Sekitar Ceramah Isu-isu Semasa Bersama Menteri Besar

>> Friday, May 16, 2008


Satu Ceramah Perdana telah diadakan di Stadium Mini Manjoi (Sungai Tapah) malam tadi.Di anggarkan hampir 5 ribu kehadiran memenuhi ruang stadium mini tersebut.

Selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Ir Nizar Mohammad telah turut menyampaikan ucapannya.

Nizar telah mengumumkan berita baik kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya bagi mereka yang berstatus sebagai gulungan Miskin Tegar dan Ibu Tunggal yang tinggal dalam negeri Perak ini.Terdapat sejumlah 5 ribu rakyat yang tergulung dalam gulungan tersebut.Angka tersebut diambil dari satu data yang telah sedia ada.

Tiada pemilihan berdasarkan fahaman parti samada PAS, Umno, PKR atau DAP.Semua yang miskin tegar dan Ibu Tunggal akan dapat.Tetapi agihan bantuan tersebut adalah atas lambang kerajaan Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR.Dulu hanya satu sahaja (merujuk kepada bantuan yang berlambangkan dacing BN-alHusseyn)

Baru sahaja 60 hari Pakatan Rakyat memerintah Perak namun, sebagai membuktikan program kebajikan dapat dilaksanakan walaupun duit dah habis licin disapu oleh kerajaan dahulu,Nizar mengumumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1juta bagi tujuan membantu rakyat Perak yang Miskin Tegar termasuk juga para Ibu Tunggal.

Bantuan tersebut bagi setiap keluarga berupa 30 Kilo beras , 5 kampit gula , 2 kilo minyak masak dan wang belanja RM 100/-.







0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP