DATO' SERI TAJOL ROSLI LETAK JAWATAN

>> Wednesday, January 28, 2009


Bertanggungjawab tindakan Adun Bota sertai PKR

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman.

Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.


greenboy - Tahniah Datuk Seri baru le pro...

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP