DPP TAMBUN LANCAR KEMPEN "KUME DAH GETEK KAT UMNO"

>> Monday, August 31, 2009



01September2009 : Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun pada hari ini melancarkan slogan kempen "KUME DAH GETEK KAT UMNO", slogan ini akan digunakan dalam kempen-kempen DPPK Tambun, getek ialah perkataan halus yang digunakan oleh orang melayu Perak yang bermaksud tersangat benci, menyampah, meluat dan sangat muak.

Memang ungkapan ini amat sesuai digunakan pada masa ini, kerana bila sudah terlalu lama memerintah mestilah banyak perkara yang orang ketahui kejelekannya, tambahan lagi apabila kerajaan kudeta zambrey telah menabur tar dan batu di kampung orang melayu, ini juga sedikit sebanyak menambahkan lagi kegetekan orang melayu, mengapa selepas 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah baru nak buat, sebagai contoh perkampungan melayu Manjoi yang sudah hampir 30 tahun tidak pernah di buat jalan baru tiba-tiba bila berlaku kudeta barulah terhegeh-hegeh nak buat.

Seolah-olah sebelum ini orang melayu Kampung Manjoi tak ada nilai di mata UMNO/BN yang hanya digunakan semasa pilihanraya, apakah YB Nadzri sudah hampir kalah baru nak tunjuk yang aku juga buat kerja. Tu yang namanya orang melayu dah Getek Kat UMNO.

GreenBoy : Orang rumah teman orang Kedah dia kata meluaat aihh, ok le tu sama le maknanya

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP