TULISAN JAWI DIMARTABATKAN SEMULA..

>> Tuesday, December 23, 2008


Apapun mereka kata kepada kerajaan Pakatan Rakyat MB Boneka le, MB itu MB ini, walaupun kita tidak banyak yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya bahasa yang UMNO rejamkan sehingga ke lapis bumi ke 7, sekarang telah diangkat dibersihkan dan diletakkan dengan bangga dan mulianya.

PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA; TULISAN JAWI TELAH DIMARTABATKAN SEMULA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) setelah mendapat penjelasan berhubung isu papan tanda dengan ini menyokong usaha murni yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning dan pihak swasta yang menaja untuk meletak papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh ini.

Kami merasakan dengan kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini dapat membantu memartabatkan kembali tulisan jawi setelah sekian lama dipinggirkan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Sedikit sebanyak ianya dilihat membantu menyedarkan kembali penduduk setempat akan peranan tulisan jawi didalam pengamalan agama dan budaya kaum Melayu. Secara tidak langsung ia juga akan dapat membantu membina keharmonian antara kaum di kawasan ini.

Kami juga berpendapat sekiranya benar ada pihak yang ingin menjadi jaguh mempertahankan penggunaan bahasa kebangsaan ini, seharusnya mereka terlebih dahulu menyelesaikan isu penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya didalam mahkamah seperti yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam akhbar Utusan bertarikh 7 Disember 2008 yang menyatakan penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut.

Akhirnya kami mengharapkan usaha ini dijadikan contoh pelbagai pihak untuk sama-sama berusaha membina keharmonian pelbagai kaum yang berada di negeri Perak yang kita cintai ini. Kami mengharapkan jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggu gugat dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata yang akan menyebabkan pergaduhan kaum di negeri ini. Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran.

Besarlah harapan DPPK IT agar semua pihak dapat memelihara dan mempertahankan keharmonian dalam negeri ini.

SALMAN HAJI SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP