PAS KAWASAN TAMBUN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

>> Sunday, October 25, 2009

Kelihatan En Mansor yang cuba memasukki rumahnya untuk menyelamatkan barang-barangnya.
Kelihatan anggota Bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Sdr Zairul bersama mangsa setelah berjaya menenangkannya yang cuba memasukki rumahnya untuk menyelamatkan barang-barangannya.

Sdr Zairul menyampaikan sumbangan dari PAS Kawasan Tambun.

25okt09 : Satu kebakaran yang mengakibatkan sebuah rumah di Jalan Belida Kg SgTapah, Ipoh, kebakaran yang berlaku pada jam 12.15pm itu telah sempat diselamatkan selepas kehadiran 2 buah jentera bomba, berikutan dengan itu pihak bomba telah menghadapi sedikit masalah kerana di tempat kejadian tiada pili bomba. En Mansor tuan rumah itu menceritakan semasa beliau sedang mencuci kereta, beliau terkejut apabila secara tiba-tiba bilik hadapan rumahnya dipenuhi asap yang tebal dan beliau telah meminta tolong kepada jiran untuk menghubungi bomba, beliau juga amat kesal kerana tiada barangan yang berharga dan dokumen dapat diselamatkan, kerana kejadian begitu pantas.

Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun yang telah mula-mula hadir ke tempat kejadian dan sempat membantu En Omar, "Saya melihat beliau untuk cuba masuk ke dalam rumah, lantas saya dapatkan beliau dan menenangkan supaya dia tidak masuk ke dalam kerana kemungkinan akan membahayakan dirinya" Ujarnya, beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan mewakili PAS Kawasan Tambun dan menawarkan khidmat Unit Amal untuk membantu beliau selepas keadaan kembali tenang.

Walaubagaimanapun punca kejadian dan nilai kerosakan masih di siasat oleh pihak berkuasa.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP