AGM KDAS 2

>> Thursday, January 20, 2011

Ucapan Ketua Cawangan KDAS 2, Hj. Japeri Saad. Di samping beliau, Hj. Rosli Adnan selaku S/U Cawangan. Kombinasi yang mantap!

Antara perwakilan yang hadir

15 Safar 1432 / 20 Jan 2011 - PAS Cawangan KDAS 2 telah mengorak langkah awal dengan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke - 27 petang ini bertempat di PASTI Al-Harakiah.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Setiausaha PAS Kawasan, Sdr. Ahmad Khair Faizal Yahaya. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menekankan betapa pentingnya kesepaduan tenaga untuk menggerakaktifkan PAS cawangan. Beliau memuji cawangan ini antara cawangan yang aktif mengadakan program, berinisiatif dan berjaya menyiapkan PASTI dengan kos berjumlah lebih RM100K. Syabas kepada pengemudi KDAS 2, Tn. Hj. Japeri Saad yang merupakan mantan bendahari PAS Kawasan dan mantan Pengarah MTD Manjoi suatu ketika dahulu. Masih berupaya dan bertenaga serta bersemangat waja memastikan cawangan beliau terus dipacu dengan cemerlang. TERUSKAN PERJUANGAN..

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP