ragu untuk berperang, padahal pada saat yang sama pasukan Madinah telah siap tempur dengan tanpa ada keraguan sedikitpun.

Setelah rasulullah merasa semua telah siap maka rasulullah melakukan gladi bersih, beliau membariskan seluruh pasukan muslim kemudian meluruskan dan menataa barisan. Lalu baliau menyampaikan beberapa petunjuk khusus tentang peperangan, “jika kalian merasa jumlah musuh terlalu besar, maka lepaskanlah anak panah kepada mereka. Dahuluilah merekah dalam melepaskan anak panah. Kalian tak perlu buru-buru menghunus pedang kecuali setelah mereka dekat dengan kalian.” Setelah itu beliau kembali ke tenda bersama abu bakar. Sementara sa’ad bin mu’adz bertanggung jawab memimpin satuan pasukan yang bertugas melindungi beliau.

Di waktu yang sama Abu Jahal juga melakukan gladi bersih terhadap pasukannya. Dan pada kesempatan ini Abu Jahal juga memanjatkan doa kepada Allah dengan mengharap kemenangan seraya berkata, “Ya Allah apakah kami harus memutuskan tali kekerabatan dan menanggung akibat yang balum kami katahui secara pasti? Maka hancurkanlah dia pada pagi hari ini. Ya Allah, siapakah yang lebih Engkau cintai dan ridhoi di sisi-Mu, maka berilah ia kemenangan pada hari ini.”

Tentang perkataan Abu Jahal ini Allah berfirman,

” Jika kamu (orang-orang musyrikin) mencari keputusan, Maka Telah datang Keputusan kepadamu; dan jika kamu berhenti. Maka Itulah yang lehih baik bagimu; dan jika kamu kembali niscaya kami kembali (pula), dan angkatan perangmu sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sesuatu bahayapun, biarpun dia banyak dan Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman. (Al-Anfal: 19)

Pertempuran Pecah.

Yang pertama kali menyulut bara peperangan adalah seorang laki-laki yang kasar dan buruk akhlaknya yang keluar dari barisan pasukan quraisy yang bernama Al Aswad bin Abdul Asad Al Makhzumy. Lalu kaedatangannya disambut oleh Hamzah bin Abdul Muthalib. Duel ini dimenangkan oleh Hamzah, Al Aswad mati setelah kakinya putus dibagian betis ditebas oleh pedang Hamzah.

Kemudian duelpun berlanjut. Ubaidah bin Al Harits dari pihak muslim dengan susah payah dan dibantu oleh Hamzah dan Ali berhasil membunuh Utbah bin Rabi’ah, walaupun kaki Ubaidah putus tertebas pedang yang akhirnya beliau syahid 4 hari setelah perang Badr selesai. Duel selanjutnya adalah antara Hamzah bin Abdul Muthalib dengan Syaibah bin Rabi’ah dan Ali bin Abi Thalib berhadapan dengan Al Walid bin Utbah, duel ini dimenangkan oleh Hamzah dan Ali tanpa kesulitan.

Sebelum pertempuran terbuka secara umum tak henti-hentinya rasulullah berdoa kepada Allah, “Ya Allah penuhilah apa yang engkau janjikan kepadaku. Ya allah, sesungguhnya aku mengingat-Mu akan sumpah dan janji-Mu.”

Setelah duel ini pasukan Makkah mengambil inisiatif menyerang sedang pasukan Madinah tetap berdiri di temapat semula dengan sikap defensif. Namun cara ini cukup ampuh untuk menjatuhkan korban di kalangan kaum musyrik.

Tatkala pertempuran semakin berkobar dan mencapai puncaknya, baliau bersabda lagi. “Ya Allah, jika pasukan ini hancur pada hari ini tentu engkau tidak akan disembah lagi. Ya allah, kecuali jika Engkau menghendaki untuk tidak disembah selamanya setelah hari ini.”

Lalu Allah mewahyukan kepada para malaikat,

(ingatlah), Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu, Maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang Telah beriman”. kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, Maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap ujung jari mereka.”(Al-Anfal: 12)

Lalu Allah mewahyukan kepada Rasulullah,

(ingatlah), Ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut“. (Al-Anfal: 9)

Ketika malaikat mulai turun tiba-tiba Rasulullah diserang kantuk dalam sekejap saja. Kamudian baliau mengabarkan kepada Abu Bakar bahwa Jibril telah datang dengan menaiki kudanya.

Setelah itu beliau mengeluarkan perintah agar pasukan Islam mengambil inisiatif menyerang dan Rasulullah memompa samangat mereka dengan kalimat pamungkas beliau “Bangkitlah menuju jannah yang luasnya seluas langit dan bumi”. Maka semangat mereka semakin berkobar, terlebih ketika para shahabat melihat Rasulullah terjun ke kancah pertempuran sambil mengenakan baju besi dan berteriak dengan suara lantang membacakan ayat

Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang”.”(Al-Qamar: 45)

Pada saat itu pasukan musyrik kocar kacir, kepala orang musyrik yang terputus tanpa tahu siapa yang membabatnya, lalu terdengar suara lecutan cambuk di atasnya. Dan ini adalah bentuk bantuan dari para malaikat. Bahkan seorang iblis yang berbentuk Suraqah bin Malik lari dari kancah pertempuran karena melihat sekian banyak malaikat yang turun dari langit untuk membantu pasukan Islam.

Maka kekalahan telak diterima pasukan Makkah. Dan ketika pertempuran telah usai 70 orang quraisy tewas dan 70 orang tertawan yang kebanyakkan pemuka quraisy. 24 pemuka quraisy lalu dilemparkan oleh para shahabat kedalam sumur yang kotor dan bau sebagaimana perintah Rasulullah. Sedang orang-orang musyrik yang selamat melarikan diri ke makkah dengan kepala tertunduk dan tidak tahu bagaimana cara masuk ke makkah dikarenakan malu. Abu Sufyan juga termasuk yang selamat, lalu menceritakan kejadian badar kepada Abu Lahab, “Selagi kami berhadapan dengan golongan orang, justru kami menyerahkan pundak-pundak kami kepada mereka. Mereka menyerang dan menawan kami sekendak hatinya. Demi Allah, sekalipun bagitu aku tidak mencela siapapun. Kami harus berhadapan dengan orang-orang yang berpakaian putih sambil menunggang kuda yang perkasa berseliweran diantara langit dan bumi. Demi Allah, kuda-kuda itu tidak meninggalkan jejak sedikitpun dan tidak menginjak apapun.”

Sedang dari pasukan muslim, 6 muhajirin syahid dan 8 anshar syahid. Dan ini adalah kemenangan pertama dalam peperangan besar pertama Islam yang terjadi pada bulan ramadhan 2 H. perjalanan perang badar ini diabadikan Al Qur’an

Dan ingatlah (hai para muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi (Mekah), kamu takut orang-orang (Mekah) akan menculik kamu, Maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikan-Nya kamu Kuat dengan pertolongan-Nya dan diberi-Nya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur.” (Al-Anfal:26)

Dinukil dari ” Ar-Rahikqul-Mahtum, Bahtsum Fis-Sirah An-Nabawiyah

Read more...

TV3: Plastik bukan Palestine la bodo..

>> Sunday, August 23, 2009


PERMATANG PASIR, 23 Ogos - TV3 yang menjadi alat kepada Barisan Nasional kini tidak boleh lagi memainkan isu "UMNO ini Islam kacukan, Islam Palestin" untuk menyerang peribadi Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini menunjukkan bahawa fitnah dan pembohongan adalah suatu amalan UMNO dan Barisan Nasional," ujar mahfuz dalam sidang media di Markaz Induk pagi ini.

TV3 terpaksa menyiarkan visual tersebut apabila Nik Aziz membuat penafian dan nekad untuk saman TV3 dan beberapa media yang menyebarkan fitnah tersebut.

Kenyataan sebenar Mursyidul AM PAS itu ialah: "Tiada sebab langsung orang Islam kacukan, Islam plastic (BUKANNYA ISLAM PALESTIN seperti yang di war-warkan media). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

Penasihat Undang-undang yang juga Peguam PAS, Hanipa Maidin telah diberikan amanah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas media-media yang telah memfitnah Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dalam isu kononnya beliau mendakwa ahli UMNO ni kafir dan tidak boleh masuk syurga.

Beliau yang turut sama dalam sidang media hari ini berkata, "kita telah mengumpul segala keterangan-keerangan yang berkaitan dan insyaAllah dalam jangka masa terdekat ini kita akan menghantar notis tuntutan kepada akhbar-akhbar yang berkaitan".

Menurut Hanipa media-media ini lebih kepada media berbahasa melayu. Antara media yang mungkin akan di saman ialah Berita Harian dan Utusan Melayu.

Sebelum Hanipa juga mewakili Dato' Mahfuz ketika menang dalam kes saman Berita Harian dan Utusan Malaysia yang memutar belit kenyataan beliau sebelum ini.

Isu "UMNO ini Islam kacukan, Islam Palestin" dilihat telah mula di mainkan oleh media-media arus perdana menjelang pilihan raya kecil di Permatang Pasir beberapa minggu lepas.

Hanipa juga berkata bahawa dalam kes putar belit kenyataan Nik Aziz, terdapat ciri persamaan dengan kes yang dimenangi oleh Mahfuz.

"Kita harap suratkhabar-suratkhabar ini,supaya dengan pendedahan terbaru daripada TV3 tentang rakaman sebenar apa yang dikatakan Tok Guru sepatutnya sudah menjadi keterangan yang mencukupi untuk mereka menghentikan fitnah-fitnah pribadi, serangan-serangan pribadi.

"Mereka menyerang tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tok Guru,

"Berbeza dengan kita, apabila kita mempertikaikan kredibiliti calon Barisan Nasional, kita mempunyai bukti-bukti, kita tidak bercakap tanpa bukti, bukan kita bercakap ambil keterangan yang kita reka" ujar Hanipa

Hanipa menjelaskan bahawa kenyataan TV3 semalam tidak cukup kerana itu bukan kenyataan memohon maaf tapi hanya menyiarkan kenyataan sebenar setelah kita dedahkan pembohongan media ini.

"Sebagai media yang bertanggungjawab sepatutnya dia (media) ini meminta maaf," tegas Hanipa.

"Tetapi inilah sifat TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia khususnya, mereka bercakap tentang melayu, tentang Islam tapi merekalah yang juara dalam memfitnah PAS khususnya Nik Aziz.

"Tok guru tahu apa yang dia cakap kerana dia ada kelulusan agama, dia seorang yang bercakap dengan ilmunya, dia tahu" tambah beliau.

Mahfuz turut mencelah, "yang pentingnya isu disini bukannya bila akan kita proceed (teruskan) tapi tok guru telah menyatakan kesediaan dan mengarahkan peguam, dia bersedia untuk membersihkan nama baik dia melalui tindakan undang-undang, tapi Dato' Najib sehingga sekarang masih belum mampu untuk mengambil tindakan kepada media-media yang membuat laporan mengaitkan kesan kematian Altantuya dengan diri dia sendiri"

"Kedua, keputusan mahkamah ke atas saya berkaitan dengan laporan utusan dan juga yang terakhir berita harianbukit menunjukkan bahawa pemimpin PAS khususnya dan pemimpin pakatan rakyat menjadi 'mangsa spin' (putar belit) kepada media milik barisan nasional

"Media BN menjadikan pimpinan Pakatan Rakyat ini mangsa untuk diratah khususnya untuk memfitnah kepada rakyat," tambah beliau.

GreenBoy : teman pun mula dengor juga macam palestine tapi rupanya palestik.. tertipu juga teman

Read more...

HARUSSANI ZAKARIA MURSYIDUL AM UMNO

>> Saturday, August 22, 2009


22ogos2009 : Berikutan terlalu pantas dan amat peka dengan isu yang ditujukan kepada UMNO/BN tentang butiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang isu syurga neraka, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin menyarankan supaya Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mencadangkan supaya melantik Tan Sri Dato' Seri Sahibul Samahah Harussani Zakaria selaku Mufti Negeri Perak sebagai Mursyidul Am UMNO, kerana betapa perlunya UMNO mempunyai seorang Mursyidul yang boleh menasihat UMNO supaya mereka lebih cerdik dalam menanggani isu terutamanya isu yang membabitkan soal-soal agama dan aqidah.

Zairul juga berkata beliau amat hairan mengapa Tan Sri Mufti ini amat berminat melayan isu-isu yang dikenakan kepada UMNO khususnya tetapi apabila UMNO menghina Al-quran dan Islam secara terang-terangan seolah beliau tidak nampak, apakah beliau mahu bertanggungjawab dengan apa yang dia pejamkan.

Apakah beliau tidak tahu UMNO telah menghina Islam sejak 50 tahun dulu kerana mereka menolak Islam sebagai sistem kehidupan, apakah beliau tidak tahu bahawa Al-quran yang diturunkan perlu dilaksanakan dan waimma satu hurufnya pun ditolak hukumnya apa (beliau tahu) inikan pula sebahagian dari al-quran di tolak.

Sekali lagi Sdr Zairul menyarankan supaya Tan Sri ini mendaftarkan sebagai ahli UMNO dan menjadi Mursyidul Am UMNO.

(GreenBoy : Amboi KP ni bukan main lagi..)

Read more...

UMNO LETAK CALON LOYAR CABUK DI PERMATANG PASIR

>> Tuesday, August 18, 2009

Calon UMNO/BN di Permatang Pasir yang telah dibatalkan tauliah sebagai peguam, masih mampu tersengih walaupun beliau telah menghitamkan wajah timb. presidennya. (tak ada orang lain ker)

Read more...

PAS MENDAHULUI PROGRAM SOLAT HAJAT & MUNAJAT MENOLAK WABAK

>> Wednesday, August 12, 2009






12 ogos 2009 : PAS Kawasan Tambun melalui Urusan Ulamanya telah berjaya menganjurkan solat hajat dan munajat rakyat, program tersebut adalah inisiatif Ketua Urusan Ulama, Ust Wan Tarmizi Abd Aziz ini adalah berikutan penularan wabak Pandemik Influenza A H1N1, dalam program tersebut beberapa pengisian telah diadakan antaranya ialah pada sebelah petang pengedaran 'face-mask' dan doa, solat hajat dan munajat, tazkirah wabak dan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh seorang Pakar Kesihatan yang bertajuk Pandemik Influenza : Tanggungjawab Masyarakat Mengurangkan Penularan dan kaedah-kaedahnya, "Doa adalah senjata orang mukmin, ini cara kita sebagai orang Islam, untuk menanggani wabak ini." Ujar Ust Wan Tarmizi sewaktu ditemui semasa mengedarkan risalah doa dan 'face-mask' kepada pengunjung pasar malam kampung sungai tapah.

Program ini telah membuka mata kepada rakyat bahawa PAS juga mementingkan hubungan sosial, terutamanya apabila melibatkan kepentingan rakyat umum, "Ini adalah usaha kami, walaupun pihak UMNO hanya bercakap tentang menjaga kepentingan rakyat, tetapi mereka hanya mengira jumlah kematian tanpa ada satu usaha untuk mendepani masalah ini." berkata Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin.

Walaupun dalam hujan lebat pada awalnya namun para peserta yang berjumlah hampir 300 orang tidak berganjak kerana mereka yakini inilah saat-saat kepayahan yang doa-doa akan dimakbulkan.

Read more...

UST ASRI MENGHEMBUSKAN NAFAS DI PENTAS




KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sumber Harakahdaily.Net

Read more...

SOLAT HAJAT & MUNAJAT RAKYAT

>> Tuesday, August 11, 2009

SOLAT HAJAT & MUNAJAT RAKYAT

KHUSUS PENULARAN SELSEMA BABI, INFLUENZA H1N1

PADA

12 OGOS 2009 (RABU MLM KHAMIS)

MASA

SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

TEMPAT

TEMPAT LETAK KERETA, PEJABAT TANAH IPOH, KG SG TAPAH

(BERSEBELAHAN TAPAK PASAR MALAM)

SOLAT HAJAT S BACAAN YASSIN S TAYANGAN VIDEO S TAZKIRAH WABAK

ANJURAN

URUSAN ULAMA PAS KAWASAN TAMBUN

SEMUA MASYARAKAT DI JEMPUT HADIR

SILA BAWA ALAS & SEJADAH UNTUK SOLAT


Read more...

SOLAT HAJAT & MUNAJAT RAKYAT

Read more...

KARNIVAL JOM SERTAI PAS TAMBUN MERIAH!!

>> Sunday, August 09, 2009

Kemesraan seorang anggota polis membuka kaunter rakan cops di karnival jom sertai PAS, kami ok kan?
Anak-anak SRATI mempersembahkan beberapa buah lagu nasyid.. bestla korang

Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan Kawasan dan Setiausaha Kawasan bergambar dengan Aris Ariwatan dan Sdr Yusri dari kumpulan MAY

Aris Ariwatan orang tempatan yang sudi bersama-sama dalam Karnival JOM SERTAI PAS TAMBUN !!

Lu memang best Bro, Aris Ariwatan sempat bermesra dengan kanak-kanak semasa menyanyikan lagu.

AF Ust Zawawi Hassan menyampaikan ucapan perasmian pada pagi tersebut

Penyerahan sijil Ahli PAS kepada cawangan-cawangan yang telah diluluskan oleh PAS Pusat

Di belakang pentas, abang taza bersama kawan lama Aris Ariwatan dan Barlie the migration

YDP Dr Khairuddin Dato' Abdul Malek, menyampaikan ucapan alu-aluan, kepada para hadirin

Di antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir

Bersama-sama menyanyikan lagu PAS

Di antara ratusan yang mendaftar sebagai ahli PAS baru

9 Ogos 2009 : PAS Kawasan telah mengadakan karnival Jom Sertai PAS (JSP) dengan jayanya, hampir 300 orang yang mendaftar sebagai ahli PAS, karnival JSP ini telah telah beberapa kali di ubah tarikhnya ini adalah kerana kesibukan para urusetia yang terlibat dengan pilihanraya-pilihanraya kecil di seluruh negara, oleh kerana program ini telah dibincang begitu lama, jadi Sdr Zairul Azrun selaku penasihat program karnival ini telah mencadangkan agar ianya di buat segera dan dicadangkan sama tarikh dengan perlawanan bola sepak piala Dr Khairuddin Dato' Abdul Malek.

Pada program itu terdapat beberapa kaunter telah di buka antaranya ialah pendaftaran daftar pemilih baru, pendaftaran sebagai Ahli PAS, pemeriksaan kesihatan, kaunseling NIsa', sejarah penubuhan PAS, Rakan Cops dari PDRM dan kaunter pertandingan memasak berasaskan durian. Selain dari itu terdapat juga pertandingan-pertandingan yang melibatkan kanak-kanak antaranya melukis, mewarna dan checkerboard gergasi.

Dalam program karnival JSP ini satu kelainan yang julung-julung kali diadakan khususnya PAS Negeri Perak, iaitu persembahan dari artis tempatan, antara yang memberi persembahan ialah sdr Aris Ariwatan beliau adalah seorang anak tempatan Kg Tg Hussein dan beliau telah menyumbangkan beberapa buah lagu, dan disamping itu kumpulan musik alternatif iaitu Barlie the Migration juga telah menyampaikan persembahan, hadir juga pada hari itu ialah sdr Yusri dari kumpulan MAY dan tidak ketinggalan dari anak-anak SRATI menyampaikan lagu-lagu nasyid.

Dalam karnival itu AF Ust Zawawi Hassan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak telah sudi memberi ucapan dan merasmikan majlis tersebut, beliau mengantikan YAB Ir Dato Seri Ahmad Nizar Jamaluddin kerana menghadiri mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur.

Satu kelainan yang ditunjukan oleh PAS Kawasan Tambun khususnya iaitu pendekatan mesra kepada rakyat, yang rata-rata mereka cuba menghampiri PAS yang sebelum ini PAS dilabelkan oleh UMNO sebagai sebuah parti yang tidak mesra orang luar, tetapi dengan Karnival JSP telah mengubah presepsi masyarakat yang PAS adalah Cool!!

Kepada semua yang terlibat dalam Karnival Jom Sertai PAS teman ucapkan tahniah dan kerja-kerja yang sedikit ini menjadi amal-amal yang soleh.

GreenBoy : Islam is the best.. Oh ya sesiapa yang ada gambor pada hari karnival boleh email ke paskawasantambun@gmail.com, sebab bateri kamera teman aritu dah weak.

Read more...

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat

>> Thursday, August 06, 2009

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

* 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
* 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
* 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
* 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
* 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
* 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
* 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
* 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
* 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
* 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
* 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
* 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

* 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
* 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
* 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
* 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
* 5. Thursday - berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
* 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
* 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.

Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

* - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
* - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.

Wallahu’alam.

Read more...

KARNIVAL JOM SERTAI PAS

>> Wednesday, August 05, 2009


Read more...

ZALIMNYA PENDOKONG AKTA ZALIM

>> Tuesday, August 04, 2009



Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP