KARNIVAL JOM SERTAI PAS TAMBUN MERIAH!!

>> Sunday, August 09, 2009

Kemesraan seorang anggota polis membuka kaunter rakan cops di karnival jom sertai PAS, kami ok kan?
Anak-anak SRATI mempersembahkan beberapa buah lagu nasyid.. bestla korang

Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Penerangan Kawasan dan Setiausaha Kawasan bergambar dengan Aris Ariwatan dan Sdr Yusri dari kumpulan MAY

Aris Ariwatan orang tempatan yang sudi bersama-sama dalam Karnival JOM SERTAI PAS TAMBUN !!

Lu memang best Bro, Aris Ariwatan sempat bermesra dengan kanak-kanak semasa menyanyikan lagu.

AF Ust Zawawi Hassan menyampaikan ucapan perasmian pada pagi tersebut

Penyerahan sijil Ahli PAS kepada cawangan-cawangan yang telah diluluskan oleh PAS Pusat

Di belakang pentas, abang taza bersama kawan lama Aris Ariwatan dan Barlie the migration

YDP Dr Khairuddin Dato' Abdul Malek, menyampaikan ucapan alu-aluan, kepada para hadirin

Di antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir

Bersama-sama menyanyikan lagu PAS

Di antara ratusan yang mendaftar sebagai ahli PAS baru

9 Ogos 2009 : PAS Kawasan telah mengadakan karnival Jom Sertai PAS (JSP) dengan jayanya, hampir 300 orang yang mendaftar sebagai ahli PAS, karnival JSP ini telah telah beberapa kali di ubah tarikhnya ini adalah kerana kesibukan para urusetia yang terlibat dengan pilihanraya-pilihanraya kecil di seluruh negara, oleh kerana program ini telah dibincang begitu lama, jadi Sdr Zairul Azrun selaku penasihat program karnival ini telah mencadangkan agar ianya di buat segera dan dicadangkan sama tarikh dengan perlawanan bola sepak piala Dr Khairuddin Dato' Abdul Malek.

Pada program itu terdapat beberapa kaunter telah di buka antaranya ialah pendaftaran daftar pemilih baru, pendaftaran sebagai Ahli PAS, pemeriksaan kesihatan, kaunseling NIsa', sejarah penubuhan PAS, Rakan Cops dari PDRM dan kaunter pertandingan memasak berasaskan durian. Selain dari itu terdapat juga pertandingan-pertandingan yang melibatkan kanak-kanak antaranya melukis, mewarna dan checkerboard gergasi.

Dalam program karnival JSP ini satu kelainan yang julung-julung kali diadakan khususnya PAS Negeri Perak, iaitu persembahan dari artis tempatan, antara yang memberi persembahan ialah sdr Aris Ariwatan beliau adalah seorang anak tempatan Kg Tg Hussein dan beliau telah menyumbangkan beberapa buah lagu, dan disamping itu kumpulan musik alternatif iaitu Barlie the Migration juga telah menyampaikan persembahan, hadir juga pada hari itu ialah sdr Yusri dari kumpulan MAY dan tidak ketinggalan dari anak-anak SRATI menyampaikan lagu-lagu nasyid.

Dalam karnival itu AF Ust Zawawi Hassan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak telah sudi memberi ucapan dan merasmikan majlis tersebut, beliau mengantikan YAB Ir Dato Seri Ahmad Nizar Jamaluddin kerana menghadiri mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur.

Satu kelainan yang ditunjukan oleh PAS Kawasan Tambun khususnya iaitu pendekatan mesra kepada rakyat, yang rata-rata mereka cuba menghampiri PAS yang sebelum ini PAS dilabelkan oleh UMNO sebagai sebuah parti yang tidak mesra orang luar, tetapi dengan Karnival JSP telah mengubah presepsi masyarakat yang PAS adalah Cool!!

Kepada semua yang terlibat dalam Karnival Jom Sertai PAS teman ucapkan tahniah dan kerja-kerja yang sedikit ini menjadi amal-amal yang soleh.

GreenBoy : Islam is the best.. Oh ya sesiapa yang ada gambor pada hari karnival boleh email ke paskawasantambun@gmail.com, sebab bateri kamera teman aritu dah weak.

2 comments:

Anonymous August 21, 2009 at 6:47 AM  

hehe..2 mak saya..y bju biru 2..
kcik sgt kot tulis kt borg 2..
x nmpk mak saya...

Unknown September 8, 2009 at 8:36 PM  

pergh!!! member aku dah jd ketua pemuda lor... ntah ingat ntah idak dia kt aku yg ntah apa2 ni... huhu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP