SEKITAR ZIARAH NAIB PRESIDEN PAS KE HOSPITAL PERMAISURI BAINUN

>> Saturday, January 02, 2010

Dr Khairuddin sempat bermesra dengan salah seorang pesakit berketuruna India di Wad tersebut.
Kasih seorang pimpinan kepada kanak-kanak.

Kelihatan ayah Adik Mohd Nizam, Tuan Guru Tuan Ibrahim dan Dr Khairuddin
Sdr Zairul turut hadir kali ke-2 menziarahi Adik Nizam, semoga beliau sihat
Salah seorang ayah kepada pesakit meminta AF Tuan Guru membuatkan air penawar untuk anaknya.

AF Ust Mohd Nur bersama Dr Khairuddin menziarahi pesakit yang ada di situ.

Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit berbangsa India.

02 Jan 10: Warga WAD 4D Hospital Permaisuri Bainun Ipoh, amat teruja dan gembira apa menerima seorang tetamu yang tidak dijangka-jangka iaitu AF Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), pada petang yang ceria itu beliau sempat meluangkan masa menziarahi para pesakit di Wad tersebut dan menyampaikan sedikit cenderahati.

Dalam sessi rally Tuan Guru Datuk bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, beberapa program telah diaturkan sempena program tersebut, diantaranya ialah lawatan ziarah ke Hospital, warga Wad tersebut amat gembira menerima kedatangan beliau apabila beliau diperkenalkan oleh AF Ust Mohd Nuri selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak. Turut hadir dalam sessi ziarah tersebut selain dari pimpinan DPPN ialah Timb Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Dr Khairuddin Dato' Abd Malek.

Dikesamping itu ada juga para ahli keluarga yang meminta air penawar daripada AF Tuan Guru, dengan tidak keberatan beliau menyediakannya.

Rombongan itu juga tidak ketinggalan menziarahi Adik Mohd Nizam yang terlantar di wad 7D akibat paras gula yang tinggi.

GreenBoy : Terima kasih Datuk..

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP