Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Tambun Ke22

>> Saturday, May 17, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tambun ke-22 sedang bermula, di antara shaf kepimpinan PAS kawasan, dan YB Ir Hj Amiruddin sebagai perasmi.


Ucapan alu-aluan YDP kawasan Tambun, Ybhg Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.

Read more...

Radio Perak.fmTidakProfessional


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar mempunya jadual lawatan kerja yang begitu ketat semalam.Berbula di sebelah paginya di Stadium Indra Mulia, tenganharinya di Batu Gajah dan Malim Nawar ,disebelah petang pula hadhir di Dewan Orang Ramai Gopeng , kemudian, makan malam bersama Tuanku Sultan Perak di Hotel Kasuarina kerana meraikan Pemain Hoki Piala Sultan Azlan Shah, terus pula ke majlis ceramah perdana di Stadium Mini Sungai Tapah dan hanya selesai jam 12.00 tengah malam!

Kesemua acara yang melibatkan lawatan kerja ( tidak termasuk makan malam di Hotel Kasuarina itu telah mendapat sambutan rakyat dari berbilang keturunan.

Tidak ada pemberita dari pihak media perdana atau stesyen TV / radio tempatan hadir sama dalam mana-mana majlis tersebut untuk membuat liputan berita tentang aktiviti seorang ketua dalam sebuah negeri seperti Perak ini, semata-mata pemboikotan mereka yang berencana terhadap negeri yang dibawah perintah Pakatan Rakyat.

Akibatnya,maklumat yang sebenar tidak dapat disalurkan kepada rakyat.Pernah suatu ketika pada hari Jumaat,beliau telah menerima panggilan talipon bertali arus dari lima buah masjid berlainan daerah bertanyakan " Pukul berapa Datuk Seri sampai?"

"Musuh kita telah menyibarkan khabar-khabar angin tentang kehadiran saya dimasjid-masjid tertentu supaya apabila saya tidak datang , maka orang ramai akan mentohmahkan saya dengan pelbagai rupa, itulah tujuan mereka" jelas Nizar.

Lantaran itu , Nizar amat keciwa dengan sikap pihak media terutamanya Radio Ipoh sendiri, dimana permintaannya sebagai seorang MB Perak untuk mendapatkan slot setengah jam dalam seminggu bagi menyampaikan maklumat yang sebenar kepada rakyat negeri Perak tidak mendapat layanan langsung.

Ehsan Al-Hussyein.blogspot.com

Read more...

Sekitar Ceramah Isu-isu Semasa Bersama Menteri Besar

>> Friday, May 16, 2008


Satu Ceramah Perdana telah diadakan di Stadium Mini Manjoi (Sungai Tapah) malam tadi.Di anggarkan hampir 5 ribu kehadiran memenuhi ruang stadium mini tersebut.

Selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Ir Nizar Mohammad telah turut menyampaikan ucapannya.

Nizar telah mengumumkan berita baik kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya bagi mereka yang berstatus sebagai gulungan Miskin Tegar dan Ibu Tunggal yang tinggal dalam negeri Perak ini.Terdapat sejumlah 5 ribu rakyat yang tergulung dalam gulungan tersebut.Angka tersebut diambil dari satu data yang telah sedia ada.

Tiada pemilihan berdasarkan fahaman parti samada PAS, Umno, PKR atau DAP.Semua yang miskin tegar dan Ibu Tunggal akan dapat.Tetapi agihan bantuan tersebut adalah atas lambang kerajaan Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR.Dulu hanya satu sahaja (merujuk kepada bantuan yang berlambangkan dacing BN-alHusseyn)

Baru sahaja 60 hari Pakatan Rakyat memerintah Perak namun, sebagai membuktikan program kebajikan dapat dilaksanakan walaupun duit dah habis licin disapu oleh kerajaan dahulu,Nizar mengumumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1juta bagi tujuan membantu rakyat Perak yang Miskin Tegar termasuk juga para Ibu Tunggal.

Bantuan tersebut bagi setiap keluarga berupa 30 Kilo beras , 5 kampit gula , 2 kilo minyak masak dan wang belanja RM 100/-.







Read more...

PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA OKU

>> Thursday, May 15, 2008

Cikgu Yop mantan Ketua Kampung Kg Tg Hussein, sedang membaca ucapan terima kasih kerana sumbangan yang disampaikan.

Kelihatan Zairul Azrun, Imamzul, Nayan, Cikgu Yop dan AJK Pusat Jagaan OKU Kg Tg Hussein, dalam majlis penyampaian sumbangan berupa kerusi roda dan alat bantuan OKU.

Read more...

CERAMAH ISU SEMASA BERSAMA MB PERAK

>> Wednesday, May 14, 2008


Ini adalah Stadium Mini Gugusan Manjoi atau lebih dikenali dgn Stadium Hj Nizar, kerana ini adalah julung-julung kali ianya akan digunakan untuk tujuan ceramah secara besar-besaran, walaupun stadium ini mempunyai cerita yang kontroversi marilah kita lupakan seketika dan beri tumpuan kepada Ceramah esok, tempatnya bersebelahan dengan Pejabat Tanah Daerah Kinta Kg Sg Tapah.

Read more...

MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN TAMBUN

>> Tuesday, May 13, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tambun Kali-22


Perasmi : YB. TUAN HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH
Pada : 12 J'awwal 1429 / 18 Mei 2008 (Ahad)
Jam : 8 pagi
Tempat : Dewan Taman Meru, Ipoh.


Para Perwakilan dan Pemerhati Diwajibkan memakai pakaian yang Kemas

Read more...

APA DAH JADI DGN MINTA MAAF

>> Saturday, May 10, 2008

Dato' janganlah macamni buat kacau kat merata tempat, kan ke dah kecoh sekarang, dalam keadaan sekarang siapa yang guna isu perkauman? Jangan jadi kepoh, fikir dulu sebelum bertidak, sumbang sangat langkahnya.

Dalam isu sekarang bukan masa kita nak menghina Sultan atau menderhaka, ini adalah adalah berkenaan dengan pendapat seorang yang berilmu, jangan tunjukkan tidak cerdiknya kepada rakyat, nanti orang lagi 'getik' dengan UMNO nie.



Dulu To' Hisham dah minta maaf, dan tak mahu lagi main keris, sekarang Dr Zambri pulak guna isu dengan ini dengan semangat kaum.

Jadi ini sapa nak jawab pulak dengan betapa kurang ajar dengan orang UMNO menderhaka dengan baginda Tuanku dalam perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Trengganu.

Fikir.. sekarang rakyat dah semakin bijak Dato'

Read more...

Ijtima' PAS Kawasan Tambun

>> Thursday, May 08, 2008

Program Bulanan PAS Kawasan Tambun

Tarikh : 08 Mei 2008
Masa : Maghrib - solat berjemaah
Tempat : Surau Al-Qiadah,
Jalan Dato', Kg Manjoi


Aturcara :
7.20 mlm : Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah
- Solat Isya'
- Taklimat Semasa
- Liqa' Fikr
Oleh : AF Ust Ahmad Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
11.30 mlm : Bersurai

Read more...

RM200 elaun Ketua Kampung Perak - Hanya yang jujur akan kekal

IPOH: Seramai 817 ketua kampung di Perak kini akan hanya menerima elaun bulanan RM200 daripada kerajaan negeri tanpa elaun tambhan RM400 sebulan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Beliau berkata dengan demikian, jawatan ketua kampung tidak lagi akan menjadi rebutan seperti sebelum ini disebabkan ganjarannya, sebaliknya jawatan itu akan diisi oleh mereka yang benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya ketua kampung yang baru juga tidak lagi akan dibenar melaksanakan sendiri pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing seperti sebelum ini. "Projek-projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah tertentu dan bukannya diserahkan kepada ketua kampung untuk melaksanakan dan menentukan kontraktor mana nak buat. Jadi, ketua kampung tidak mempunyai banyak projek untuk mereka melaksanakannya seperti sebelum ini.

"Itu sebab dulunya jawatan ketua kampung itu dicemburui, orang nak (jawatan) ketua kampung tapi di sini konsep ketua kampung itu adalah satu amanah, bukan banyak sangat ganjaran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Semasa Perak dikuasai Barisan Nasional sebelum ini, ketua kampung turut menerima elaun bulanan RM400 yang dibayar oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah selain elaun bulanan RM200 yang dibayar oleh kerajaan negeri.

Mohammad Nizar berkata mesyuarat exco hari ini turut membuat keputusan meminta Pejabat Tanah dan Galian Perak membekukan serta-merta pemberian geran hak milik kepada mana-mana individu atau syarikat yang memohon kawasan tanah yang telahpun diterokai oleh pihak lain sejak lama dulu.

Beliau berkata keputusan itu diambil setelah kerajaan negeri mendapati terdapat unsur diskriminasi dan ketidakadilan dalam keputusan memberikan geran hak milik sedemikian oleh kerajaan sebelum ini.

"Bukan bermakna kita bersetuju dengan penerokaan (haram) tetapi sekurang-kurangnya kita akan mengkaji setiap kes itu satu per satu," katanya.

Read more...

MB Akan Mengadap Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikatakan akan menghadap Sultan dan Raja Muda Perak bagi mempersembahkan kenapa tindakan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Haji Jamry Sury perlu dibuat.

Menurut sumber, langkah untuk mengadap itu sedang dibuat manakala dalam masa yang sama Siasah difahamkan, MB Perak itu menerima hakikat bahawa tindakan beliau mengarahkan Jamry bertukar serta merta tidak tepat dengan prosedur yang sepatutnya.

"Saya yakin MB mempunyai sebab yang kukuh kenapa tindakan memindahkan Jamry perlu dibuat serta merta, namun beliau terlepas pandang prosedur menyembah perkara itu terlebih dahulu kepada Sultan Perak," kata sumber Siasah.

Sehubungan itu, katanya, MB sedang membuat persiapan lengkap untuk menyembahkan secara rasmi perkara itu kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

Jamry telah diarahkan berpindah keluar dari pejabat Jaip oleh MB Perak berikutan beberapa tindakan beliau yang dianggap tidak wajar dan membelakangi kerajaan negeri dalam urusan Jaip walaupun kerajaan negeri yang baru sudah mencecah 40 hari ketika itu.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak dipersetujui oleh Istana Perak kerana tindakan itu tidak dimaklumkan kepada Sultan dan Raja Muda Perak terlebih dahulu.

Dalam penjelasan Istana Perak, langkah ini kerana Jamry adalah "juga berperanan sebagai setiausaha kepada MAIAMP (Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak).".

Ini kerana, Istana Perak berpandangan,"Bahawa lantikan yang berbahagia Datuk Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak."

Namun, Karpal Singh beranggapan Sultan Perak bertindak secara yang tidak tepat.

Ekoran itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham telah mendapat tekanan dari para pemimpin Umno Perak.

Hari berikutnya, Bernama melaporkan GPMS mendesak DAP mohon maaf Kepada Sultan Perak. Malaysiakini pula melaporkan Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap Karpal.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP