KEMBARA JOM KE MASJID DPPK TAMBUN BERJAYA

>> Sunday, January 30, 2011



Ybhg YDP PAS Kawasan Tambun menyampaikan ucapan perasmian Program Kembara Jom Ke Masjid DPPK Tambun di hapan 40 orang peserta, di Masjid Ittihadiah Kg Tg Hussein

Sdr Zairul Azrun memberi sepatah dua kata dalam program tersebut

Orang kuat program

Perbincangan demi perbincangan untuk menjayakan program ini... team ni very sporting kerana boleh terima semua pandangan.. kerana semua pandangan adalah baik cuma kita ambil yang terbaik..

Setiba sampai di destinasi pertama iaitu Masjid Rahmaniah Kg Sg Tapah, semua peserta di minta mengambil wuduk , niat Iktikaf dan melakukan solat Tahyatul masjid dan Dhuha..

Pembahagian kumpulan..

Ust Latif menerang konsep 1 di dalam konteks aqidah, dan menjelaskan makna tauhid uluhiyyah dan rubbubiyyah, yang tauhid ini ialah membezakan kita dengan orang-orang yang kafir..

Jamuan pagi..


Majlis taaruf dan tazkirah oleh AF Ust Hafez Sabri diadakan di masjid Ramaniah Ulu Chepor, bertajuk pesanan kepada golongan muda Muslim

Indoor games adab-adab masjid.. kaedah baru ke cikgu? di Masjid Jame' Chemor

Jamuan tengahari di sponsor oleh Sdr Shafeq dan keluarga... ada yang pertama kali makan di dalam dulang, tujuannya adalah untuk memupuk semangat ukhwah dan mahabbah dikalangan peserta.. di Masjid Jame' Tg Rambutan

Para pelajar SMADT perempuan turut hadir ... makan tengahari bersama..

Meriah dan seronok makan bersama di dalam dulang...

Muhasabah program di Masjid Al-Muttaqin Bandar Baru Putra, antara peserta menceritakan pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh DPPK.. Bestttttt saaa

Ceria, ceria dan ceria..

Deretan kenderaan konvoi, kembara masjid ini melibatkan 10 buah kenderaan, Alhamdulillah seorang pun x claim duit minyak.. semoga Allah membalas pengorbanan antum semua... kerana setiap titik minyak yang dikeluarkan ada ganjarannya di sisi Allah.
Perghh kalau macam ni boleh buat lagi...

Di antara para peserta dan penjaga sedang tekun mendengar ucapan perasmian penutup...

Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada peserta dan penyumbang di majlis tersebut, semoga Allah membalas segala pengorbanan semua.. inilah titik permulaan anak-anak ini menempuh hari-hari yang mendatang, program seperti perlu diadakan selalu untuk mengikat ukhwah dan silaturrahim di kalangan para peserta...

AL Fadhil Ust Wan Tarmizi menyampaikan ucapan penutup Program Kembara Jom Ke Masjid, dan memberi motivasi khusus untuk para peserta supaya balik nanti akan menjadi duta kepada rakan-rakan

Bersalaman dengan para pimpinan dan urusetia.. semoga jumpa lagi.. InsyaAllah..

Read more...

KESEMPATAN MENZIARAHI PASTI TAMAN PERPADUAN




Pada 27 Jan 2011 lalu ana dan sdr Aidil menziarahi PASTI Taman Perpaduan, walaupun cadangannya sudah lama, tetapi kali ini baru ada kesempatan. PASTI ini terlalu daif keadaan dalam kelasnya, dan walaupun begitu terdapat penambahan pelajarnya untuk tahun ini, iaitu 21 orang.

InsyaAllah cuti sekolah penggal 1 nanti DPPK Tambun akan mengadakan gotong royong untuk mengecat kelas PASTI tersebut dan akan menyumbang sebuah kipas anggin syiling. Dikesempatan itu juga kami juga menyampaikan sedikit cenderahati dari DPPK Tambun dan sumbangan kepada guru-guru PASTI tersebut.

Kami doakan agar Ustz Maznah sentiasa komited dalam memperjuangkan agenda jemaah ini.

Read more...

Modus Operandi UMNO untuk menjatuhkan akhlak pejuang Islam terutama pemuda

>> Saturday, January 29, 2011


Saya menasihati diri saya dan rakan-rakan pemuda, supaya berhati-hati dengan agenda licik UMNO untuk memerangkap pemuda PAS yang tidak mahu dengan perkara maksiat, mereka akan mengumpan para pemuda dengan gadis , dengan tujuan untuk mengadu untuk membantu menyelesaikan masalah peribadi dan sebagainya.. inilah yang berlaku kepada Sdr Salehuddin, Dato Seri Nizar dan beberapa pimpinan pemuda kawasan.. jadi berhati-hatilah

KP : Berhati-hatilah dengan strategi jahat musuh-musuh Agama Allah ini..

Read more...

DPPK TAMBUN AKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS KE 2

>> Wednesday, January 26, 2011

Berikutan dari laporan polis yang dilakukan oleh Ket Dewan Muslimat pada 22 jan 2011, satu lagi laporan akan di buat seperti butiran di bawah, ini adalah kerana selepas Tan Seri Dato Seri Mufti menyarankan supaya Chua Soi Lek memohon maaf, tetapi menunjukkan keangkuhan dengan mengeluarkan kenyataan 'what's is so great' about knowing Muslim values? merupakan satu kenyataan tidak menghormati agama lain.

Tarikh
27 Januari 2011

Tempat
Balai Polis Sg Senam Ipoh

Masa
1 tghari

Dijemput seluruh pendokong dan penyokong untuk bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan Dan YDP PAS Kawasan Dr Khairuddin

Read more...

USTAZ KAZIM BERCERAMAH BERSAMA KETUA PEMUDA PAS PUSAT DI BESERAH KUANTAN


GreenBoy : So macamane... Ust Kazim ni orang PAS, sape kata dia UMNO..

Read more...

JENTERA PAS PERAK JELASKAN ISU RAMPASAN KUASA KERAJAAN PERAK OLEH UMNO BN, DI DUN TENANG


IPOH, PAS Perak, akan memberi penjelasan berkenaan isu rampasan yang dilakukan oleh UMNO BN semasa Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Perak semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Pesuruhjaya PAS Perak , Ustaz Abu Bakar Hussain.
Beliau juga menyatakan bahawa, petugas PAS Perak yang akan membantu jentera pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil berkenaan akan memainkan peranan utama untuk mematahkan setiap pembohongan dan propaganda yang dimainkan UMNO BN berhubung isu di Negeri Perak.

Fokus utama jentera PAS Perak ialah untuk memastikan gerak kerja jentera PAS berjalan lancer dan baik disamping memberi penjelasan sebenar kepada pengundi pada pilihan raya kecil itu.

“Kita yakin bahawa UMNO BN Perak akan mengelirukan pengundi berkenaan isu rampasan kuasa yang dilakukan mereka di perak sebelum ini, oleh itu, kita akan pastikan jentera PAS Perak dapat memberikan penjelasan sebenar berkenaan kezaliman UMNO BN merampas hak rakyat Perak,” katanya.

Read more...

PROGRAM KEMBARA JOM KE MASJID


PENYERTAAN PERCUMA


peserta lelaki sahaja yang berumur dari 12 - 18 tahun terbuka kepada anak-anak yang rajin ke masjid, yang tak berapa rajin nanti kita buat program lain.

Read more...

PESURUHJAYA PAS PERAK SAMPAIKAN CERAMAH DI UPU LABIS TENGAH

USt. Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak ketika menyampaikan ceramah di UPU Labis Tengah yang merupakan UPU di bawah jagaan Jentera PAS Perak


Ust. Abu Bakar bersama rakan pimpinan PR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tn. Hj. Mat Sabu

Sehati bergerak melangkah...PURNAMA bakal mengambang di Tenang

Read more...

ISA SAMAD SELESA DENGAN BUDAYA MAKSIAT DAN GEMAR HINA ULAMA


IPOH , Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan bahawa setiap orang hendaklah beringat bahawa segala amalan yang dilakukan di dunia akan dinilai Allah di akhirat.
Beliau mengulas maksud ayat al quran “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya”

Beliau menjelaskan semakin lama kita menyertai gerakan islam PAS, semakin kita meyakini bahawa perjuangan PAS adalah untuk memberikan keadilan islam kepada semua dan perkara ini bukan khayalan . .

Beliau menjelaskan tempoh hari bekas presiden UMNO dan merangkap pengerusi FELDA, Isa Samad telah mengutuk Tuan Guru Nik Aziz sebagai gila. Katanya , “Musyidul am PAS lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam”.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan kita sebagai orang Islam perlu menilai sejauhmana kefahaman Isa Samad terhadap Islam

Memetik kata-kata beliau “. Boleh ke kata-kata Isa Samad ini dipercaya? Rekod politiknya gelap kerana pernah terlibat dengan politik wang dalam perhimpunan agung UMNO 2004 sehingga dipecat daripada jawatan naib presiden UMNO”

“ Baru-baru ini Isa Samad menghina Mursidul Am PAS dalam program jamuan 1 Malaysia dimana peserta dijamu dengan bir percuma bersama prgoram tari-tarian. Semua ini menunjukkan kata-kata Isa Samad tidak boleh dipercayai sama sekali malah perlu ditolak dan ditegur. “ Tegas beliau.

Ini merupakan petunjuk daripada Allah kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO perlu ditolak dan bukti PAS berada pada jalan yang benar. Inilah jalan yang dilalui Rasulullah SAW, dimana baginda juga pernah dilabel sebagai orang gila oleh orang kafir Quraisy. Tetapi Allah menyayangi baginda dan membela baginda dengan menurunkan ayat Quran: “Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah)” .

Beliau menyimpulkan bahawa, cukuplah peristiwa ini dan lain-lain sebagai bukti kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan PAS perlu didokong manakala UMNO pula perlu ditolak.

Read more...

CERAMAH ISU SEMASA LUJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS TAMBUN

Read more...

Read more...

ANAK-ANAK NI CONTOH KEZALIMAN YANG UMNO/BN LAKUKAN..

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.

(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.

(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)

"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

Read more...

PAS ZON MERU TINGKATKAN GERAK KERJA DAFTAR PENGUNDI BARU

>> Monday, January 24, 2011

Hj. Khairuddin sedang menyemak rekod pendaftaran pengundi seorang warga emas yang datang ke kaunter. Turut kelihatan Hj. Abdullah Antong dan lain-lain petugas

Hj. Mat Wazir sedang memberikan penerangan kepada pengundi Tiong Hua yang hadir di kaunter pendaftaran
Jelapang -PAS Zon Meru mempertingkatkan gerak kerja bersepadu pendaftaran pengundi baru dan semakan daftar pemilih di sekitar Taman Meru dan Taman Jati. Kaunter semakan dan pendaftaran yang dibuka pada 23 Jan 2011 bersebelahan 7-eleven Taman JAti mendapat sambutan baik daripada masyarakat sekitar. Pendaftaran dan semakan daftar pemilih ini diketuai Tn. Hj. Mat Wazir yanh juga merupakan Penolong Pendaftar Sementara (PPS) /SPR.
Wakil PasTAmbun Blogspot yang berada di lokasi program berkesempatan menemuramah Tn. Hj. Abdullah Antong selaku kordinator program. Menurutnya gerak kerja pendaftaran kali ini memberikan fokus kepad masyarakat Tiong Hua di mana sehari sebelumnya para petugas telah turun padang berjumpa pengundi dan mengedarkan risalah. " Di samping itu kami juga melakukan semakan dan pendaftaran pengundi Melayu secara berterusan di Unit Peti Undi Taman Meru dan Taman Jati di mana pengundinya mencecah 5000 orang", ujarnya lagi.
Tn. Hj. Abdullah juga berkeyakinan dengan gerak kerja parti yang komprehensif ini akan memenangkan calon PAS di Dun Manjoi pada pilihanraya akan datang. "Petugas di Zon Meru berada pada tahap prestasi kerja yang sangat cemerlang dan bersedia menghadapi pilihanraya pada bila - bila masa", tegasnya.

Read more...

SOROTAN PASAR ABDUL RAHMAN AUF MINGGU KEDUA

>> Sunday, January 23, 2011

AHAD SETIAP MINGGU
7.30PAGI - 12.30TGH
PERKARANGAN SURAU AL-IKHLASIAH, JLN PEMIMPIN, MANJOI

MACAM2x JENIS MINUMAN ADA DI SINI..

WAH..DAH ADA DEEJAY LAA....
PAK SALLEH TENGAH MENDEKLAMASIKAN SAJAKNYA...

NYUM3x... AYAM GORENG UNCLE BOB YNG RANGGUP DAN MENYELERAKAN

ADIK KAKAK.. MARI2x PILIH BAJU YNG MANA BERKENAN DIHATI

BAGUSNYAA.. PELANGGAN BERATUR UNTUK MEMBELI..

INI DIA GERAI KURMART..
MACAM2x ADA DISINI..

GERAI LAJNAH EKNOMI KITA...

WAH.. LARIS BETUL JUALAN IKAN..
PUKUL 10PAGI SUDAH HABIS TERJUAL..

KHUSYUK BETUL PENIAGA MENGORENG YEE..
NAMPAK SUNGGUH LAZAT..
KHAS UNTUK MUSLIMAH..
BERMACAM2x BROOCH YNG BERKILAUAN...

WAA...SANGAT RAMAI PENGUNJUNG KE SINI..
JANGAN LUPA DATANG LAGI MINGGU DEPAN...
MAKCIK SIBUK MEMILIH BAJU YEE..
PILIH JANGAN TAK PILIH YE MAKCIK...














Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP