KEM MEMBENTUK KADER & PIMPINAN PAS SUAM KUKU

>> Sunday, May 31, 2009

Kem Insan Rabbani peringkat PAS Kawasan Tambun amat tidak memberansangkan, apakah maklumat tak sampai atau kebanyakan pergi kenduri kahwin. Kalau alasan tak datang kerana maklumat tak sampai, rasanya tak munasabah.

Tapi apa-apa pun perlu diingatkan pada Ketua-ketua cawangan supaya ambil berat program yang dianjurkan oleh pihak PAS Kawasan, terutama yang melibatkan perntarbiyyahan dan dakwah.

Objektif Kem ini adalah untuk memupuk semangat ukhwah dikalangan anak-anak ahli dan juga membentuk jiwa sebagai seorang pemimpin.

GreenBoy : Teman rasa berjaya juga kerana hampir separuh waris hadir pada majlis penutup dan para peserta dapat banyak input yang baik dari para fasilatator. Terima kasih fasilatator dan moderator.

1 comments:

Pemburu Syahid June 1, 2009 at 6:17 PM  

Salam....

Saya sokong pandangan penulis yang menyebutkan program ini gagal. Maaf jika pandangan ini silap kerana saya menilai menerusi pengalaman sendiri menjalankan program sebegini

Jika program tarbiyyah sebegini diadakan, maka pastilah sasarannya adalah remaja dan pesertanya pun pastilah remaja. Sedarkah kita bahawa remaja sukar berubah jika golongan OTAI di sekeliling mereka masih gagal menunjukkan contoh yang baik?

Fasilitator sebenar bukanlah fasilitator program tetapi adalah golongan OTAI yang berada di sekeliling remaja itu sendiri.

Dalam erti kata lain, tarbiyyah pimpinan cawangan adalah jauh lebih mendesak keperluannya berbanding pentarbiyyahan anak remaja kerana anak remaja ini akan mewarisi sikap dan perilaku golongan OTAI.

Betul, ibu bapa ramai yang hadir ketika majlis penutup tetapi ibu bapa ini hadir untuk mendengar nasihat yang terkandung dalam ucapan penutup atau hadir kerana mahu menjemput anak masing masing pulang.

Lu fikirlah sendiri.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP