KEMBARA JOM KE MASJID DPPK TAMBUN BERJAYA

>> Sunday, January 30, 2011



Ybhg YDP PAS Kawasan Tambun menyampaikan ucapan perasmian Program Kembara Jom Ke Masjid DPPK Tambun di hapan 40 orang peserta, di Masjid Ittihadiah Kg Tg Hussein

Sdr Zairul Azrun memberi sepatah dua kata dalam program tersebut

Orang kuat program

Perbincangan demi perbincangan untuk menjayakan program ini... team ni very sporting kerana boleh terima semua pandangan.. kerana semua pandangan adalah baik cuma kita ambil yang terbaik..

Setiba sampai di destinasi pertama iaitu Masjid Rahmaniah Kg Sg Tapah, semua peserta di minta mengambil wuduk , niat Iktikaf dan melakukan solat Tahyatul masjid dan Dhuha..

Pembahagian kumpulan..

Ust Latif menerang konsep 1 di dalam konteks aqidah, dan menjelaskan makna tauhid uluhiyyah dan rubbubiyyah, yang tauhid ini ialah membezakan kita dengan orang-orang yang kafir..

Jamuan pagi..


Majlis taaruf dan tazkirah oleh AF Ust Hafez Sabri diadakan di masjid Ramaniah Ulu Chepor, bertajuk pesanan kepada golongan muda Muslim

Indoor games adab-adab masjid.. kaedah baru ke cikgu? di Masjid Jame' Chemor

Jamuan tengahari di sponsor oleh Sdr Shafeq dan keluarga... ada yang pertama kali makan di dalam dulang, tujuannya adalah untuk memupuk semangat ukhwah dan mahabbah dikalangan peserta.. di Masjid Jame' Tg Rambutan

Para pelajar SMADT perempuan turut hadir ... makan tengahari bersama..

Meriah dan seronok makan bersama di dalam dulang...

Muhasabah program di Masjid Al-Muttaqin Bandar Baru Putra, antara peserta menceritakan pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh DPPK.. Bestttttt saaa

Ceria, ceria dan ceria..

Deretan kenderaan konvoi, kembara masjid ini melibatkan 10 buah kenderaan, Alhamdulillah seorang pun x claim duit minyak.. semoga Allah membalas pengorbanan antum semua... kerana setiap titik minyak yang dikeluarkan ada ganjarannya di sisi Allah.
Perghh kalau macam ni boleh buat lagi...

Di antara para peserta dan penjaga sedang tekun mendengar ucapan perasmian penutup...

Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada peserta dan penyumbang di majlis tersebut, semoga Allah membalas segala pengorbanan semua.. inilah titik permulaan anak-anak ini menempuh hari-hari yang mendatang, program seperti perlu diadakan selalu untuk mengikat ukhwah dan silaturrahim di kalangan para peserta...

AL Fadhil Ust Wan Tarmizi menyampaikan ucapan penutup Program Kembara Jom Ke Masjid, dan memberi motivasi khusus untuk para peserta supaya balik nanti akan menjadi duta kepada rakan-rakan

Bersalaman dengan para pimpinan dan urusetia.. semoga jumpa lagi.. InsyaAllah..

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP