DATO' SERI TAJOL ROSLI LETAK JAWATAN

>> Wednesday, January 28, 2009


Bertanggungjawab tindakan Adun Bota sertai PKR

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman.

Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.


greenboy - Tahniah Datuk Seri baru le pro...

Read more...

NAJIB MEMANGKU PERHUBUNGAN UMNO PERAK

Gaya salam+ciuman "hadhari al-mauta" - greenboy


Setelah Dato' Seri Tajol mengundurkan diri dari jawatan yang ber'blink-blink' di Perhubungan Umno Negeri Perak, ada sosek-sosek mengatakan TPM akan memangku jawatan tersebut, ini adalah sumber yang 30% yang boleh dipercayai, harap siapa yang berminat boleh semak dan buat analisa.

Read more...

DEWAN PEMUDA PAS TAMBUN MEMBANTU DANA RM1JUTA RAKYAT PERAK UNTUK PALESTIN

>> Monday, January 26, 2009


26 Jan 09, Ipoh: Setelah seminggu menjalankan aktiviti penerangan bergerak untuk mengutip derma bagi melengkapkan Dana RM1juta Rakyat Perak, DPPas Kawasan Tambun telah berjaya mengumpul RM10,522.85 dan diserahkan kepada YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di Masjid Negeri Perak di Ipoh, selepas solat sunat gerhana matahari. Wang tersebut adalah di antara derma dan sumbangan dari orang ramai, dan disampaikan kepada Jameei. Deligasi pertama yang akan berangkat ke Gaza pada 27 Jan , semoga sumbangan yang kecil ini akan mengurangkan beban dan himpitan rakyat Gaza di Palestin.

Terima kasih para pederma semoga ibadah di terima Allah.

Read more...

KAMI RINDUKAN MU USTAZ..

>> Tuesday, January 20, 2009


Sedang teman tercari-cari gambar untuk dimuatkan di blog ini teman terjumpa klip ini, ....... sahabat semua saksikan sendiri, sedekahkan al-fatihah kepada beliau..

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU CINA

>> Monday, January 19, 2009


Read more...

DEWAN PEMUDA PAS TAMBUN MEMBANTU DANA RM1JUTA RAKYAT PERAK UNTUK PALESTIN



Pada majlis pelancaran Dana RM1juta Rakyat Perak untuk Gaza Palestine, YAB Berhotmat Menteri Besar telah sempat melancarkan Unit Penerangan Bergerak untuk tujuan Dana tersebut, oleh kerana kelewatan disebabkan petugas-petugas Pemuda PAS Tambun khususnya yang bertugas di Kuala Treangganu, program menjelajah pasar-pasar malam dan di mana sahaja tempat tumpuan orang ramai telah bermula pada 18 jan baru-baru ini.

Sambutan orang-ramai amat mengalakkan ini berdasarkan kepada kutipan yang di terima, Unit Penerangan ini dilengkapi dengan set genarator kuasa, PA System, Set Multimedia dan beberapa bahan yang disediakan oleh beberapa orang Pemuda yang menjadi sukarelawan.

Program penerangan yang bermula jam 7 ptg dan tamat pada 9.30 malam itu sedikit sebanyak telah memberi gambaran yang jelas betapa zalimnya zionis terhadap rakyat Gaza Palestine.

Tuan-tuan dan Puan-puan tunggulah ditempat anda kami akan sampai, InsyaAllah.

-greenboy-

Read more...

Cerita Sebenar Isu Gerai PLB di Sungai Siput, Perak

Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.

Penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.

Penyewa tersebut juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

-Cina Islam-

Read more...

POLITIK ORANG TUA YANG TIDAK BOLEH DI DUGA

BN tidak dapat menghidu atau memang mereka sudah terlalu lama untuk memikirkan strategi baru dalam konteks lanskap politik yang baru, BN masih lagi menggunakan isu yang terlalu kuno untuk meraih undi samada dalam PRU-12, PRK Permatang Pauh dan terbaru PRK Kuala Trengganu.

Masih lagi menggunakan Isu Hudud dalam pilihanraya terbaru, apakah Najib tidak nampak atau merasakan pengundi TiongHua sudah muak dengan strategi "ugut dan gertak" ini, dan apakah SB BN tidak memberi gambar yang menunjukkan budak muda Cina dan India telah menyelimut tubuh mereka dengan bendera PAS?














Apa yang lebih cantik lagi ialah apabila 2 orang tua yang mengiyakan isu-isu ini dan supaya menampak isu ini lebih 'real' seolah-olah 2 parti yang begitu intim ini nampak seolah-olah 'retak menunggu belah', Ishkk kadang-kadang orang tua ni memang hebat, maklumlah kalau kelapa makin tua makin banyak lemaknya, lagi sedap.

Apa-apa pun kepada orang Tambun jangan leka, banyak kerja yang perlu di buat dan di bereskan.

-greenboy-

Read more...

P.036 PAS HANTAR WAHID ENDUT KE PARLIMEN

ALHAMDULILLAH KITA BERJAYA !! TAHNIAH SEMUA TERUTAMA PETUGAS-PETUGAS PAS DARI TAMBUN DAN KEPADA YANG TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MENYERTAI TERIMA KASIH DENGAN DOA DAN MUNAJAT SAHABAT SEKALIAN.

Read more...

TABUNG SUMBANGAN MOHD SYAILA

>> Sunday, January 11, 2009

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun telah melancarkan Tabung Sumbangan Mohd Syaila, sesiapa yang ingin turut menyumbang boleh salurkan kepada Sdr Zairul, Helmi, Ust Latif, Aidil, dan Azmi. Semoga sumbangan sahabat sekalian akan mengurangkan bebanan keluarga beliau.

Read more...

SDR MOHD SYAILA TENAT

>> Friday, January 09, 2009

Kepada sesiapa yang berkelapangan silalah ziarah sahabat kita Sdr Syaila yang kini berada dalam keadaan tenat di Hospital Besar Ipoh di Wad 7D. Beliau telah dimasukkan ke wad pada awal pagi ini.

Dan digalakkan bersolat hajat untuk sahabat kita ini.

Read more...

UMNO TERDESAK GUNAKAN PELAJAR KEMAS

>> Wednesday, January 07, 2009













Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat

Tue Jan 06, 09 8:30:44 pm MYT
MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."
Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.
Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?
Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.
Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.
Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.
Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.
Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.
Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!
Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.
Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.
Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.
Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.
Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.
Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.
Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.
Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.
Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.
Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.
Dr Khairuddin Dato' Abd Malik
YDP PAS Kawasan Tambun

Read more...

ROAD TO KUALA TRENGGANU

>> Monday, January 05, 2009



Mulai dari tarikh semalam ahli PAS kawasan Tambun telah bertolak ke Kuala Trengganu dalam misi membantu calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil P036.

Para petugas telah ditaklimat oleh Setiausaha Kawasan Tambun Sdr Ahmad Faizal dalam kuliah Politik semalam diperkarangan Pejabat PAS Kawasan Tambun, dalam taklimat tersebut beliau sedikit sebanyak telah memaklumkan ciri-ciri keselamatan kepada petugas dan kaedah untuk pergi ke pos yang ditetapkan.

Kutipan juga di buat dalam majlis tersebut, dan dalam sessi taklimat itu juga pengagihan kumpulan telah dibentuk.

Selamat bertugas dan Bulatkan Niat Kerja kerana Allah. (NIAT KENA JAGA)

Read more...

ZAHID HAMIDI MEMALUKAN SEK MEN AGAMA IZZUDDIN

Lawatan Drs. Khalil ke Tadika KEMAS diDUN Titi Serong pagi semalam.


Sdr Zairul dalam temuramah dengan wartawan nasional.

05 Jan 09 Ipoh.: Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin telah membuat laporan polis terhadap fitnah yang dibuat oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi .

Zahid dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia yang bertarikh 04 Jan 2009 memfitnah bahawa kononnya kerajaan negeri Perak telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu. Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan tersebut.

Zairul berkata, “Sebenarnya tidak ada berlaku sebagaimana dakwaan Zahid tersebut. Isu tersebut sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.”

Zahid tidak seharusnya memfitnah MB Nizar. Beliau yang baru pulang mengerjakan haji tidak seharusnya bertindak dan bersikap seperti Abu Jahal yang gemar membuat fitnah terhadap Rasulullah,” jelas Zairul.

Sementara itu, MB Nizar telah menyatakan tidak berlaku apa yang dinyatakan dan tiada satu arahan dari Kerajaan Negeri selama pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Perak untuk menutup atau mengganggu perjalanan Tabika KEMAS. Sila baca tulisannya di sini .

Ini adalah di antara agenda-agenda jahat Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, yang semakin terdesak sejak kebelakangan ini.



Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP