CERAMAH RAKYAT : BERSAMA BOB LOKMAN
28 DISEMBER 2011 (RABU MALAM KHAMIS)
TAYANGAN MULTIMEDIA " OLE "
RUMAH HJ WAHAB, JALAN MERAK
KG DATO AHMAD SAID 2 IPOH
JOM MAKAN DURIAN BERSAMA MASYARAKAT KANTHAN
>> Thursday, December 15, 2011
PADA
19 DISEMBER 2011
JAM
8 MALAM
TEMPAT
PASAR MALAM KANTHAN BARU
MASYARAKAT KANTHAN DI JEMPUT HADIR..
PERJALANAN AKHIR SEORANG NEGARAWAN YANG TIDAK DI DENDANG
SEKEMBALINYA PAK IMAM MAJID atau nama sebenarnya Abdul Majid Salleh, maka akan berkuranglah sumber-sumber kemerdekaan yang tulen sebagai bekal kepada anak-anak merdeka akan datang, tetapi ingatlah bahawa walaupun ianya pergi tetapi ilmu, kenangan, pengalaman dan jasa beliau tetap bersama kita, kami di PASTAMBUN. COM merasakan satu kehilangan mutiara amat mahal yang tidak dikeluarkan sebagai permata... tuan sentiasa bersama kami.. InsyaAllah.
KP : Semoga Allah anugerahkan syurga ke atas jenazah Allahyarham Imam Majid Salleh.. Al-Fatehah
DR ABU HASSAN MENJAWAB SOALAN D FORUM ANJURAN SINAR
KP : Anak muda perlu buat perubahan dari sekarang untuk masa depan negara yg kita cintai..
PELANCARAN BUKU TULISAN DR KHAIRUDDIN YDP PAS TAMBUN
yang telah disempurnakan oleh AF Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Malaysia dan Dato Seri Anwar Ibrahim, di majlis ceramah Ceramah Perdana Rapat Rakyat di Bruas baru-baru ini.
Buku ini adalah hasil kesungguhan beliau dalam usaha membuka minda masyarakat untuk memahami tasawwur Islam yang sebenar mengenai peranan rakyat dan pemimpin bagi menentang dan menghapuskan kezaliman agar kebenaran dan keadilan Islam dapat ditegakkan.
KP : Tahniah..
PROMOSI PUSAT RAWATAN ISLAM RUQYAH ISRA
>> Thursday, December 08, 2011
Pusat ini diusahakan oleh AF Ust Syawal dan rakannya Ust Zaki ..
HIJRAH SENI 1433/2011 : PERCUBAAN YANG MEMBANGGAKAN
>> Thursday, December 01, 2011
Penampilan yang tidak disangka-sangka apabila TYDP menyampaikan nyayian syahdu irama tahjud di majlis tersebut...
Tn Hj Asmuni menyampaikan ucapan alu-aluan, kerana Sajak yang dijangka siap petang tadi tidak kesampaian.. tidak mengapa tn Hj lain kali kita buat lagi..
GreenBoy : Tahniah.. semua yang terlibat Read more...
NASIB PENIAGA MELAYU MANJOI..
Nasib orang melayu di bawah ADUN & Ahli Parlimen yang Buta.. ADUN kaya-raya & Ahli Parlimen Timb Menteri Kewangan.. tapi orang melayu berniaga macam zaman Jepun. Gambar ini menunjukan peniaga-peniaga melayu Manjoi berniaga kuih-muih sejak bertahun-tahun lamanya.
KP- Terima kasih panglima hitam.. mike x bagi tp teman nak juga gambo ni..
HIJRAH SENI 1433/2011
>> Tuesday, November 22, 2011
PEMUDA PAS KAWASAN TAMBUN MEMPERSEMBAHKAN MALAM KESENIAN ISLAM
HIJRAH SENI 1433/2011
SEMUA DI JEMPUT HADIR...
PADA
26 NOVEMBER 2011 (SABTU)
JAM
8.30MALAM
TEMPAT
PERKARANGAN RUMAH ISA IKAN MASIN
KG SRI KLEBANG, IPOH
LIVE STREAMING
YOB TV PAS PERAK
ARTIS
DATO' A.SAMAD SAID
(SASTERAWAN NEGARA)
IWAN
(BEKAS PENYANYI DANGDUT)
YUS
(GITARIS MAY)
LIVE BAND
80'S IPOH HEADBANGERS
VIBRA
MASUK PERCUMA
INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH TN HJ ASMUNI DALAM CERAMAH MULTIMEDIA BELIAU
>> Wednesday, November 16, 2011
TAHNIAH PASUKAN SUKUN FC (PDRM) DAN PEMUDA PAS KDAS3
>> Monday, November 14, 2011
piala Dr Khairuddin Dato Abd Malek kali ke 10
AKTIVITI HARI RAYA QURBAN SEKITAR TAMBUN
>> Wednesday, November 09, 2011
AF Ust Lokman TYDP PAS Tambun bersama-sama memotong daging-daging korban di Caw beliau di Kledang Jaya
Sdr Zairul KP PAS Tambun turut menyembelih salah seekor dari 3 ekor binatang korban di Caw beliau di Kg Manjoi
Suasana meriah ketika mengagihkan daging kurban di Caw PAS Kg Tg Hussein, 3 ekor untuk tahun ini.
GreenBoy : Di harap cawangan lain dapat menghantar gambar peristiwa hari raya AidilAdha kpd sekretariat blog.. terima kasih.
PASTAMBUN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI HOSPITAL PERMAISURI BAINUN
Sdr Zairul mewakili PAS Kawasan Tambun menyampaikan kepada makcik ini melalui kutipan derma dari PAS cawangan, beliau akan menjalani pembedahan segera dan memerlukan perbelanjaan yang besar, segala sumbangan boleh disalurkan kepada bendahari PAS Kawasan Tambun.
Read more...PAS TAMBUN MENYOKONG PARA PEKERJA
>> Friday, November 04, 2011
Bersama-sama pekerja menyertai piket MTUC di Jalan Kualan Kangsar, menuntut kerajaan membatalkan Sistem kerja Kontrak.
NASIB SEORANG SEKULARISME, MEKAH PUN TAK AMAN BAGI MEREKA
>> Wednesday, November 02, 2011
Bagaimanalah agaknya manusia seperti Najib dan Rosmah ini, di tempat yang paling selamat pun mereka terpaksa dikawal sedemikian rupa.. kesian mereka..
berbanding dengan AF Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan yang bagi beliau inilah tempat yang paling aman dan paling hampir taqarrub beliau dengan 'kekasihnya'
KP : Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kedua pasang pimpinan negara agar sekembali ke tahahair akan berubahlah cara hidup mereka.. Ameen
ZAMRY DAN KUNCO-KUNCO KAKI PELAHAP
http://kopiokaw-saga.blogspot.com/
http://santauberapi.blogspot.com/
supaya kita boleh nilaikan betapa hebatnya mereka 'menfaraidkan' harta negeri Perak yang kita cintai ini.
JAMUAN RAKYAT 15 OKT : TENAGA SEBALIK TABIR
>> Sunday, October 16, 2011
Kendara selepas kenduri.. Korang memang Best.. pas ni kita tolong di kenduri Hafez pulak..
JAMUAN RAKYAT 15 OKT : HAMPIR 3000 ORANG HADIR KE MAJLIS TERSEBUT
KDAS 3, 15 Okt : PAS TAMBUN sekali telah mencatat sejarah di Negeri Perak apabila berjaya mengadakan majlis Jamuan Rakyat dan meraikan Pengantin Beramai-ramai, kehadiran yang mencecah 3000 orang telah mengambarkan sokongan dan penerimaan masyarakat melayu semakin hari semakin meningkat khususnya masyarakat di sekitar Kg Manjoi.
Majlis yang menghimpun 4 pasang pengantin yang telah di nikahkan sebelum ini, telah berjaya memberi impak yang cukup besar kepada penduduk di sekitar Kg Dato Ahmad Said 3 dan Kg Sg Kati, yang rata-rata kehadiran adalah masyarakat setempat.
Majlis itu juga telah memberi kesempatan masyarakat setempat berkenalan dengan lebih dekat pimpinan PAS samada dari Kawasan Tambun dan Tn Hj Mohamad Sabu yang sebelum ini berbagai fitnah yang disebarkan di media pro-UMNO/BN, tetapi apabila mereka melihat dan mendengar sendiri ucapannya mereka seolah-olah tertipu dengan berita-berita tersebut.
En Hanif dari Kg Sg Tapah hadir bersama isteri adalah bekas ahli UMNO, hadir selepas menghadiri program BN di Tanjong Rambutan berkata " Kalau macam ni punya majlis, alternatif kepada UMNO sudah ada."
Dalam Majlis itu turut memberi ucapan alu-aluan adalah YDP PAS Kawasan Tambun Dr Khairuddin Dato Abdul Malik " Majlis yang julung-julung kali ini ada satu persembahan kita PAS kepada masyarakat khususnya masyarakat Manjoi, kami mampu membuat lebih dari ini jika mandat yang diberikan oleh rakyat telah di rampas secara tidak bertamadun oleh UMNO/BN, mungkin pada tahun ini kita meraikan 4 pasang pengantin, InsyaAllah pada tahun hadapan mungkin 10 pasang pengantin yang akan kita raikan, yang penting tuan-tuan memulangkan mandat itu semula kepada kami PAS dan Pakatan Rakyat"
Turut berucap juga pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mohamad Sabu, ujar beliau " kesinambungan perjuangan di dalam jemaah Islam amat ketara dan membuktikan bahawa talian aqidah lebih hebat dari talian darah daging" sebagai contoh apabila beliau di babit dengan beberapa insiden untuk mengangu dan mengugut beliau apabila kontroversi penjelasan isu Mat Indera, beliau mendapat sokongan yang tidak dirancang oleh para Ahli PAS. Sambung beliau " saya amat sayu apabila anak-anak muda sanggup mempertahan jiwa dan nyawa mereka untuk keselamatan saya, apabila saya diserang oleh samseng ketika berucap di Negeri Sembilan baru-baru, inilah kekentalan anak-anak muda yang ada di dalam PAS, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS lupakanlah sengketa dan kembali kepada shaf perjuangan yang suci ini."
Di dalam majlis itu juga YDP Dr Khairuddin menyerahkan sumbangan bagi perjuangan beliau dan perbelanjaan kes beliau di mahkamah.
Majlis berakhir dengan makanan habis dan seluruh petugas menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas untuk menjayakan majlis sebesar ini.
GREENBOY : TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KERJA-BUAT YANG TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DEMI MENJAYAKAN MAJLIS INI