XPDC DAKWAH DEWAN PEMUDA PERAK

>> Tuesday, December 30, 2008

Panggilan Untuk Pencinta Kedamaian..!!

Malam Ini 31 Dec 2008
berkumpul Jam 10.30 mlm
di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak

JOM Geng! Buat pahala dalam ketenangan..

Read more...

RAKYAT PERAK BERDEMONTRASI

>> Monday, December 29, 2008




Hampir 500 orang menyertai tunjuk perasaan di luar perkarangan masjid Sultan Azlan Shah jalan Diari, tunjuk perasaan ini diadakan adalah bertujuan untuk menyatakan rasa tidak setuju tindakan ganas golongan haram zionis dan konco-konco dalan tindakan terbaru melancarkan serangan udara ke atas rakyat Palestine di Semenanjung Gaza.

Sebelum itu satu majlis penerangan tentang kebiadapan zinonis israel dan konco-konco terhadapt umat Islam terutama di Gaza palastine dan solat hajat juga diadakan yang telah diimamkan oleh AF Ust Zulkarnain Ibrahim dan munajat telah disempurnkan oleh AF Ust Wan Tarmizi Abd Aziz.

KITA DOAKAN RAKYAT DIBERI KETETAPAN KESABARAN DAN KEIMANAN

Read more...

Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush

>> Tuesday, December 23, 2008


Mohd Nor Yahya
Tue | Dec 23, 08 | 9:22:55 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam.

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.

Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.

"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

"Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Read more...

TULISAN JAWI DIMARTABATKAN SEMULA..


Apapun mereka kata kepada kerajaan Pakatan Rakyat MB Boneka le, MB itu MB ini, walaupun kita tidak banyak yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya bahasa yang UMNO rejamkan sehingga ke lapis bumi ke 7, sekarang telah diangkat dibersihkan dan diletakkan dengan bangga dan mulianya.

PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA; TULISAN JAWI TELAH DIMARTABATKAN SEMULA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) setelah mendapat penjelasan berhubung isu papan tanda dengan ini menyokong usaha murni yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning dan pihak swasta yang menaja untuk meletak papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh ini.

Kami merasakan dengan kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini dapat membantu memartabatkan kembali tulisan jawi setelah sekian lama dipinggirkan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Sedikit sebanyak ianya dilihat membantu menyedarkan kembali penduduk setempat akan peranan tulisan jawi didalam pengamalan agama dan budaya kaum Melayu. Secara tidak langsung ia juga akan dapat membantu membina keharmonian antara kaum di kawasan ini.

Kami juga berpendapat sekiranya benar ada pihak yang ingin menjadi jaguh mempertahankan penggunaan bahasa kebangsaan ini, seharusnya mereka terlebih dahulu menyelesaikan isu penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya didalam mahkamah seperti yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam akhbar Utusan bertarikh 7 Disember 2008 yang menyatakan penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut.

Akhirnya kami mengharapkan usaha ini dijadikan contoh pelbagai pihak untuk sama-sama berusaha membina keharmonian pelbagai kaum yang berada di negeri Perak yang kita cintai ini. Kami mengharapkan jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggu gugat dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata yang akan menyebabkan pergaduhan kaum di negeri ini. Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran.

Besarlah harapan DPPK IT agar semua pihak dapat memelihara dan mempertahankan keharmonian dalam negeri ini.

SALMAN HAJI SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

Read more...

Mahfuz menang lawan Utusan



Mahfuz menang lawan Utusan

Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Tue | Dec 23, 08 | 2:43:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.-azm

Read more...

MAJLIS MAKAN MALAM PAS TAMBUN 2008

>> Sunday, December 21, 2008




Read more...

SETELAH 30 TAHUN, SINAR BARU MENJELMA

>> Saturday, December 20, 2008



Inilah keadaan rumah beberapa penghuni berbangsa India di Kampung Razak, yang sudah hampir 30 tahun mendiami rumah setinggan yang dhaif ini, dalam keadaan yang tidak terurus di bawah kerajaan BN sebelum ini, sekarang ini mereka boleh menarik nafas lega apabila status setinggan telah di tarikh dan digantikan dengan tanah yang bergeran. Salah seorang penghuni di rumah ini (tidak mahu nama di siar) mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Pakatan yang memang memperjuangkan nasib golongan miskin dan daif.
Kelihatan tanah-tanah sedang di ratakan oleh pemaju.

Read more...

JKKKP TIDAK BOLEH SAMAN KERAJAAN NEGERI

>> Thursday, December 18, 2008

Selepas memenangi pilihanraya Mac lalu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Ketua-ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru sebagai wakil sah di kampung-kampung. Mereka berperanan dalam pengurusan tadbir pembangunan dan hal ehwal keselamatan di setiap kampung.

Namun Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba memainkan peranan dalam hal ehwal pengurusan tadbir pembangunan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Di Negeri Perak umpamanya pada peringkat Negeri, Barisan Nasional mengujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diperingkat kampung diujudkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Tindakan JKKKP yang cuba menguasai kepentingan umum bagaikan pertindihan kerja dan jika tidak dibendung dikuatiri akan berlaku sikap berpuak dalam masyarakat. JKKKP adalah pertubuhan yang tidak termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagaimana mahu mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah.

Demikianlah pandangan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Dato’ Zainal Abidin Omar yang mahu Ketua-ketua JKKKP mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah kerana mempertikaikan hak jagaan Dewan Orang Ramai dan Balai Raya di kampung-kampung seperti dilaporkan.

The Star: 15 Dis 2008 Tindakan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Negeri Perak yang mahu mengambil tindakan undang-undang di mahkamah tidak mungkin oleh kerana Jawatankuasa itu adalah pertubuhan tidak bertempat.

Mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Dato’ Zainal Abidin Omar yang mahu Ketua-ketua JKKKP mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah berkaitan penggunaan Dewan Orang Ramai (Balai Raya), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar berkata:
“Perundangan hanya mengiktiraf Jawantankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) jadi JKKKP tiada bertempat.” Beliau berucap kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Negeri di Ipoh, Jumaat lalu menambah, “sedangkan JKKK adalah entiti yang diiktiraf oleh Sidang Dewan.”

Kepada pendapat Dato’ Zainal Abidin, Dewan-dewan itu kepunyaan Kerajaan Persekutuan disebabkan bangunan tersebut dibina dengan peruntukan pusat, Ir Nizar berkata Kerajaan adalah pemilik setiap struktur yang dibina diatasnya dan ini dipersetujui dibawah ordinan Tanah Negara.

Ir Nizar tegaskan jika perwakilan Barisan Nasional ingin menggunakan dewan berkenaan, mereka hanya perlu mengajukan permohonan.“Kita tidak akan tegah mereka dari menggunakan kemudahan ini.”

Dari laporan awal diberitakan penggunaan Balai Raya dalam negeri ini menimbulkan perselisihan diantara Ketua Kampung yang baru lantik dengan JKKKP semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan. - The Star -


Read more...

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU HADAPAN DI SEKITAR TAMBUN




Tolong sampai-sampaikan kepada kawan-kawan...

Read more...

Macam dulu Juga

>> Friday, December 12, 2008

Akhirnya tanpa gangguan para penyodol projek, teman dapat menebual dengan YAB Dato' Seri Hj Nizar Jamalludin dengan aman dan penuh ukhwah. Agak-agaknya apa le yang diceritakan oleh YAB tu, sampai teman terpaku macam getah buku.

Sebenornya teman memang hormat YAB Dato' Seri sebelum di jadi MB lagi, keihklasannya, fokus dan komitmen yang tinggi dalam perjuangan, memang layak pun di tempat itu.

Semua orang PAS masih ingat lagi bila kita melancarkan dana Qarhdul Hassan untuk membeli banggunan PAS, teman rasa kalau orang lain mau 'tumpo' tengah jalan, dia boleh pusing satu Negeri Perak untuk menceritakan tentang perlu dan kebaikan Skim Qardul Hassan, kome bayangkan PAS Perak ada 24 kawasan, dia turun tiap-tiap malam.

Teman rasa sudah sampai masanya kita kena nilai sendiri tahap perjuangan kita, kalau dulu tak duit pun boleh buat program yang besor, sekarang ni kalau tak ader projek dah macam hilang punca nak buat program.

Teman teringat pesanan YAB dalam Liqo' Al-Fikr baru-baru ini, kita dah menerajui Negeri ini apa masalahnya lagi, kita boleh dakwah semua ketua-ketua kampung dan kalau kita buat program ramai masyrakat yang akan datang ini le masanya kita nak sampaikan dakwah kita kepada mereka.

Kepada penyondol projek teman minta maaf ye.

Read more...

Bukan Nak Taksub, Tapi Sendiri Pikir Laa


Teka selipar siapa ni?? emm greenboy punya ? bukan, YDP Tambun? pun bukan , SU Kaw Tambun ? bukan ehmm ni mesti Ust Taib Azamuddin punya? lagi bukan, ok teman serender ok sapa punya yob .. ni le selipar YAB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin Menteri Besor Perak yang kome selalu ngadap minta balak le, kuari le, tanah le , macam-macam lagi.

Kome tau tak harga selipar ni berapa? Selipar jenis ni standard teman je pakai, teman pernah pakai kalau tak silap teman Ket Unit Amal Tambun dulu pun pernah pakai, kume selalu bertuko, kadang-kadang teman pakai dia punya dan kadang-kadang dia tuko teman punya, ingat lagi teman ada satu malam tu lepas program di markaz tambun di taman meru, si Ket Unit Amal ni telipon tanyakan ada tak teman terambil selipar dia.

Ok tau tak berapa harganya? kalau kome beli dekat Pasaraya Billion Selibin harganya RM12.99 sahaja, kepada mereka-mereka yang menjadi penyodol projek tu sendiri mesti ingat laa.

Read more...

Ceramah UMUM & Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib
Tarikh : 14 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Al-Qiadah, Jalan Dato' Kg Manjoi Ipoh

Cemarah UMUM
Tarikh : 14 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pusat Tarbiyyah PAS Ulu Chepor, Ipoh (Jalan Jelapang - Chemor)

Read more...

JAUH BEZA MB SEKARANG DENGAN YANG DULU



Hari Raya Qurban yang lalu YAB Dato' Seri telah melakukan tugas rutin apabila tibanya raya qurban iaitu menumbangkan ternakan qurban (bukan setakat tumbangkan tetapi menyembelihnya), tahun ini 2 tempat iaitu pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan MB sendiri telah menyembelih 2 ekor lembu korban dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.

Tempat kedua ialah di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan di mana MB turut menyembelih seekor lembu sebagai korban dan di sini Y.B Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan turut bersama di dalam majlis. Beliau turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. Y.B Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu sambil menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang betul-betul ada keberanian.

MB dulu boleh bikin kaaa?

Read more...

PERLUKAH PAS BERSATU DGN UMNO??

>> Wednesday, December 03, 2008


Inilah kerja mereka yang kecewa dan terus kecewa, sepanduk ini ditemui di simpang keluar Kg Manjoi, kemungkinan kerana menjawab sepanduk yang direntang oleh DPP Tambun mengajak rakan-rakan UMNO menyertai PAS untuk kepentingan survival umat Islam dan Melayu.

Apa nak jadi dengan UMNO ni, teruk sampai tahap nie?

Read more...

BILA ORANG KECIL MENABUR SUMBANGAN

>> Friday, November 28, 2008

Teringat kata-kata Rasulullah orang miskin ikhlas bersedekah walaupun sedikit adalah lebih baik dari orang kaya yang bersedekah banyak tapi tidak ikhlas, mereka ini orang biasa yang kerdil tidak terkenal tapi ingin menyumbang menyampaikan maklumat kerajaan kepada umum, semoga berjaya.

Ehmm berjaya juga teman bergambor dengan MB dengan tiada gangguan dari pemohon-pemohon kekayaan.

Read more...

AKSI TATO KAKITANGAN DBI

>> Thursday, November 27, 2008

Uishk!! Ape tu, burung, kerengga, semut, badak.. ohh bukan..


Ohhh orang DBI, aksi ni sempat di rakam di jalan Kuala Kangsar, Iskk!! bahaya ni..

Read more...

USRAH PAS KAWASAN

TEMPAT : 27 NOV 2008
TARIKH : Pusat Tarbiyyah PAS Caw Tmn Indah

Read more...

TAKZIAH

>> Wednesday, November 12, 2008

Seluruh warga Ahli dan pimpinan PAS Kawasan Tambun mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Khairuddin Mohamed Isa 42, di atas kembalinya kerahmatullah. Semalam sekumpulan ahli dan pimpinan sempat menziarah jenazah Allahyarham dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga beliau.

Allahyarham telah kembali kerahmatullah semalam di dalam satu kejadian rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, dalam kejadian pagi itu beliau yang bekerja sebagai juruwang sambilan telah di serang menggunakan parang dan menetak di bahagian kepala dan melarikan wang yang berjumlah RM1000.

Allahyarham merupakan Pembantu Istinbat Jabatan Mufti Perak. AL-Fatihah

Read more...

IJTIMA' BULANAN PAS KAWASAN TAMBUN

>> Tuesday, November 11, 2008

TARIKH : 13 NOV 2008 (KHAMIS)
MASA : Iftar Puasa Sunat Khamis
Tempat : Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Tambun
Taman Meru, Ipoh.

Moderator Jemputan : AF Ust Ibrahim Bin Zakaria
(AJK Dewan Ulama' PAS Negeri Perak)

Semua Ahli PAS Kawasan Tambun DiWajibkan Hadir

Read more...

KEMPEN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

>> Monday, November 10, 2008

SILA BUAT SEMAKAN NAMA DAN KAD PENGENALAN
DI LAMAN BERIKUT


Klik Gambar

HANYA 30 SAAT UNTUK MENENTUKAN STATUS
PEMILIH ANDA..

Read more...

Sidang DUN Perak Bajet 2009

Watch live video from tvmalaysia's channel on Justin.tv

Read more...

QIAMULLAIL PERDANA

>> Tuesday, November 04, 2008

TARIKH : 07 NOV 2008 (JUMAAT)
MASA : ISYA' BERJEMAAH
TEMPAT : SEK. RENDAH AGAMA TARBIYYAH ISLAMIYYAH (SRATI)
TG RAMBUTAN


SEMUA AHLI PAS KAWASAN DIGALAKKAN HADIR

Read more...

USRAH PEMUDA TAMBUN

TARIKH : 06 NOV 2008 (KHAMIS)
MASA : ISYA' BERJEMAAH
TEMPAT : MARKAZ BANDAR BARU PUTERA

PEMUDA WAJIB HADIR

Read more...

HARI ANUGERAH PASTI TAMBUN

TARIKH : 09 NOV 2008 (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : Dewan Serbaguna Sungai Tapah, Manjoi
(sebelah Pejabat Tanah Ipoh)

Read more...

SOLAT HAJAT PERDANA & PELANCARAN TABUNG PEMBANGGUNAN KOMPLEKS PAS PERAK

>> Monday, November 03, 2008

TEMPAT : PADANG KOMPLEKS MINI STADIUM GUGUSAN MANJOI
(BERHAMPIRAN PEJABAT TANAH IPOH)
TARIKH : 09 NOV 2008 (AHAD MLM ISNIN)
PENCERAMAH : PIMPINAN PAS PUSAT

SILA BAWA SEJADAH SENDIRI

Read more...

MAJLIS BACAAN YASSIN KHAS UNTUK CALON SPM.STPM DAN STAM

TARIKH : 6 NOV 2008 (KHAMIS MALAM JUMAAT)
MASA : LEPAS SOLAT ISYA'

Kepada Calon dan Ibubapa yang ingin sertai sila hadir
ke Pusat Khidmat Masyarakat Dun Manjoi
Jalan Baginda

Sila hubungi : Syed Sham 013-5981954
Azmi 016-5971722

Read more...

JAMUAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI

>> Saturday, November 01, 2008

Anak sape le yang di dukung oleh MB kita tu, baru le program ramah mesra.


"Ehh YDP kita pun ada jugak"
"Apa sembang tu..?"

Sdr Azhar sbgi mc malam tu, lain macam je senyum tu?


"Aku heran bila le Dato' Seri ni nak betul-betul ambik gambar dengan aku, bila nak ambik gambor je ada le orang nak cakap le, nak anto permohonan balak le, kuari le "
"Tak apa satu hari nanti aku mesti dapat bergambar betul-betul dengan dia.."


Read more...

AL-FATIHAH

>> Friday, October 31, 2008

Kita Sedekahkan Bacaan Al-Fatihah
kepada
Bonda Puan Zuhairah Dato' Ghazali (Kak Ju)
Datin Zainab binti Salleh
yang telah kembali kerahmatullah pada
Selasa 21 Syawal 1429 / 21 Oktober 2008

Arwah Isteri Cikgu Mat Bin Anjang (Ketua Kg Manjoi)
yang telah kembali kerahmatullah pada
khamis 1 Zulkaedah 1429/30 Oktober 2008


~AL-FATIHAH~


Read more...

MENGALUKAN AHLI UMNO MASUK PAS!!!

>> Tuesday, October 28, 2008

Dewan Pemuda PAS telah mengantung sekeping kain pemidang dengan mengalu-alukan kemasukan Ahli-ahli pemuda UMNO ke dalam PAS, ini adalah kerana sejak kebelakangan ini terdapat terlalu banyak perkara-perkara yang membuka pekung mereka, apa yang dikatakan dengan pengalihan pemimpin, tetapi sebenarnya mereka telah menuju ke arah kehancuran.

Read more...

SAMBUTAN HARI RAYA PAKATAN RAKYAT DI KANTHAN MERIAH















Kain rentang yang menjemput penduduk sekitar hadir ke Jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat















Oleh kerana ahli keluarga tidak dapat hadir, salah seorang penduduk membawa pulang sebatang lemang untuk dirasakan oleh ahli keluarganya.















Pimpinan Rakyat yang hadir dari paling kiri AF ust Zulkifli Ibrahim, Dato' Nga Ko Ham dan AF Ust Lokmanulhakim











































Apa yang boleh dikatakan di sini ialah meriah dan makan bersama-sama.

Read more...

YAB MENTERI MENYERIKAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA TMN KLEBANG JAYA

>> Thursday, October 23, 2008







19 oKT 2008: Ipoh: Kehadiran YAB Menteri Besar Ir Hj Nizar amat bermakna kepada penduduk Taman Klebang Jaya, kerana tidak di sangka-sangka YAB Menteri Besar sanggup meluangkan masa bersama penduduk di dalam majlis Sambutan Rumah Terbuka dan Penyampaian bantuan Fakir Miskin.

Turut hadir dalam Majlis gilang-gemilang itu ialah seramai 400 orang ahli kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum India dan Cina. Di samping menjamu selera mereka juga sempat bersembang dan bertanya khabar di antara satu sama lain.

Dalam kesibukan YAB Menteri Besar itu, beliau sempat juga memberi ucapan, di antara intisari ucapan beliau ialah supaya ibubapa menekankan pengajian ilmu dikalangan anak-anak, kewajipan bersolat dan menghormati sesama jiran tetangga, selain itu juga beliau memaklumkan kejayaan-kejayaan kerajaan negeri walaupun baru memerintah tidak sampai 7 bulan telah banyak perubahan yang dilakukan demi kebajikan dan kemakmuran rakyat Perak yang dicintai.

Read more...

Kes Ketua Pemuda Tambun Tanguh Lagi..

>> Thursday, October 16, 2008

NIBUNG TEBAL, 16 Okt (Hrkh) - Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal pagi tadi menetapkan 20, 21 dan 22 April 2009 sebagai tarikh pembicaraan kes Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis PAS kerana kesalahan menghalang penjawat awam ketika peristiwa penahananya di Plaza Tol Tambun pada 9 Disember 2007.

Beliau yang ditemani dua orang peguambela, Asmuni Alwi dan Darshan Singh memasuki mahkamah sekitar jam 10 pagi dan setengah jam kemudian keluar apabila Pendaftar Mahkamah Seksyen Butterworth, Ahmad Tajuddin Zain mengumumkan tarikh pembicaraan baru ekoran Majestrit, Mohd Izham Ali tidak hadir.

Turut kelihatan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kubang Rotan, Nasir Mustaffa, Setiausaha PAS Kawasan Alor Star,Haji Adnan Saad dan ramai lagi.

Sementara itu, kesemua yang dituduh di bawah 186 seksyen 34 atas dakwaan mengganggu penjawat awam jalankan tugas juga hadir.

Mereka ialah Fauzi Saharat, Mohd Salleh, Mohd Lazim Osman, Abdul Rahim Mohd Arif, Zairul Azrun Zainal Abidin, Mohd Subri Mohd Said, Abdul Razak Ramli, Mohd Biyamin Ishak dan Zamarul Aini Abdul Malek.

Darshan Singh ketika ditanya pemberita di luar mahkamah berkata, rayuan memfailkan kes tersebut ke mahkamah tinggi yang dikemukakan oleh pendakwa raya pada sebutan kes lepas ditarik balik memandangkan kedua-dua peguam ingin mempercepatkan penyelesaian kes itu. - mks._

Read more...

SUMBANGAN DARI DPP TAMBUN


Dalam kesibukan dan kelekaan kita menyambut hari raya masih ada lagi insan yang daif dan miskin dan tidak berpeluang menyambutnya seperti orang lain, En Nordin Ahmad seorang pengawal keselamatan yang mempunyai 4 org anak dan salah seorangnya mengalami penyakit jantung yang tinggal di jalan Datin, baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Kawasan telah menziarah beliau dan menyampaikan sedikit bantuan berupa keperluan harian dan wang tunai.

(Ust Latiff Timb Ketua Pemuda DPP Tambun menyampaikan sumbangan.)

Read more...

SEKITAR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS KAWASAN TAMBUN

>> Sunday, October 12, 2008


Pemimpin yangberjiwa rakyat



YB HJ Zainuddin exco agama,wanita, dan keabjikan,sedang memberi maklumat kepada pengunjung



Saudara Azhan Juara Akademi Nasyid menyampaikan majlis malam tersebut.


Para hadiran yang hadir sedang menjamu selera di Majlis tersebut.
















"Ok antum semua tengok dulu macamana ana potong lemang-lemang ni, mengikut kaedah menghiris lemang di pagi syahdu.. tengok betul-betul" kata S/U Kawasan (Encik Faizal)















"Sekarang antum buat pulak ikut cara yang ana ajar tadi, En Jalalus Sayuti enta punya hirisan biar lembut, fokus pada kelembutan tangan.. yang lain perhatikan betul-betul kang silap pulak.." arahan En Faizal selaku moderator petang tersebut.















"Ehmm ana rasa kalaulah bagi antum buat nampak gayanya, tak jadile rumah terbuka nie, bak sini ana tolong habiskan, disamping tu tengok betul-betul..." kata En Faizal lagi.

Read more...

APAKAH CERITA LAMA INI AKAN JADI KENYATAAN

>> Friday, October 10, 2008


Akar Umbi Lebih Berani Daripada Ketua Bahagian




EKSPIDISI Tengku Razaleigh Hamzah ke Pulau Pinang dan Perak Sabtu dan Ahad lepas dalam rangka mendekati akar umbi Umno bagi memperkasakan Umno selepas dilanda 'taufan Nargis' dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membawa berbagai makna dan kesan tersendiri.Kesanggupan bekas Menteri Kewangan itu untuk turun padang bagi menyuntik semangat ahli untuk mendapatkan semula sesuatu yang hilang - (lima buah negeri) mendapat respond baik daripada ahli Umno akar umbi.Di beberapa tempat yang disinggahi Tengku Razaeigh beliau diberikan sambutan meriah dalam majlis dinamakan Sepetang Bersama Tengku Razaleigh.


Perubahan segera

Di majlis yang diadakan di bandaraya Ipoh yang dikhaskan untuk ahli Umno akar umbi Bahagian Ipoh Timur dihadiri lebih 500 orang. Melihat semangat kepada suasana majlis itu mencerminkan ahli Umno akar umbi begitu mengharap agar Tengku Razaleih dapat melakukan sesuatu perubahan segera untuk masa depan parti berkenaan.Manakala di Teluk Intan kira-kira 2,000 ahli akar umbi yang hadir untuk berdialog dan berintraksi dengan Tengku Razaleigh. Menerusi dialog yang berlangsung lebih dua jam bertempat di sebuah hotel itu terserlah harapan akar umbi yang meletakkan pengharapan tinggi kepada bekas Menteri Kewangan itu berusaha untuk memulihkan Umno.


Ada ahli yang secara jujur memohon agar Tengku Razaleigh mengambil alih segera kepimpinan Umno daripada Abdullah Ahmad Badawi yang mereka sifatkan sudah tidak berdaya lagi khasnya merubah masa depan negara ke arah lebih cemerlang dari apa yang ada sekarang.Dari berbagai soalan dan pertanyaan dilontarkan oleh ahli akar umbi kepada Tengku Razaleigh termasuk yang ingin tahu apakah perubahan dan harapan yang bakal beliau sumbangkan sekiranya dipilih menjadi presdien Umno.


Dalam jawabannya, Tengku Razaleigh menjelaskan antara perkara pokok yang beliau akan lakukan ialah mengembalikan kuasa Umno kepada rakyat. "Kita mahu rakyat menjadi raja bukan pemimpin menjadi diktator," jawab beliau.Dalam pada itu juga katanya beliau akan mencadangkan supaya tempoh seseorang memegang jawatan dihad kepada masa tertentu dan tidak begitu lama. Begitu juga calon-calon dalam pilihan raya akan diserahkan kepada ahli menentukannya, bukanya orang di keliling pemimpin menentukan.


Ahli begitu seronok dan tertarik dengan janji dan formula baru yang dibentangkan oleh ahli Parlimen Gua Musang itu. Ahli juga dapat merasakan keikhlasan dan keseriusan Tengku Razaleigh untuk memancu Umno menjadi parti bermartabat seperti awal dulu.Seorang ahli Umno Bota dari bahagian Parit secara terbuka dan emosi mengundang Tengku Razaleigh agar turun ke kawasannya. "Saya minta Tengku turun ke kampung saya dan di sana nanti ribuan akan sedia menunggu kehadiran Tengku," kata ahli berkenaan.Apa yang disuarakan oleh ahli Umno itu mencerminkan suara dan aspirasi ahli akar umbi yang sudah bersedia mahu melihat perubahan dalam Umno dan Tengku Razaleigh sebagai agen perubahannya.


Tengku Razaleigh sendiri nampak begitu berpuas hati dan gembria dengan sambutan di majlis berkenaan. Majlis berkenaan anjuran Gerakan Rakyat Cekal Perak Selatan yang dikelolakan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, Nasarudin Mohd Rais.Pun begitu ada sesuatu yang dirasakan tempang pada majlis berkenaan bila mana tidak ada seorang pun ketua bahagian yang berani hadir.


Kecuali ketua Umno bahagian Lumut, Zambry Abdul Kadir yang hadir pada pertemuan di Ipoh. Itupun kehadiran Zambry bagaikan pencuri yang ingin melindungi diri, takut-takut.Belum dihayatiKeadaan ini agak mendukacitakan. Ternyata belum ada kebebasan dan kemerdekaan di kalangan ketua-ketua bahagian. Mereka masih takut dan terikat dengan kuasa yang mereka cipta sendiri. Maknanya kemerdekaan masih belum dihayati dan difahami kerana mereka ternyata takut dengan tekanan dan ugutan oleh 'pihak berkuasa' dalam Umno.


Paling mendukacita setengahnya bukan saja tidak hadir tetapi dikatakan turut sebotaj majlis pertemuan itu dengan mengadakan majlis-majlis lain. Misalnya ada seorang ketua Umno bahagian tiba-tiba saja menganjurkan majlis perjumpaan dengan perserta PPRT kononnya bagi membicangkan masalah rakyat termiskin.Bagaimana pun yang hadir khabar semuanya kalangan pemimpin peringkat bahagian yang tidak layak menerima skim berkenaan.


Bukan itu saja, kerana takut dan lebih mementingkan tembolok sendiri juga seorang ketua yang sebelum ini beriya menyatakan untuk hadir dan berjanji dengan Tengku Razaleigh sendiri namun batang hidup pun tidak kelihatan. Alasan diberikan kerana terpaksa hadir ke majlis lain anjuran Umno.Keadaan inilah menyebabkan seroang bekas Ketua Umno Bahagian kesal dan marah dengan sikap ketua-ketua bahagian Umno yang dianggapnya sebagai tidak tahu adab dan tidak beradab.Katanya kalau pun ketua bahagian tidak mahu menyokong Tengku Razaleigh tetapi sekurang-kurangnya mereka hadir sebagai menghormati Tengku Razaleigh sebagai tetamu dan menghormatinya sebagai tokoh pemimpin terulung Umno.


"Inilah yang dikatakan tidak tahu adab dan tidak beradab!"Lantas itu bekas ketua Umno itu mempersoalkan apakah soal-soal adat dan budaya dalam pertubuhan Umno sebuah pertubuhan siasah Melayu kini sudah tidak ada lagi?Barangkali benarlah kata Dr Mahathir Mohamad, bahawa Umno kini akan boleh diubah sekiranya ahli-ahlinya berani. Dan menurutnya ahli yang berani kini hanya peringkat bawahan sahaja, manakala ahli yang berjawatan tidak boleh diharap lagi. Kata Mahathir mereka lebih menjaga periuk nasi mereka daripada masa depan Umno.


Mengambil iktibar atas kenyataan Mahathir itu ahli Umno akar umbi masih tetap boleh mengubah Umno, caranya ialah mereka perlu mengubah ketua-ketua mereka yang penakut, pentingkan diri dan masih belum merdeka itu terlebih dahulu.Sudah pasti kalau akar umbi Umno bersedia melakukan perubahan suasana dalam parti itu yang kini dikongkongi oleh mereka yang pengecut dan mementingkan perut sendiri akan Umno boleh berubah dan seorang presiden baru akan menunggaki Umno. [wm.kl 7:30 am 24/06/08]

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP