UMNO GUNA KUASA MISTIK DAN KHURAFAT
>> Monday, May 04, 2009
UMNO yang di dalam tersepit & terdesak telah menggunakan khidmat kuasa mistik dan sihir untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada sidang DUN yang akan diadakan pada 7 jun. Menurut laporan di dalam blog peraknangis.blogspot.com satu kejadian aneh telah berlaku di dalam Dewan Banggunan Perak DarulRidzuan, apabila ada seorang adun bertaraf "EXCO" membawa seorang "bomoh" dan melakukan kerja-kerja khurafat dan syirik.
Yang lebih menghairankan ialah bomoh tersebut hanya menumpukan "kerjanya" di tempat duduk Speaker dewan, ini mungkin oleh kerana telah bermacam-macam usaha yang dilakukan tidak berjaya, mereka telah menggunakan khidmat bomoh dan pawang untuk tujuan-tujuan yang tertentu.
GreenBoy : UMNO cukuplah khurafat dan syirik yang kome lakukan dahulu, bertaubatlah.
0 comments:
Post a Comment