ADA TAK KENA DENGAN SAHABAT DALAM PAKATAN RAKYAT
>> Thursday, April 16, 2009
Pilihanraya Kecil di DUN Penanti semakin galak orang sebut-sebutkan walaupun SPR dan Speaker belum umumkan (masa teman naip ni ler), bukan tentang pilihanraya tu sangat kerana semangat orang dalam Pakatan Rakyat ni, bila mana-mana ADUN demam sikit pun dah terbayangkan Pilihanraya, semangat perjuangan yang ditunjukan oleh pendokong Pakatan Rakyat memang tahap 'A' ler.
Tetapi apa yang nak di cuit sikit ialah ada yang tak kena dengan Parti Keadilan Rakyat ni, cuba bayang masalah yang timbul bukan setakat calang-calang 'level', kebanyakannya level EXCO, contohnya di Perak dan Pulau Pinang. Bagi pendapat teman elok rasanya pucuk pimpinan kena muhasabah dan semak semula dema yang ada berpangkat tu.
Tetapi bukan le nak 'kocah' rumahtangga orang tetapi kekadang runsing juga duduk sebilik letih juga kalau tengah malam buat 'hingor' tak boleh tidor kita dibuatnya.
Semalam teman jumpa dengan sahabat PKR Tambun, teman tanya apahal kome ni? dia jawab ini proses penapisan di dalam PKR, tapi teman sanggah di tapis tu tapis juga tapi bior le tapis tu ada standardnya, contoh dalam pemilihan perlu ada kreteria yang standard bukan main tangkap muat jer, contoh si penghantar surat tu.
Sebab tu dalam PAS, Islam dah meletakkan standard yang jelas untuk menjadi pemimpin, dari segi akhlak dan sahsiahnya.
GreenBoy : Kume paham dengan PKR ni, tak pe kume akan bersama dengan kome di Penanti nanti, jangan bagi muka pada UMNO/BN ni. Lawan Tetap Lawan. 'kocah' = ganggu , hingor = bising
0 comments:
Post a Comment