DEWAN PEMUDA PAS TAMBUN MEMBANTU DANA RM1JUTA RAKYAT PERAK UNTUK PALESTIN

>> Monday, January 19, 2009



Pada majlis pelancaran Dana RM1juta Rakyat Perak untuk Gaza Palestine, YAB Berhotmat Menteri Besar telah sempat melancarkan Unit Penerangan Bergerak untuk tujuan Dana tersebut, oleh kerana kelewatan disebabkan petugas-petugas Pemuda PAS Tambun khususnya yang bertugas di Kuala Treangganu, program menjelajah pasar-pasar malam dan di mana sahaja tempat tumpuan orang ramai telah bermula pada 18 jan baru-baru ini.

Sambutan orang-ramai amat mengalakkan ini berdasarkan kepada kutipan yang di terima, Unit Penerangan ini dilengkapi dengan set genarator kuasa, PA System, Set Multimedia dan beberapa bahan yang disediakan oleh beberapa orang Pemuda yang menjadi sukarelawan.

Program penerangan yang bermula jam 7 ptg dan tamat pada 9.30 malam itu sedikit sebanyak telah memberi gambaran yang jelas betapa zalimnya zionis terhadap rakyat Gaza Palestine.

Tuan-tuan dan Puan-puan tunggulah ditempat anda kami akan sampai, InsyaAllah.

-greenboy-

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP