SEKITAR PELANCARAN DARIHATI

>> Wednesday, January 12, 2011

Sdr. Ahmad Khair Faizal, S/U PAS Kawasan Tambun bertindak sebagai pengacara majlis pada majlis hi-tea

YDP PAS Kawasan Tambun dan TYDP PAS Kawasan Tambun turut hadir

Antara tetamu yang hadir

Adik-adik sekitar Taman Meru yang akan menerima sumbangan

Kehadiran tetamu Tionghua menyerikan majlis

Ust. Zulkarnain memimpin bacaan doa

Tabung Dana Prihatin dan Penyayang dilancarkan dan beredar kepada tetamu yang hadir. Terima kasih di atas sokongan anda

Ucapan daripada Tn. Hj. Mat Sabu memang amat dinantikan oleh para tetamu

Dana Prihatin dan Penyayang dilancarkan secara rasmi oleh Tn. Hj. Mat Sabu sambil diperhatikan oleh YDP PAS Kawasan Tambun

Tn. Hj. Mat Sabu menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sekitar Taman Meru

Program pelancaran Dana Prihatin dan Penyayang (DARIHATI) telah dilancarkan secara rasmi oleh Tn. Hj. Mat Sabu pada 9 Januari lalu di Markaz Sementara PAS Kawasan Tambun di Taman Meru dalam satu majlis hi-tea yang mendapat sambutan daripada masyarakat setempat pelbagai bangsa. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Tambun, Dr. Hj. Khairuddin berserta isteri dan anak-anak, Timbalan YDP PAS Kawasan Tambun, Ust. Loqmanul Hakim dan Ust. Zulkarnain yang telah sudi memimpin bacaan doa. Dalam majlis ini, anak-anak yatim sekitar Taman Meru tidak dilupakan di mana mereka turut menerima sumbangan. Antara lain Dana ini akan digunakan untuk fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, bencana alam, kelas tuisyen dan kelas pengajian agama. Pada hari pelancaran ini juga sebanyak lebih daripada RM900 di sumbangkan oleh tetamu yang hadir. Jazakallah.

GreenBoy : Tahniah kepada Tmn Meru, InsyaAllah kalau kita perintah Perak Semula lebih dari itu kita akan bantu...

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP