ISHKKK BETUL-BETUL JAHAT LE PUAK-PUAK KERAJAAN HARAM NI

>> Thursday, October 29, 2009

Semua media arus perdana memaparkan suasana yang begitu tenang di dalam Dewan DUN Perak, seolah mereka sedang bermesyuarat dalam kelambu.. senyap sunyi dan begitu teratur.. dan aman




Rupanya mereka dah merancang macam ni.. macamana teman nak cerita dengan mudah hal ni, ok mcam ni..

Isunya kerajaan haram zambry tu nak luluskan bajet, jadi bila dibenarkan pakatan masuk for sure pakatan akan gangu sebab dia tahu dia kerajaan haram, jadi apa yang mereka buat ialah lewatkan waktu pakatan masuk iaitu 2 jam (tengok dalam surat (di bulat merah)), jadi dalam masa itu lah mereka telah membentang bajet dan meluluskannya... bajet haram tu.

Walaupun begitu kemasukkan para YB Pakatan hadir bukan dari panggilan surat Ganesan tetapi YB Siva..

dan apabila sampai masa untuk pakatan masuk, bajet telah dicadang dan diluluskan dan Ganesan tu umumkan untuk berehat (heran jugak) punya takut kerusi kena ambik, dia x turun dari kerusi dan menunggu sehingga ADUN BN masuk untuk teruskan sidang haram mereka, tmn dengor cerita ada antara Adun BN berbisik-bisik, speaker bodoh tu tengah jadi jaga dewan ha ha ha gelak kecil..

Rakyat tak tahu pun apa yang berlaku,pergelutan di antara YB pakatan dan balaci UMNO/BN para polis dan SB.,

Gambar menunjukan SB mencekik leher Siva..

Read more...

PERLANCARAN 1MALAYSIA DI PERAK BN GAGAL

Perbelanjaan Kerajaan Pusat - RM600,000
(+) Kerajaan Negeri - RM600,000
(+) UMNO - RM300,000
-------------
RM1.5 juta (banyaknya duit diorang, betul ke? )
=========

Bas yang digunakan - 1500 buah
kalau penuh bas - 1500 x 40 = 60,000 orang
Bil penduduk Seluruh Perak (wikipedia bancian 2005) - 2.2 juta orang
Oleh krn tak ada makan,
dema bagi le RM10 sorang,
tapi mula-mula nak bagi RM50,
dan ada dijanji nak bagi RM100 - RM10 x 40(satu bas) x 1500 (bas) = RM600,000

Aih, tu jumlah upah makan,
x kan bas free kot???? baiknya
tokei bas tu, dengor kata dari selangor
pun ada, krn iklannya sampai ke Johor
ok simple congak orang kampung - RM500 (satu bas) x 1500 = RM750,000

jadi ada baki - RM1.5juta - (RM600,000 + RM750,000) = RM150,000

ehmm apa lagi yerk, ok x pe ler kita biarkan ianya berbaki = RM150,000

tapi mengapa teman kata gagal.... ok teman ambil pandangan orang ramai..

Orang DBI yang menyelia Stadium kata "Semua kerusi ada 25,000 je bang.." teman tengok x penuh pun.


Peniaga-peniaga di sekitar stadium kata " bisnes tak le lebat sangat.. sebab mungkin diorang dah masuk ke dalam, malas nak keluar pastu bila habis program diorang balik terus sebab bas tak boleh tunggu lama.." ehmm betul jugakk, sebab esoknya nak angkut budak sekolah pulak.

Cikgu salah sebuah sekolah di Chemor kata " kami diarahkan supaya semua pengawas sekolah berkumpul di sekolah pada pukul 5.30 ptg, sebab bas nak bertolak pukul 6petang, sapa lambat tinggal.." haaa budak sekolah apa diorang tahu, pengundi ker??

Semasa aku balik Kampung di Sungkai, ada makcik tu cerita dia kena tinggal sebab lambat kerana bas bertolak pukul 5 petang, esoknya bila dia tanya kat kengkawan dia penuh ke bas, kawan dia kata ada 2 orang je, sebab bas tak boleh tunggu sebab kena ikut arahan, 2 orang pun jalan jugakkk.. haaa satu bas yang besor tu 2 orang jer??

Perghhh sepanjang jalan nak masuk ke Ipoh sesak dengan Bas, memang le korang bayang le kalau dah 1500 buah bas, ini makna mereka di angkut pergi bukan dengan kerelaan hati...

Ramai yang tak boleh sembahyang kerana fasiliti surau atau tempat solat tidak mencukup dan suasana tidak mengalakkan mereka untuk sembahyang, lain semasa Pakatan memerintah orang ramai boleh solat di tengah padang... dan fasiliti dan suasana mengalakkan untuk sembahyang, penganjur kena bertanggungjawab kepada sesiapa yang tak solat..

dan korang cuba bayangkan kalau diorang buat untuk seluruh negeri - RM1.5juta x 12 = RM18 juta... perh banyak tu...

Read more...

KERAJAAN HARAM ZAMBRY MENGUMPUL RUNTUHAN DAN KEMATIAN

Perkhemahan Kem 1Malaysia, mengorbankan 3 murid sekolah.

3 anak murid sekolah berketuruan Inda maut, akibat sebuah jambatan gantung di Sekolah Korikulum Kuala Dipang runtuh akibat struktur pembinaan yang di buat sambil lewa. Pihak tertentu menyalahkan para peserta melompat-lompat dan menghayun jambatan gantung lalu runtuh..

2 remaja maut melayu di hempap batu banggunan, akibat kerja-kerja meroboh sederet kedai di Jalan Fair Park roboh akibat kerja-kerja yang tidak di kawal selia dengan baik.

GreenBoy : Memang betul takdir Allah siapa boleh halang, tetapi kita di beri akal dan ikhtiar, takziah kami ucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa.

Read more...

YAB MENTERI BESAR DATO' SERI IR HJ NIZAR DI TEMPAT KEJADIAN

Seperti di rancang-rancang tetapi sebenar inilah kuasa tuhan, siapa sangka dalam keadaan kawalan yang ketat oleh MB Haram Zambry tetapi Raja Muda Nazrin masih memilih Dato Seri Nizar yang memberi penerangan apa yang berlaku di tempat kejadian, keratan di atas adalah dari Akhbar Sinar bertarikh 28 Okt 2009.

GreenBoy: bertambah getik le rakyat kat UMNO..

Read more...

APA YANG BERLAKU DI LUAR DEWAN...



Dema cerita dalam media, pakatan lambat masuk... teman akan dedahkan semoga kome semua paham...

Read more...

SIDANG DUN PERAK : KEADAAN DI LUAR BANGGUNAN SUK PERAK

>> Tuesday, October 27, 2009

Polis arahkan AF Ust Azli dan para jemaah untuk bersurai..

Setiap kali sidang DUN ada je muka budak ni, paham ke dia apa yang berlaku... macam tak paham je.. teman rasa ni budak selibin ni..

Ehhh Ketua Muslimat Tambun dan kengkawan pun ada...

Kesian, UMNO arahkan FRU jaga restoran... apa le koman punya polis.. tak pa bila kita perintah nanti kome boleh tido kat rumah..

Nie je yang tinggal, Speaker Siva menunjukkan serpihan jubah yang tinggal selepas berlaku pergelutan dengan Polis yang diarahkan oleh UMNO untuk merampas jubah dari Siva.. apale koman kerja polis ni, kawan teman kata kalau speaker pakai seluar dalam je pun sah bersidang.
PesuruhJaya Perak sempat menunaikan solat hajat..

Solat hajat diimamkan oleh AF Ust Azli Musa

Read more...

PERUTUSAN DATO' SERI PRESIDEN

>> Monday, October 26, 2009

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

Read more...

PAS KAWASAN TAMBUN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

>> Sunday, October 25, 2009

Kelihatan En Mansor yang cuba memasukki rumahnya untuk menyelamatkan barang-barangnya.
Kelihatan anggota Bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Sdr Zairul bersama mangsa setelah berjaya menenangkannya yang cuba memasukki rumahnya untuk menyelamatkan barang-barangannya.

Sdr Zairul menyampaikan sumbangan dari PAS Kawasan Tambun.

25okt09 : Satu kebakaran yang mengakibatkan sebuah rumah di Jalan Belida Kg SgTapah, Ipoh, kebakaran yang berlaku pada jam 12.15pm itu telah sempat diselamatkan selepas kehadiran 2 buah jentera bomba, berikutan dengan itu pihak bomba telah menghadapi sedikit masalah kerana di tempat kejadian tiada pili bomba. En Mansor tuan rumah itu menceritakan semasa beliau sedang mencuci kereta, beliau terkejut apabila secara tiba-tiba bilik hadapan rumahnya dipenuhi asap yang tebal dan beliau telah meminta tolong kepada jiran untuk menghubungi bomba, beliau juga amat kesal kerana tiada barangan yang berharga dan dokumen dapat diselamatkan, kerana kejadian begitu pantas.

Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun yang telah mula-mula hadir ke tempat kejadian dan sempat membantu En Omar, "Saya melihat beliau untuk cuba masuk ke dalam rumah, lantas saya dapatkan beliau dan menenangkan supaya dia tidak masuk ke dalam kerana kemungkinan akan membahayakan dirinya" Ujarnya, beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan mewakili PAS Kawasan Tambun dan menawarkan khidmat Unit Amal untuk membantu beliau selepas keadaan kembali tenang.

Walaubagaimanapun punca kejadian dan nilai kerosakan masih di siasat oleh pihak berkuasa.

Read more...

HARI KELUARGA AJK PAS TAMBUN

>> Thursday, October 22, 2009























Read more...

SAYAP UMNO BERADU LENGGAN

>> Thursday, October 15, 2009

(klik gambar untuk gambar yang lebih jelas dan memuaskan)

Di antara Pemuda, Wanita dan Puteri lenggan siapa yang lebih besor..

Read more...

UMNO MENGGUNAKAN "MEDIA BULLY" DI SEPANJANG PERSIDANGAN AGUNGNYA


15 Okt 09, Ipoh: Sepanjang persidangan Agung UMNO mereka menggunakan media dikuasainya dengan menayangkan seluruh persidangan di media samada cetak dan elektronik, sehingga rakyat menjadi di buli dan paksa untuk melihat lawak jenaka kosong dan ucapan-ucapan yang tidak membina.

Sehinggakan mereka menggunakan seluruh berita perdana sebagai pentas untuk mengaburi pemikiran rakyat dengan janji dan slogan yang murah dan tidak berasas.

"Saya melanggan TV berbayar untuk menonton dan berhibur, bukan untuk menyesakkan fikiran dan jiwa saya dengan agenda UMNO ni." Kata seorang pegawai kerajaan di Ipoh, yang mahu dikenali sebagai Puan Hajjah.


Read more...

BETAPA HINANYA MANUSIA INI...

>> Wednesday, October 14, 2009

IPOH, 14 Okt: Mahkamah Sesyen Ipoh diberitahu, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang meminta seorang agen sebanyak RM100,000 untuk membantu meluluskan projek bernilai RMN180,000 di Seri Iskandar.

Agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), Mohamad Imran Abdullah telah menceritakan hal ini dalam perbicaraan kes rasuah terhadap enam orang termasuk dua Adun PKR yang melompat menjadi Adun bebas.

Beliau memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas ahli majlis Perak Tengah, Zul Hassan, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail and jurutektik dari Lembaga Pembanguna Perak, Ruslan Sahat.

Mereka didakwa bersama bekas Exco, Mohd Osman Mohd Jailu, 57, Jamaluddin Mohd Radzi, 52 dan bekas ahli Majlis Perak Tengah Usaili Alias, 56.

Tuduhan ke atas Ruslan telah digugurkan kerana telah meninggal dunia.

Selepas didakwa, Osman dan Jamaludin kemudiannya telah meninggalkan PKR dan menjadi Adun Bebas yang pro-Umno. Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah jatuh.

Menurut cerita Imran, beliau mulanya bersama seorang pegawai BPR yang berlakun sebagai teman wanitanya telah membawa bersama mereka tiga wanita warganegara Cina, satu kotak Carlsberg dan meninggal RM2,000 wang untuk mereka bertiga di sebuah hotel dekat Batu Feringi.

Image(Gambar:Jamaludin dan Osman di Mahkamah Sesyen semalam)

Selepas beberapa hari kemudian, Imran menemui Osman Jailu dan Usaili Alias di sebuah coffe house di Bukit Mertajam untuk menyerahkan wang bernilai RM5,000 kepada Osman.

Imran berkata, Osman tidak menerimanya tetapi memberikan isyarat agar ia diserahkan kepada Usaili.

Selepas menyerahkan wang itu, Imran berharap projeknya diluluskan segera, namun Usaili meminta lebih banyak wang untuk meluluskannya iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000.

"Saya bertanya, mereka yakin ke hendak RM30,000 ke RM50,000 sahaja kerana projek itu bernilai RM180 juta.

"Mohd Osman kemudiannya berkata, "RM100,000".

Pada 19 Ogos datanglah hari mereka mereka nantikan itu. Ia berlaku di sebuah restoran di Bukit Mertajam.

Imran telah meletakkan sebuah beg tangan yang mengandungi wang tunai RM100,000 di atas meja.

"Saya bukakan beg itu dan tunjukkan Mohd Osman wang itu. Dia melihatnya dan mengarahkan saya untuk serahkannya kepada Usaili," beritahu Imran.

Usaili kemudiannya menarik beg itu ke arahnya.

Imran kemudian memohon diri untuk pergi dan serentak dengan itulah juga pegawai BPR masuk dan menangkap mereka.

Perbicaraan bersambung _

Read more...

JAMUAN HARI RAYA PAS NEGERI PERAK

>> Wednesday, October 07, 2009



Read more...

UMNO SUDAH HABIS MODAL

KEMASKINI: BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Read more...

KETUA PUTERA DIMASUKKAN KE HOSPITAL PARAH AKIBAT DI CUIT PENYOKONG PAS

>> Monday, October 05, 2009

Akibat di cuit oleh penyokong PAS ini, Abdul Azeez telah dimasukkan ke hospital kerana cedera parah, abdomen menjadi pecah, tengkuk terseliat kulitnya hingga ke dada, umblicalnya terburai hingga menampakan tali perut, tanggannya patah riuk hingga terkeluar tulang-tulang kecil, matanya tersembul akibat di cuit tadi sehingga menampak mata hitam dan kornea matanya menjadi kemerahan dan beransur menjadi bernanah dan mengeluarkan bau yang sedikit hanyir.

Pada belah kakinya angklenya tertanggal dari tulang sendi sehingga menjadinya tidak dapat berjalan sepanjang hayat dan boleh diisytiharkan parallise seumur hidup (boleh claim epf nie). Betapa tulang punggung terseburai sehingga terkeluar semua n...snya termasuklah roti canai dan tosei bersama daging kambing yang dijamah pagi tadi.

Bukan itu sahaja mulut dan pipinya menjadi kehitam-hitaman yang boleh dilihat seperti di dalam gambar, seakan beransur pucat dan tidak bermaya, lemah anggotanya sehingga terpaksa mengunakan kerusi roda dan hanya boleh bercakap bila Najib datang sahaja...

Mengapa teman hampir percaya:

i. Baju bersih je, x nampak satu jalur pun kena belasah
ii. Teman tanya sahabat teman Suhaizan Kayat, ko nampak ke ada darah ke bengkak ke? dia kata masa tu dia sembang bab lain.
iii. Takkan le peristiwa penting ketua putera kena belasah tak der satu kamera yang buat rakaman
iv. Memang jenis ni sama je kaki kelentong , Zambrey Pangkor pun sama juga. Ko pembeli kereta boleh le ko klentong.


GreenBoy : Pergh auta betul ko Azeez, semua berlakon yang teman lagi sampai nak percaya tu benda ni berlaku selepas solat 'maghrib' terasa loya-loya nak muntah, pening pastu bacaan darah 165/95 haaaaaaaa hoi cukup le menipu tu. Teman nak bagitau tu baru cuit, belum ke penumbuk orang PAS

Read more...

MAJLIS RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN TAMBUN HEBAT & MERIAH

>> Sunday, October 04, 2009








Team Muslimat & Nisa' dengan ABC dan Cendol, dengarnya tak cukup-cukup.. samada Muslimat yang jaga atau memang power ABCnya.

Ini le team pemuda yang menyiapkan Kopi 'O' yang memang mencetuskan kontroversi sehingga diperkatakan sehingga ke Bagan Pinang. kelihatan Ust Latif dan para pembantu begitu serius menyiapkan Kopi 'O' panas yang tak putus-putus permintaannya.

Apsal tinggal banyak tu satenya, korang sorok yerk.. hamzah nak pegi mana tu..? Bab bergambar memag korang le orangnya.

Memang sporting... best le
Ini team nisa' bergambar dengan orang lama dalam Tambun, Puan Zamrudoh, terima kasih kerana menambahkan warna 'purple' di Majlis ini..

Penyambut tetamu yang telah di beri kebenaran untuk memakai baju melayu lengkap oleh para Isteri, tetapi hanya untuk 2 jam sahaja..

Ini Sdr Zahari, beliaulah pengasas pusat tahfiz di jalan nak masuk ke Manjoi tu.. terima kasih kerana sudi hadir
Santai je, baru le sempoi.

Pak Salleh Bakar pun hadir..
Kehadiran anak-anak yatim dari Chemor, telah mencuri pandangan orang ramai kerana hadir dengan pakaian yang seragam, memang cantik

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP