MB Akan Mengadap Sultan Perak
>> Thursday, May 08, 2008
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikatakan akan menghadap Sultan dan Raja Muda Perak bagi mempersembahkan kenapa tindakan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Haji Jamry Sury perlu dibuat.
"Saya yakin MB mempunyai sebab yang kukuh kenapa tindakan memindahkan Jamry perlu dibuat serta merta, namun beliau terlepas pandang prosedur menyembah perkara itu terlebih dahulu kepada Sultan Perak," kata sumber Siasah.
Sehubungan itu, katanya, MB sedang membuat persiapan lengkap untuk menyembahkan secara rasmi perkara itu kepada Sultan dan Raja Muda Perak.
Jamry telah diarahkan berpindah keluar dari pejabat Jaip oleh MB Perak berikutan beberapa tindakan beliau yang dianggap tidak wajar dan membelakangi kerajaan negeri dalam urusan Jaip walaupun kerajaan negeri yang baru sudah mencecah 40 hari ketika itu.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak dipersetujui oleh Istana Perak kerana tindakan itu tidak dimaklumkan kepada Sultan dan Raja Muda Perak terlebih dahulu.
Dalam penjelasan Istana Perak, langkah ini kerana Jamry adalah "juga berperanan sebagai setiausaha kepada MAIAMP (Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak).".
Ini kerana, Istana Perak berpandangan,"Bahawa lantikan yang berbahagia Datuk Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak."
Namun, Karpal Singh beranggapan Sultan Perak bertindak secara yang tidak tepat.
Ekoran itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham telah mendapat tekanan dari para pemimpin Umno Perak.
0 comments:
Post a Comment