SARANKAN ADUN MANJOI SEDIAKAN KERETA KUDA

>> Saturday, September 26, 2009




27sept,Manjoi: Adun Manjoi disarankan menyediakan perkhidmatan kereta kuda mengantikan pengangkutan awam di Gugusan Manjoi khasnya, ini adalah kerana tiada satu usaha beliau untuk mengalakan orang ramai menaiki kenderaan awam, ini mengakibatkan pengusaha-pengusaha kenderaan awam 'tawar hati' menyediakan perkhidmatan kenderaan awam masuk ke Manjoi.

Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin mengatakan perkara tersebut di kepada wartawan di Rumah Terbuka Parlimen Bukit Gantang di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Gantang, Simpang, Taiping. Isu ini timbul apa ADUN Manjoi Dato' Nadzri Ismail merayu kepada pengusaha pengangkutan Awam menyediakan perkhitmatan lebih kerap kerana ia menimbulkan kepayahan kepada orang awam yang tiada kenderaan sendiri.

Sdr Zairul Azrun selaku Ketua Pemuda Tambun juga menyarankan supaya kereta-kereta kuda diadakan selain dari menyediakan kemudahan kepada orang ramai ianya juga boleh menarik pelancong untuk datang ke Gugusan Manjoi, kerana sudah hampir 5 tahun Gugusan Manjoi diwujudkan tetapi ianya masih pada tahap yang teruk, prasarana-prasarana yang diwujudkan semasa Pak Lah dulu telah semakin rosak dan rosak.

Pimpinan Barisan Nasional ini cakap sahaja pandai tetapi semuanya kosong, ini tidak seperti Pakatan Rakyat yang telah menyediakan One Stop Transport services di Taman Meru yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan kepayahan masyarakat yang tiada kenderaan sendiri.

1 comments:

Malaysian September 27, 2009 at 8:49 AM  

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP