PEKAN BERHANTU DI TAMAN KLEBANG PUTRA...

>> Saturday, June 23, 2012



23 Jun 2012 , Taman Klebang Putra : Hampir 4 tahun pemilik premis perniagaan di sini terpaksa menanggung sewa yang tinggi tetapi tidak mendatangkan hasil, mereka seolah-olah teraniaya dengan janji-janji pemaju sebelum pembelian di buat tempohari, rata-rata mereka terpaksa membayar hampir RM1200 sebulan kepada pembiaya pinjaman.

Salah seorang pemilik kedai di situ mengatakan "dulu mereka menjanjikan tempat ini akan menjadi pusat komersil yang paling maju di tempat ini, tetapi setelah hampir 4 tahun kami membeli kedai ini, apa pun tak ada, yang kami paling runsingkan ialah kegiatan jenayah yang mencuri pintu 'shuttle' dan kabel letrik"

Kami di PASTAMBUN.blogspot mendapati sebuah sekolah telah siap di bina tetapi masih tiada pelajar, apakah yang alasan pihak yang bertanggungjawab tentang isu ini?

Sdr Zairul Azrun Ketua Pemuda Tambun menyarankan supaya masyarakat Taman Klebang Putra samasekali tidak memberi walau 1 undi kepada BN pada pilahanraya nanti ini kerana janji-janji mereka untuk menyediakan prasarana lengkap kepada penduduk di sini tidak dilunaskan dan mendesak supaya para pembeli di Taman Klebang Putra mengadakan desakan kepada Dato Husni supaya isu ini diselesaikan dengan segera ataupun BN Tambun di ajar oleh pengundi pada PRU 13 nanti.

3 comments:

khamisah ( Tambun ) June 24, 2012 at 4:46 AM  

undi BN membawa padah..hidup susah tak sudah2

weiyan June 29, 2012 at 4:19 AM  

sy salah seorang pembeli kedai di klebang putra, terpaksa tingal di kedai yg sy beli tu (disebelah markas pas klebang putra). sudah 4 tahun menangung hutang. tetepi tidak dapat menjalan kan perniagaan diprimis itu. sy membeli kedai tu setelah terpedaya dengan pemaju. sekarang terepaksa menangung hutang sebanyak Rm440,000 termasuk Interest (harga kedai RM156.000) dengan bank rakyat. sebelum ni pembayaran sebulan sy Rm1300 sebulan tetapi dah berbincang dengan bank rakyat, melanjut kan tahun. sekarang membayar rm900 sebulan.dan terpaksa membayar selama 30 tahun.sy hanya berkerja sebagai perniaga di padang polo.segala keuntungan berniaga terpaksa membayar hutang kedai ini.

weiyan June 29, 2012 at 4:28 AM  

sy salah seorang pembeli kedai di tmn klebang putra (primis sy disebelah markas pas klebang putra)
tertipu dengan janji pemaju. sekarang terpaksa menanggung hutang sebanyak rm440,000 dengan bank rakyat termasuk Interest.rm900 sebulan selama 40 tahun. sy hanya berkerja sebagai perniaga di padan polo (taman rekiasi sultan abdul aziz)segala keuntungan terpaksa membayar hutang kedai ini.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP