SEKALI LAGI HARGA GULA DINAIKKAN.. RAKYAT CERDIK DIBODOHKAN KERAJAAN MEREKA SENDIRI

>> Tuesday, May 10, 2011

Sekali lagi rakyat Malaysia dibodohkan oleh kerajaan Malaysia apabila gula naik kerana nak jaga kesihatan rakyatnya... harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam menunjukkan satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara.

Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen). Dari sketsa membodohkan rakyat ini apakah pengidap diabetes berkurangan? apakah dengan kenaikan 20sen dan menjadi RM2.30 rakyat akan mengurangkan jumlah gula dari 2 sudu menjadi 1 sudu? dan apakah semasa harga gula 60sen sekati dahulu rakyat mengunakan gula 5 sudu satu gelas teh 'O' kerana gula murah???


Jangan nak bodohkan rakyat ... para menteri ooooii.. kalau korang nak suruh rakyat gunakan 1 sudu untuk satu gelas teh 'O' korang naikkan menjadi RM5 satu kilo baru le sepadan nak mejaga kesihatan rakyat..

KP : Rakyat Malaysia sudah terlalu lama dibodohkan oleh Kerajaan mereka sendiri apabila nak naikkan harga barang..

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP