KALAU ADA HUDUD TENTU PERKARA TAK SEMPAT BERLAKU
>> Monday, August 24, 2009
Semalam dalam berita mengatakan Puan Kartika yang telah dijatuhkan hukuman 6 sebatan telah ditangguhkan hukuman kerana menghormati bulan Ramadhan.
Mengapa Kartika kena juga sebat dan tidak merayu supaya sebatan digugurkan ini kerana dalam peruntukan undang-undang Syariah Pahang menyebut "kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. " apa yang teman dipahamkan dari radio IKIM ia menggunakan DAN bukau ATAU maknanya memang tak boleh lari dari sebatan dan denda RM5000 (beliau sudah jelaskan) atau penjara 3 tahun.
Ada orang belah sana bising dengan kawan teman ngapa orang PAS tak backing, so teman kata "Hallo geng paham x apa masalahnya sekarang" ini bukan hukum Hudud ini undang yang dibuat oleh pemerintah negeri Pahang, apakah Puan Kartika selepas menjalankan hukuman ini dia akan terlepas dari hukuman Allah di akhirat kelak? Sapa berani jawab Ya, angkat tangan.
Kecualilah beliau bertaubat bersungguh-sungguh untuk tidak melakukan lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan teman rasa Puan Kartika tentu tidak akan kena sebat dan kena denda kerana hukum hudud ini akan membataskan untuk melakukan kesalahan had Allah.
Kalau nak belajar bab ini kena panggil Ustaz yang betul Ikhlas bukan ustaz Envelope.
Ni teman bekalkan sikit untuk panduan kita;
Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah :
i. Orang yang sudah mukallaf;
ii. Dengan kemahuan sendiri;
iii. Mengetahui haram hukum meminumnya;
iv. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.
Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut.
Greenboy : Teman rasa ditangguhkan hukuman sebat tu lebih sakit lagi, maklumle nak raya ingatkan kena sebat, tapi ini menunjukkan seriusnya negeri-negeri yang nak jalankan hudud, setahu teman di kelantan ada juga sebat ni tapi masih guna perkataan ATAU lagi.
0 comments:
Post a Comment