Radio Perak.fmTidakProfessional

>> Saturday, May 17, 2008


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar mempunya jadual lawatan kerja yang begitu ketat semalam.Berbula di sebelah paginya di Stadium Indra Mulia, tenganharinya di Batu Gajah dan Malim Nawar ,disebelah petang pula hadhir di Dewan Orang Ramai Gopeng , kemudian, makan malam bersama Tuanku Sultan Perak di Hotel Kasuarina kerana meraikan Pemain Hoki Piala Sultan Azlan Shah, terus pula ke majlis ceramah perdana di Stadium Mini Sungai Tapah dan hanya selesai jam 12.00 tengah malam!

Kesemua acara yang melibatkan lawatan kerja ( tidak termasuk makan malam di Hotel Kasuarina itu telah mendapat sambutan rakyat dari berbilang keturunan.

Tidak ada pemberita dari pihak media perdana atau stesyen TV / radio tempatan hadir sama dalam mana-mana majlis tersebut untuk membuat liputan berita tentang aktiviti seorang ketua dalam sebuah negeri seperti Perak ini, semata-mata pemboikotan mereka yang berencana terhadap negeri yang dibawah perintah Pakatan Rakyat.

Akibatnya,maklumat yang sebenar tidak dapat disalurkan kepada rakyat.Pernah suatu ketika pada hari Jumaat,beliau telah menerima panggilan talipon bertali arus dari lima buah masjid berlainan daerah bertanyakan " Pukul berapa Datuk Seri sampai?"

"Musuh kita telah menyibarkan khabar-khabar angin tentang kehadiran saya dimasjid-masjid tertentu supaya apabila saya tidak datang , maka orang ramai akan mentohmahkan saya dengan pelbagai rupa, itulah tujuan mereka" jelas Nizar.

Lantaran itu , Nizar amat keciwa dengan sikap pihak media terutamanya Radio Ipoh sendiri, dimana permintaannya sebagai seorang MB Perak untuk mendapatkan slot setengah jam dalam seminggu bagi menyampaikan maklumat yang sebenar kepada rakyat negeri Perak tidak mendapat layanan langsung.

Ehsan Al-Hussyein.blogspot.com

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP