PAS MENDAHULUI PROGRAM SOLAT HAJAT & MUNAJAT MENOLAK WABAK

>> Wednesday, August 12, 2009






12 ogos 2009 : PAS Kawasan Tambun melalui Urusan Ulamanya telah berjaya menganjurkan solat hajat dan munajat rakyat, program tersebut adalah inisiatif Ketua Urusan Ulama, Ust Wan Tarmizi Abd Aziz ini adalah berikutan penularan wabak Pandemik Influenza A H1N1, dalam program tersebut beberapa pengisian telah diadakan antaranya ialah pada sebelah petang pengedaran 'face-mask' dan doa, solat hajat dan munajat, tazkirah wabak dan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh seorang Pakar Kesihatan yang bertajuk Pandemik Influenza : Tanggungjawab Masyarakat Mengurangkan Penularan dan kaedah-kaedahnya, "Doa adalah senjata orang mukmin, ini cara kita sebagai orang Islam, untuk menanggani wabak ini." Ujar Ust Wan Tarmizi sewaktu ditemui semasa mengedarkan risalah doa dan 'face-mask' kepada pengunjung pasar malam kampung sungai tapah.

Program ini telah membuka mata kepada rakyat bahawa PAS juga mementingkan hubungan sosial, terutamanya apabila melibatkan kepentingan rakyat umum, "Ini adalah usaha kami, walaupun pihak UMNO hanya bercakap tentang menjaga kepentingan rakyat, tetapi mereka hanya mengira jumlah kematian tanpa ada satu usaha untuk mendepani masalah ini." berkata Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin.

Walaupun dalam hujan lebat pada awalnya namun para peserta yang berjumlah hampir 300 orang tidak berganjak kerana mereka yakini inilah saat-saat kepayahan yang doa-doa akan dimakbulkan.

1 comments:

Pemburu Syahid August 12, 2009 at 11:07 PM  

Salam...

Tahniah PAS Tambun.

Apa khabar Ust Wan Termizi? Apa khabar Akhi Faizal?

Lama tak berita. Boleh bagi numb phone semula tak? Phone hilang hari tu.

Ahmad Muhammad

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP