HARUSSANI ZAKARIA MURSYIDUL AM UMNO

>> Saturday, August 22, 2009


22ogos2009 : Berikutan terlalu pantas dan amat peka dengan isu yang ditujukan kepada UMNO/BN tentang butiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang isu syurga neraka, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin menyarankan supaya Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mencadangkan supaya melantik Tan Sri Dato' Seri Sahibul Samahah Harussani Zakaria selaku Mufti Negeri Perak sebagai Mursyidul Am UMNO, kerana betapa perlunya UMNO mempunyai seorang Mursyidul yang boleh menasihat UMNO supaya mereka lebih cerdik dalam menanggani isu terutamanya isu yang membabitkan soal-soal agama dan aqidah.

Zairul juga berkata beliau amat hairan mengapa Tan Sri Mufti ini amat berminat melayan isu-isu yang dikenakan kepada UMNO khususnya tetapi apabila UMNO menghina Al-quran dan Islam secara terang-terangan seolah beliau tidak nampak, apakah beliau mahu bertanggungjawab dengan apa yang dia pejamkan.

Apakah beliau tidak tahu UMNO telah menghina Islam sejak 50 tahun dulu kerana mereka menolak Islam sebagai sistem kehidupan, apakah beliau tidak tahu bahawa Al-quran yang diturunkan perlu dilaksanakan dan waimma satu hurufnya pun ditolak hukumnya apa (beliau tahu) inikan pula sebahagian dari al-quran di tolak.

Sekali lagi Sdr Zairul menyarankan supaya Tan Sri ini mendaftarkan sebagai ahli UMNO dan menjadi Mursyidul Am UMNO.

(GreenBoy : Amboi KP ni bukan main lagi..)

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP