ARAHAN PIMPINAN NEGERI

>> Monday, May 25, 2009

SEMUA AHLI DI MINTA UNTUK BERPUASA PADA 1/2/3 JAMADILAKHIR 1430 INI, BERSAMAAN 26/27/28 MEI 2009 DISAMPING IANYA PUASA SUNAT DAN JUGA ISYARAT PROTES KEPADA
"KERAJAAN HARAM ZAMBRI"


1 comments:

musafirlalu May 26, 2009 at 11:52 AM  

Pakai baju hitam kena tangkap,pakai baju kuning kena tangkap,pakai baju merah pun kena tangkap.Hai..puasa sunat pun kena tangkap jugak.Ini kena tanya SS Dato Mufti yang lebih UMno dari UMno.Itupun dah dijawab semasa wartawan menalipon beliau semasa sedang tawaf(dengar cerita,tapi tak pasti benar atau tidak).Bayangkanlah wartawan talipon tanya komen beliau.Serta merta dijawabnya hukumnya haram.Tapi bila minta pendapatnya tentang adun UMno bawa bomoh pi jampi dalam DUN,sampai ari ini tak ada jawapannya.

Jangan anggap Mufti tu maksum,tak boleh ditegur.Ulama Pas pun boleh ditegur tak ada masaalah pun.Orang UMno ni perangainya bila kita tidak sependapat dengan Mufti,mulalah reka cerita macam-macam.Tak sangka pula Mufti yang memang terkenal dengan kelantangannya dah mula cakap merapu-rapu.Kalau rasa kat Perak ni dah ada pengaruh,letak aje jawatan.Jadi calon UMno dalam pilihanraya nanti.Itulah bila dah terlalu lama sangat duduk dikerusi empuk,apa aje yang kerajaan buat sekarang ini semuanya dah jadi betul.

Sampaikan mengeluarkan hukum haram memderhaka pada Sultan.Saya tidak menafikan setiap ayat yang dikeluarkan oleh beliau adalah kerana ilmunya.Tetapi apabila kenyataan beliau disanggah oleh Dr.Haron Din,beliau terus membisu.Janganlah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.Kerana itulah Iman-Iman besar dan para-para mujadid,apabila ditawarkan menjadi Mufti oleh pemerintah,mereka menolak.Kerana para-para ulama dahulu tahu apa kesannya terhadap rakyat.Setiap hukum yang mufti keluarkan boleh ditarifkan sebagai Fatwa.Dan kenyataannya mestilah memuaskan hati pemerintah.Macam para pemimpin UMno yang menyatakan Malaysia adalah sebuah Negara Islam.Kerana terlaku membodek kerajaan,pada tahun 80an dulu apabila Pas menyatakan Malaysia bukan negara islam.Maka keluarlah dalam TV1 kenyataan seorang ulama UMno menyatakan bahawa negara yang ada masjid dan orang islam walaupun pemimpinnya orang kafir maka negara itu adalah negara islam.kalau macam tu hujahnya maka dalam dunia ni semuanya negara islam.Saya pun tak tahu mana tah dia belajar.Mungkin Dr.M kut.Kerana taksub sangat dengan Dr.M dan boleh keluar muka kat TV kut.Jangan kata ulama,ustad pun tak layak diberi.

Wahai UMno....Insaflah dan cerminkan diri kamu semasa kamu masih lagi bernyawa.Kembalilah kamu kepada Islam yang benar dan bertaubatlah kamu sebelum kamu ditalkinkan.Cucilah tangan kamu yang penuh dengan dosa-dosa terhadap rakyat yang tidak bersalah.Kembalikan semula Khazanah Negara yang kamu dan puak-puak kamu memcurinya.Apabila nyawa hampir dicabut maka segala taubat kamu tidak akan diterima lagi.Kamu akan diadili oleh Yang Maha Adil di Padang Mahsyar nanti.Tiada lagi hakim-hakim yang bersekongkol dengan kamu.Tiada apa lagi yang dapat kamu bagi untuk memberi rasuah kepada Allah....Tuhan sekalian alam.Begitu juga dengan barua-barua yang sentiasa menjaga kepentingan kamu di dunia.Insaflah wahai sipemakai baju biru kerana kamu akan diterlanjangkan tanpa pangkat dibahu-bahu kamu.Disitulah nanti akan tunggu orang-orang yang kamu anayai untuk menuntut keadilan daripada Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP