PERASMIAN MALAM REMAJA BERBAHASA DPPK TAMBUN

>> Friday, February 19, 2010

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-quran oleh anak AF Ust Wan Tarmizi.. beliau juga juara pelukis murel peringkat kebangsaan

Sdr Salman Salleh merasmikan Program Malam Remaja Berbahasa DPPK Tambun
Persembahan Demonstrasi Seni Silat oleh remaja Kg Che Zainal
Aksi yang ditunjukan oleh Remaja Kg Che Zainal
Sketsa para Remaja

Persembahan Alternatif dan memperkenal hiburan genre Islamik Metal
Sdr Zairul mengimamkan solat Isya' sebelum Majlis dimulakan

20fEB2010: Satu majlis perasmian ringkas bagi program Malam Remaja Berbahasa (MRB) telah disempurnakan oleh Sdr Salman Salleh selaku Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, majlis yang dihadiri hampir 100 orang itu telah mencatat satu lagi sejarah kepada DPPK Tambun, yang berjaya meneroka satu lagi bentuk program remaja, majlis MRB kali ini diadakan di Kg Che Zainal, Chemor.

"Program MRB malam ini adalah program yang diadakan kali ke-2 di mana program yang pertama telah diadakan di PASTI Kg Manjoi, cadangan sebelum ini MRB akan diadakan dua bulan sekali telah tidak dapat diadakan oleh kerana bulan puasa, hari raya dan pilihanraya kecil." Kata Pengarah Program MRM DPPK Tambun Sdr Jalalus Sayuti.

"Program ini mensasarkan 3 objektif bagi remaja, pertama mencungkil bakat-bakat remaja di dalam cawangan seluruh Tambun, Kedua menterjemahkan isi hati kaum remaja dalam bentuk seni budaya dan ketiga mendekati para remaja dengan hiburan alternatif dengan perbelanjaan yang paling minima" sambung beliau.

"Program-program seperti ini amat baik diadakan selain dari memberi hiburan berbentuk alternatif, sekurang-kurangnya ia dapat mengurang aktiviti sosial yang tidak berfaedah, kerana dengan adanya hiburan berskala kecil ini dan dengan perbelanjaan yang rendah ianya dapat melibatkan masyarakat, khususnya golongan remaja yang mempunyai bakat dapat diketengahkan, tetapi masih lagi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh syara' antara tiada percampuran gender, lirik-lirik lagu yang tidak ada unsur lucah dan khayal, persembahan yang tidak bercorak mistik dan tahyul, budaya yang hendak diketangahkan boleh di terima dan selesa oleh masyarakat." Sdr Salman Salleh di dalam ucapan perasmiannya.

"Remaja-remaja perlu di beri peluang untuk menyatakan bahasa mereka kepada masyarakat, bahasa ialah alat komunikasi yang tujuannya ialah dua pihak boleh memahami antara satu sama lain, inilah punca permasalahan yang wujud di dalam masyarakat apabila golongan yang lebih dewasa dari kaum remaja tidak memahami budaya kaum remaja itu sendiri, ini adalah kerana tiada satu medan yang khusus yang diberikan kepada kaum remaja untuk menterjemahkan bahasa mereka, contoh majlis-majlis orang yang lebih tua biasanya tidak dihadiri oleh golongan remaja dan majlis-majlis remaja pula sudah tentu tidak dihadiri oleh golongan tua, jadi MRB ini sebagai medium untuk mengumpulkan dua golongan yang terpisah ini supaya ianya boleh memamahi bahasa dan budaya mereka antara satu sama lain " kata Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun.

"Idea ini saya dapat apabila saya membaca sejarah wali songo yang mengunakan wayang kulit sebagai medium menyampaikan dakwah kepada masyarakat Jawa khususnya berkenaan dengan Allah sebagai Rabb, lalu saya berbincang dengan sahabat-sahabat AJK Pemuda dan mereka setuju." sambung Sdr Zairul lagi.

"Dalam MRB bukan sahaja hiburan yang berbentuk nyayian nasyid sahaja, tetapi segala bentuk budaya melayu yang baik yang boleh diketengahkan, tidak dihadkan kepada budaya negeri Perak sahaja tetapi seluruh Nusantara, selagi ianya baik dan bercanggah dengan syara' ianya dibenarkan, contohnya pada MRK pertama dahulu adanya berbalas pantun, syair, sajak dan wayang kulit, dan kali para remaja dengan berani memaparkan seni silat melayu, Alhamdulillah ini satu perkembangan yang amat baik dan mengalakkan dari golongan remaja" Sdr Jalalus Sayuti.

GreenBoy : Syabas DPPK Tambun, teruja nak datang tapi ada assignment kena setelkan

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP