IBARAT MENCARI GUNUNG DI SIANG HARI

>> Monday, April 27, 2009

Sejak kebelakangan hari ini, seolah UMNO ni menjadi parti komponen PAS pulak, apabila sibuk menjaja dan melagakan di antara pimpinan PAS, apakah mereka tidak tahu kesetiaan pengikut dan ahli mempunyai ba'iah atau janji setia yang berpaksikan kepada aqidah dan berpegang teguh kepada konsep syariat, mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh kepada maksiat dan kemurkaan Allah.

UMNO ni diibaratkan mencari gunung di siang hari, perkara yang tak perlu dicari, ada di depan mata, kerana PAS amat telus dan sentiasa terbuka dalam semua aspek, tambahan pula dalam pemilihan pucuk pimpinan.

UMNO sekarang telah menjadi orang yang lemas, mencapai apa sahaja yang bolehmenyelamatkan mereka ketepian, samada kayu yang reput atau ekor ular sawa yang akan membelit dan membaham mereka.

Sebenarnya UMNO yang perlu bermuhasabah tentang diri mereka, semak kesilapan yang lalu dan tidak lakukan lagi, ini tidak masih lagi mengulangi kesilapan yang sama contoh yang nyata ialah '1 Malaysia' satu konsep cetak rompak dan rompak dan cetak.

Dan menjadi orang yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai penasihat kerajaan.

GreenBoy: Teman konfius sapa yang jadi PM Malaysia sekarang Najib ke Mahathir.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP