PERSIAPAN DEWAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN

>> Sunday, April 26, 2009



























Jam dah menunjukkan pukul 1.30pagi, persiapan masih ada lagi yang tak selesai, tadi ramai yang datang tolong lepas beransur-ansur kurang, dengan alasan-alasan yang sukar untuk di tolak oleh S/U Kawasan, antara alasannya ialah baju melayu tak gosok lagi, jadi yang tinggal kume je le beberapa orang yang masih boleh bertahan mata nie, walaupun tau akan akibatnya esok pagi, uwahhh nguapan yang pertama.

Tapi apabila tengokkan susunan tempat duduk ni, macam gah sangat le pulak, ada ke orang nak datang esok ni, entah le. Teringatkan semasa Muktamar PAS Pusat dulu... S/U dah bagi tau standard mseyuarat Agung PAS Kawasan Tambun mesti macam ni atau lebih dari tu. Ok le En Faizal.

Teman cukup hairan En S/U kita tak tau penat ker? Steady je, uwahhhhhhhh nguapan kali kedua. Masih boleh buat joke lagi, dia kata pada umur 50 tahun nanti dia akan duduk di tempat ini, sambil mencuba tempat duduk pengerusi tetap.

Uwahhhhhh ni nguapan yang ke berapa tak tau dah.. ok le En Faizal cukup le setakat ni, kita balik le.. tak tahan dah ni..




GreenBoy : harap-harap esok ramai le yang datang, kalau tak sapa nak duduk kerusi yang tersusun indah ni.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP