Kes Ketua Pemuda Tambun Tanguh Lagi..

>> Thursday, October 16, 2008

NIBUNG TEBAL, 16 Okt (Hrkh) - Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal pagi tadi menetapkan 20, 21 dan 22 April 2009 sebagai tarikh pembicaraan kes Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis PAS kerana kesalahan menghalang penjawat awam ketika peristiwa penahananya di Plaza Tol Tambun pada 9 Disember 2007.

Beliau yang ditemani dua orang peguambela, Asmuni Alwi dan Darshan Singh memasuki mahkamah sekitar jam 10 pagi dan setengah jam kemudian keluar apabila Pendaftar Mahkamah Seksyen Butterworth, Ahmad Tajuddin Zain mengumumkan tarikh pembicaraan baru ekoran Majestrit, Mohd Izham Ali tidak hadir.

Turut kelihatan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kubang Rotan, Nasir Mustaffa, Setiausaha PAS Kawasan Alor Star,Haji Adnan Saad dan ramai lagi.

Sementara itu, kesemua yang dituduh di bawah 186 seksyen 34 atas dakwaan mengganggu penjawat awam jalankan tugas juga hadir.

Mereka ialah Fauzi Saharat, Mohd Salleh, Mohd Lazim Osman, Abdul Rahim Mohd Arif, Zairul Azrun Zainal Abidin, Mohd Subri Mohd Said, Abdul Razak Ramli, Mohd Biyamin Ishak dan Zamarul Aini Abdul Malek.

Darshan Singh ketika ditanya pemberita di luar mahkamah berkata, rayuan memfailkan kes tersebut ke mahkamah tinggi yang dikemukakan oleh pendakwa raya pada sebutan kes lepas ditarik balik memandangkan kedua-dua peguam ingin mempercepatkan penyelesaian kes itu. - mks._

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP