ZAHID HAMIDI MEMALUKAN SEK MEN AGAMA IZZUDDIN

>> Monday, January 05, 2009

Lawatan Drs. Khalil ke Tadika KEMAS diDUN Titi Serong pagi semalam.


Sdr Zairul dalam temuramah dengan wartawan nasional.

05 Jan 09 Ipoh.: Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin telah membuat laporan polis terhadap fitnah yang dibuat oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi .

Zahid dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia yang bertarikh 04 Jan 2009 memfitnah bahawa kononnya kerajaan negeri Perak telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu. Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan tersebut.

Zairul berkata, “Sebenarnya tidak ada berlaku sebagaimana dakwaan Zahid tersebut. Isu tersebut sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.”

Zahid tidak seharusnya memfitnah MB Nizar. Beliau yang baru pulang mengerjakan haji tidak seharusnya bertindak dan bersikap seperti Abu Jahal yang gemar membuat fitnah terhadap Rasulullah,” jelas Zairul.

Sementara itu, MB Nizar telah menyatakan tidak berlaku apa yang dinyatakan dan tiada satu arahan dari Kerajaan Negeri selama pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Perak untuk menutup atau mengganggu perjalanan Tabika KEMAS. Sila baca tulisannya di sini .

Ini adalah di antara agenda-agenda jahat Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, yang semakin terdesak sejak kebelakangan ini.



0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP