DEKO PUTERI INDAH KHABAR DARI RUPA
>> Thursday, October 01, 2009
KENYATAAN SETIAUSAHA PAS KAWASAN TAMBUN TERHADAP PROGRAM PUTERI UMNO BAHAGIAN TAMBUN
Pas Kawasan Tambun melahirkan kekesalan di atas program Deko Bersama Puteri UMNO Bahagian Tambun yang secara jelas telah memperalatkan golongan miskin dan ibu tunggal. Program yang dirasmikan oleh YB Dato' Nadzri Ismail, ADUN Manjoi pada 13 september 2009 di rumah seorang ibu tunggal yang beralamat di No.163, Jalan Taman Meru 3, Taman Meru 1B Jelapang, telah menghina dan mengaibkan ibu tunggal tersebut dan anak-anaknya. " Saya sangat kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab Puteri Umno yang sanggup memperalatkan masyarakat miskin demi kepentingan politik mereka. Rumah yang kononnya terpilih untuk dicat semula dan dihiasi sempena kedatangan syawal, rupa-rupanya indah khabar dari rupa.
Mereka mempunyai agenda lain disebaliknya" , menurut Ahmad Khair Faizal yang juga merupakan setiausaha Pas Kawasan Tambun ketika dihubungi Harakah Pas cawangan Taman Meru telah mengunjungi ibu tunggal ini dan mendengar sendiri rintihan hatinya. Beliau tidak mengharapkan rumahnya dicat semula, namun berkali-kali wakil Puteri Umno datang memujuk dan menyatakan rumahnya terpilih untuk program ini. Sedangkan ibu tunggal tersebut menyatakan bahawa rumahnya telah sangat uzur dan hanya menunggu masa menyembah bumi.Seluruh rumahnya telah reput dan uzur. " Saya minta YB Nadzri membuat lawatan susulan ke atas rumah ini.
Yang berulangkali diminta oleh ibu tunggal ini kepada wakil Umno yang datang ke rumahnya ialah peruntukan membaiki dan membina rumah, bukannya mengecat. Adakah YB Nadzri tidak mendapatkan maklumat awal sebelum program ini dilaksanakan ?. Adakah beliau tidak sedar atau langsung tidak dimaklumkan Puteri Umno bahawa rumah ini telah reput dan tidak sesuai langsung untuk dicat ?" , ujar beliau dengan nada kesal. " Tambah mengecewakan apabila program yang sangat hebat bunyinya, dengan ucapan seorang Adun yang menyatakan ini tanggungjawab sosial yang dilaksanakan Umno, tiba-tiba hanya mengecat dibahagian hadapan rumah sahaja. Tambahan pula catnya bertompok-tompok yang makin memburukan lagi keadaan rumah tersebut" , sindir beliau yang juga merupakan Ketua cawangan Pas Taman Meru. Tindakan Puteri Umno ini sangat memalukan dan mengaibkan ibu tunggal tersebuti. Umno diingatkan untuk tidak memperalatkan golongan miskin seperti ini. Justeru Pas Kawasan Tambun mengharapkan YB Nadzri dapat mengambil tindakan susulan untuk menyiapkan 'projek Puteri Umno' yang terbengkalai ini. Disamping itu, adalah diharapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dapat meninjau permasalahan ini. Ibu tunggal ini hanya mendapat bantuan sara hidup dari Jabatan Kebajikan disamping mengambil upah menjaga anak kecil. Pas Taman Meru turut menjadikan keluarga ini sebagai penerima bantuan barangan keperluan harian dan wang tunai dari masa ke semasa. " Secara peribadi, saya menyeru semua pihak yang prihatin untuk tampil membantu keluarga ini secara ikhlas. Keperluan sebenarnya ialah mendapatkan sebuah rumah yang selamat untuk didiami mereka. Barangkali Syarikat Perumahan Negara boleh turut membantu keluarga yang menetap di Taman Meru ini" , tambah beliau lagi sebelum mengakhiri perbualan.
GreenBoy : Nak berkhidmat buat le betul-betul.. jangan sekadar melepas batuk di tangga sahaja...
0 comments:
Post a Comment