PEMUDA PAS TAMBUN MENEROKA SUKAN PAINTBALL

>> Sunday, February 14, 2010

Baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Tambun telah meneroka sukan yang baru iaitu paintball, di mana sukan ini yang amat digemari oleh kaum muda khusus di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur.

Sukan ini adalah sukan yang mengabungkan seni taktikal dan ketahanan fizikal, di mana para pemain atau paintballers perlu mempunyai seni taktikal, team work, strategi dan ketahanan fizikal yang kuat.

Terdapat banyak pakej yang ada dalam sukan paintball ni, center flag, catch the flag, VIP atau President dan banyak lagi. Dan ada yang bermain di padang dan ada yang menggunakan alam semulajadi sebagai lapang sasar mereka.

DPP Tambun baru menjadikan hutan sebagai lapang sasar mereka. Ok Ikuti gambar ini bolehlah membayangkan betapa seronoknya permainan ini hingga team DPPK tak keluar-keluar sampai tamat permainan.. bravo .. lain kali kita cuba lagi.. tahniah Nasron and Team.



Tapi walauapapun aksi bergambar kena ada, manco kena jaga.. ookkk snap.. Takbir..

Hoii kuar le, sampai bila kome nak duduk situ.. tembak le..

Yang ini aksi seorang profesional dari kolompo, dia biasa main, sebagai undercover dia kata dia suruh bebudaka tu kuar, semua takut.. tak pe.. perlu latihan lagi, askar pun hari mula pegang senapang pun ada yang kecut..
Peserta ni dari tadi menyorok tak keluar-keluar, mana idaknya pallet bertalu-talu atas kepala.. sampai habis game tak kuar-kuar.. habis tu pallet mike buat apa yeop.. dia jawab "entah.. teman tembak semut je gamaknya.." haaa baru kome tau..

Salah seorang paintballers menunjukkan aksi profesional, berselindung di balik pokok terung rembang.. he 3x yang penting gaya kena ada...

Marshal memberi penerangan kepada para paintballers.. jangan pucat ni satu game yang tidak merbahaya... budak pompuan pun main jugak..
Yang boncittt tu steady jer, Adi mamat yang sentiasa smart walaupun dalam suasana perang, macam nak pegi pekan, kelihatan Nasron (team leader) macam Shamel Basayev Baca doa dulu, supaya tingkatkan semangat juang, ada yang mengetor baru baca doa belum pegang marker lagi..

KP : Jangan silap paham ini adalah satu sukan, bukan latihan perang.. teman teringin juga nak join, tapi kena balik kampong sempena raya cina nie.. lain teman join, nak tunjuk juga skill kat pemuda teman.. he 3x lain kali kita ajak YDP, SU dan TYDP semua le, AJK Kawasan.. X termasuk muslimat le, diorang buat lain..





0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP