PERASMIAN PASAR PAGI ABD RAHMAN AL-AUF DI JLN PEMIMPIN

>> Wednesday, January 19, 2011

Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin merasmikan pasar pagi Abdul Rahman Al-Auf, ucapan yang sungguh membanggakan masih malar segar..




Kehadiran pada pagi terebut amat mengalakkan..

Projek Lujnah Ekonomi, Ikan segar dari Pantai Remis... harga amat berpatutan dan segar..



Antara peniaga pada hari tersebut...

16 Januari 2010 , Manjoi : Pas kawasan Tambun sekali mencatit sejarah apabila terasminya sebuah pasar pagi yang diberi nama Pasar Pagi Abdul Rahman Al-Auf (PARA). Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila kehadiran pegunjung pada hari itu hampir mencecah 1 ribu orang.

Konsep pasar pagi ini amat berbeza dengan pasar pagi yang lain kerana pasar ini selain dari aktiviti pembelian ianya menekan konsep kebajikan dan ilmu, di mana di PARA pada setiap pagi kuliah dhuha akan disampaikan oleh pentazkirah tetap iaitu Al-Fadhil Ust Wan Tarmizi dan Ustaz jemputan dan disepanjang aktiviti perniagaan dijalankan lagu-lagu yang berunsur nasyid dan ketuhanan dan juga ceramah-ceramah agama turut dikumandangkan.

PARA ini juga amat menekankan konsep kebajikan di mana harga-harganya akan dikawalselia oleh urusetia peniaga, ini adalah bertujuan untuk mengekalkan konsep kebajikan terus-menerus. Pasar Pagi yang akan beroperasi seawal 8 pagi hingga 12 tghari pada setiap hari ahad ini dijangkakan akan terus menadapat sambutan apabila pengerusinya En Safian menyatakan akan membawa agensi-agensi kerajaan untuk memberi penerangan dan pihaknya akan menyediakan tapak-tapak khas untuk tujuan pameran.

Turut hadir pada majlis perasmian PARA pada hari tersebut ialah AF Ust Bakar Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP PAS Kawasan Tambun Ybhg Dr Khairuddin Dato Abd Malek dan Tn Hj Osman , Ketua Lajnah Ekonomi PAS Negeri Perak.

KP : Tahniah Lujnah Kebajikan Semoga konsep perniagaan Baginda Rasulullah dikembalikan, kami menunggu bila boleh mengguna matawang dinar emas di PARA nanti. InsyaAllah

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP