CABARAN ZAMBRY HANYA PADAN DENGAN TIMBALAN KETUA PEMUDA IPOH TIMUR JE

>> Monday, February 01, 2010

Pemuda PAS cabar Tajol Rosli letak jawatan Adun

Azamin Amin
Tue | May 13, 08 | 12:59:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Hulu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan tersebut.

Ini memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seolah-olah tidak mahu mengaku kalah pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini dan masih mengangap BN masih relevan lagi.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan itu Shamsul Effendey Abdul Rahim yakin jika beliau sanggup mengosongkan DUN Pengkalan Hulu tersebut, ilihan raya kecil kelak akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Beliau juga seharusnya meminta kesemua Adun yang mewakili BN meletak jawatan serentak.

"Dengan cara ini agar rakyat diberi peluang semula untuk memilih wakil yang betul-betul boleh memberi khidmat kepada rakyat negeri Perak," katanya

Katanya Tajol sepatutnya menjadikan situasi yang berlaku di Perlis dan Terengganu, sebagai 'signal' yang jelas kepada beliau untuk berundur secara terhormat segera.


Ini ialah petikan dari berita yang disiarkan di harakahdaily 13 may 2009...Ternyata Zambri Al-Kulubi ini memang tak ada pendirian dan otaknya kosong, tak tahu nak mencetus isu, hanya tahu meniru dan meniru.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun mencabar beliau kosongkan 3 Dun yang haram sekarang ini.


0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP