Cerita Sebenar Isu Gerai PLB di Sungai Siput, Perak

>> Monday, January 19, 2009

Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.

Penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.

Penyewa tersebut juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

-Cina Islam-

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP