SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG HAMBAR DAN PALING TIDAK BERJAYA

>> Tuesday, September 01, 2009



Sumber dari http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/31/mstar_berita/20090831092539&sec=mstar_berita

Betapa tidak berjayanya Kerajaan Barisan Nasional dalam menerapkan rasa cinta atau semangat Patriotik di kalangan rakyat walaupun sudah memerintah selama 52 tahun, ini dibuktikan dengan sambutan perayaan kemerdekaan kali ke 52 yang disambut di perkarangan Parlimen, yang rata-rata kehadiran hanya 5,000 orang, berbandingkan betapa Pakatan Rakyat mampu mengerakkan hampir 100,000 orang untuk menghadiri demo rakyat mansuhkan ISA baru-baru ini.

Sepatutnya setelah 52 tahun memerintah perayaan yang dianjurkan diperingkat Nasional seperti Sambutan Kemerdekaan ini perlulah di buat secara besar-besaran dan kehadiran rakyat yang ramai hendaklah dibuktikan oleh rakyat itu sendiri tanpa ada arahan atau upah untuk hadir.

Kehadiran rakyat yang ramai tanpa di arah atau di upah adalah satu pentanda bertapa rakyat sanggup jatuh dan banggun bersama kerajaannya, ini kalau setakat 5,000 orang ini bukan program peringkat Nasional, Rukun tetangga Kg Sg Tapah pun mampu mengumpul seramai tu.

GreenBoy : Bukan apa, rakyat dah GETEK dengan BN ni tu jer... teman sokong Ketua Pemuda Tambun kerana perlancaran kempen KUME DAH GETEK DENGAN UMNO

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP