Adik Hariyaasri hidapi sakit jantung : PAS Tambun tampil prihatin membantu

>> Friday, April 29, 2011

Sumbangan kewangan disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malek.

Turut hadir Setiausaha dan Ketua Pemuda Kawasan, Ahmad Khair Faizal dan Zairul Azrun Zainal Abidin serta Pengerusi Dewan Himpunan PAS Kawasan Tambun, En. Pavelan serta pimpinan PAS Cawangan Taman Klebang Jaya.


IPOH 28 April- PAS Kawasan Tambun melahirkan rasa simpati kepada keluarga Encik Kuppu Samy A/L Krishnan apabila seorang daripada anaknya menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan perubatan dengan kos yang tinggi. Kunjungan pimpinan PAS Kawasan Tambun yang diketuai oleh Yang DiPertua Kawasan, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malek ke rumah En. Kuppu Samy di Taman Klebang Jaya telah disambut baik oleh keluarga ini. Anak ketiga mereka, Hariyaasri berusia 3 tahun menghadapi masalah jantung dan memerlukan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Wakil media PASTAMBUN BLOGSPOT turut sama pada kunjungan tersebut telah menemuramah En. Kuppu Samy. Berdasarkan laporan perubatan, penyakit anaknya dikenali sebagai 'verticular septol defect' (VSD) memerlukan rawatan pakar dan kos yang perlu ditanggung ialah RM55,500.
Beliau yang bekerja di sektor swasta dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sangat mengalu-alukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak yang berasa simpati.

Dr. Khairuddin ketika ditemubual berkata PAS prihatin kepada nasib yang menimpa keluarga ini dan telah meluluskan sumbangan kewangan dari Tabung Kebajikan Kawasan. " Diharapkan sumbangan tersebut dapat menampung keperluan mereka dan berharap lain-lain pihak juga berasa terpanggil untuk membantu. Ini tanggungjawab kita bersama", ujarnya lagi yang turut ditemani iserinya. Beliau yang juga seorang doktor perubatan mempelawa dua lagi anak Kuppu Samy yang berusia 5 dan 6 tahun untuk mengikuti pra sekolah di PASTI berdekatan.

Sehubungan itu, sumbangan boleh dimasukan terus ke akaun berikut : CIMB 0821-0009163-52-3 di atas nama Kuppu Samy A/L Krishnan atau hubungi Setiausaha PAS Kawasan Tambun, Khair Faizal di talian 017-575 3424 untuk maklumat lanjut.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP