PIMPINAN PAKATAN PERLU BERHATI-HATI

>> Tuesday, April 28, 2009

Pimpinan PakatanRakyat perlu berhati mengeluarkan ulasan isu status anak apabila ibu aau bapanya keluar agama asalnya,ini kemungkinan adalah permainan politik licik UMNO BN, ini mungkin bertujuan untuk memporakperandakan hubungan yang terjalin di antara Pakatan, kita perlu kembali kepada perlembagaan yang asal, dan tidak perlu hiraukan sentimen agama yang dicanangkan oleh BN yang makin pupus itu.

Read more...

ZAMBRY HARAM MASIH BELUM TAHU DIA MB ATAU TAK..



Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

GreenBoy : Tersalah langkah lagi Zambry ni, dei Zambry loyar mana ko pakai haa?

Read more...

IBARAT MENCARI GUNUNG DI SIANG HARI

>> Monday, April 27, 2009

Sejak kebelakangan hari ini, seolah UMNO ni menjadi parti komponen PAS pulak, apabila sibuk menjaja dan melagakan di antara pimpinan PAS, apakah mereka tidak tahu kesetiaan pengikut dan ahli mempunyai ba'iah atau janji setia yang berpaksikan kepada aqidah dan berpegang teguh kepada konsep syariat, mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh kepada maksiat dan kemurkaan Allah.

UMNO ni diibaratkan mencari gunung di siang hari, perkara yang tak perlu dicari, ada di depan mata, kerana PAS amat telus dan sentiasa terbuka dalam semua aspek, tambahan pula dalam pemilihan pucuk pimpinan.

UMNO sekarang telah menjadi orang yang lemas, mencapai apa sahaja yang bolehmenyelamatkan mereka ketepian, samada kayu yang reput atau ekor ular sawa yang akan membelit dan membaham mereka.

Sebenarnya UMNO yang perlu bermuhasabah tentang diri mereka, semak kesilapan yang lalu dan tidak lakukan lagi, ini tidak masih lagi mengulangi kesilapan yang sama contoh yang nyata ialah '1 Malaysia' satu konsep cetak rompak dan rompak dan cetak.

Dan menjadi orang yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai penasihat kerajaan.

GreenBoy: Teman konfius sapa yang jadi PM Malaysia sekarang Najib ke Mahathir.

Read more...

APA NAK JADI ORANG KITE NI..?


Kita pun tak tau nak salahkan siapa, sebab kalau dia tak belinombor dia akan miskin dan merempat dan tiada siapa nak tolong, ini mangsa Islam yang berlabel.. cth IslamHadhari sekarang ni penutup segala kejahilan dan kesyirikan ialah '1 Malaysia' semua kefasikan dan kemurtadan dilongokan di dalam satu cogan.

Lantak kome sapa ada agama dan aqidah dia akan selamat.

Read more...

ORANG TAMBUN KENA TENGOK FILEM NI SAMPAI HABIS

Read more...

DAH HAMPIR 2 TAHUN

>> Sunday, April 26, 2009





Pejam kelip, pejam kelip kes kami di Mahkamah Jawi, Nibong Tebal dah nak masuk 2 tahun, ini ialah gambar yang terkini, bila mahkamah keluarkan waran tangkap untuk ke-10 orang kami, dan akhirnya waran tu ditarik balik. Alhamdulillah kalau tak ke dalam le lagi.

Read more...

APSAL ZAMBRY HARAM MINAT BENOR DENGAN POKOK DEMOKRASI NI


Teman rasa Zambry Haram ni dah 'bengong' kot, beria benor dia meriahkan tempat yang penuh sejarah ni, baru-baru ni dia suruh MBI tanam pokok bunga di bawah pokok tu (walaupun ikut kaedahnya mana mau hidup pokok kecil bernaung di bawah pokok besor (entahle teman orang komputer)) dan pagi tadi teman terkejut lagi diletaknya pulak signboard "Medan Istana" kat tempat tu.

Sebab apa teman kata dia ni bengong tahapb tapir kena langgor lori, kerana banyak lagi tempat nak dimeriahkan bukannya di sini.

GreenBoy: Kepada kawan-kawan dalam pakatan cukuplah dengan signboard tu sebagai tugu peringatan demokrasi, tak payah nak pening sebab itu Zambry sudah bikin sama kita.

Read more...

PERSIAPAN DEWAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN



























Jam dah menunjukkan pukul 1.30pagi, persiapan masih ada lagi yang tak selesai, tadi ramai yang datang tolong lepas beransur-ansur kurang, dengan alasan-alasan yang sukar untuk di tolak oleh S/U Kawasan, antara alasannya ialah baju melayu tak gosok lagi, jadi yang tinggal kume je le beberapa orang yang masih boleh bertahan mata nie, walaupun tau akan akibatnya esok pagi, uwahhh nguapan yang pertama.

Tapi apabila tengokkan susunan tempat duduk ni, macam gah sangat le pulak, ada ke orang nak datang esok ni, entah le. Teringatkan semasa Muktamar PAS Pusat dulu... S/U dah bagi tau standard mseyuarat Agung PAS Kawasan Tambun mesti macam ni atau lebih dari tu. Ok le En Faizal.

Teman cukup hairan En S/U kita tak tau penat ker? Steady je, uwahhhhhhhh nguapan kali kedua. Masih boleh buat joke lagi, dia kata pada umur 50 tahun nanti dia akan duduk di tempat ini, sambil mencuba tempat duduk pengerusi tetap.

Uwahhhhhh ni nguapan yang ke berapa tak tau dah.. ok le En Faizal cukup le setakat ni, kita balik le.. tak tahan dah ni..




GreenBoy : harap-harap esok ramai le yang datang, kalau tak sapa nak duduk kerusi yang tersusun indah ni.

Read more...

MENJEJAK FREEMASONRY YAHUDI DI IPOH

>> Friday, April 24, 2009



















Ada sekali tu ada teman forwardkan gambar tentang kedudukan lodge Freemasonry ni kan, tetapi teman tak puas hati kerana teman guna kamera kompak biasa jer, tetapi pagi tadi teman bawak Nikon D60 dan zoom 70:300mm pergh nampak jelas.

Sahabat boleh klik gambar tu, terutamanya gambar no 2, ada tulisan CETENARY 1907 -2007, rumah ini telah bertapak di Ipoh dan mendapat sokongan dan dokongan yang padu dari golongan bangsawan dan Istana http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Azlan_Shah_of_Perak

Ada sorang ustaz tu tanya teman "ate kalau dema nak buat rumah , salah ke? " Oooi teman kata freemanson tu yahudi, mereka ni ler byk hhantar tentera ke Palestine untuk membunuh rakyat palestine.

Banyak dalam Internet cerita tentang freemanson ni, so hati-hati le dengan Institusi ini;

The Rotary Clubs
The Lions Clubs
The Royal Ipoh Club
WWF-Malaysia
Macdonald
Kentucky Fried Cicken
Coca-cola
Starbuck dan lain-lain

Sahabat boleh dengar penerangan AF Tn Guru Hj Hadi Awang tentang Freemasonry Yahudi


GreenBoy : Seram kalau kita baca komitmen mereka dengan negara kita khususnya dalam pendidikan, tambahan pula dengan ada kuasa kuat yang menyokong mereka dari belakang.

Read more...

MUFTI HARAMKAN SURE HEBOHKAT IPOH JE KAT LUMUT HARUS KOT..?

semekum dato'Mufti..!!

Hukum haram sure heboh tu kat Ipoh je ker atau seluruh Perak, sebab diorang buat kat Lumut boleh pulak, teman rasa Dato' Mufti ni mufti Ipoh je kot... Dato' minta jawab le, penin rakyat dan umat Islam Perak sekarang di buat oleh mike ni..

GreenBoy : Sejuk rasa hati dulu semasa Pakatan memerintah kita buat Suarasa, terkawal kemaksiatan, terserlah indahnya Islam di hati dan wajah rakyat, kita selamat dan anak-anak muda malu nak buat jahat..

Read more...

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TAMBUN KALIKE 23

Read more...

Laporan polis palsu GMP terhadap Malaysiakini

>> Thursday, April 23, 2009

Harakahdaily
Thu | Apr 23, 09 | 1:13:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan palsu terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini.
Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.
Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak.

Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara.

hanya dimaklumkan kakitangan

Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis".

"Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya:
"Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?" (apale benggapnya balaci UMNO ni, Rais please tell him..!!)

Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu.

Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.- tajdid _

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP